hai assalammualaikum
Uber Mengarut - Sekarang nak pergi event, kalau suami ada hal,nad naik uber. Ambil uber pun bila event berbayar. Nad pilih uber sebab dia mudah. Ambil kita terus dari tempat kita suruh ambik. Uber dah jadi kenderaan tetap nad sekarang.
Setiap kali naik uber, macam biasalah, nad berdiam je..hahaha. Yela uber lelaki, takkan nak borak, malu. Tapi selalunya diaorang akan start borak dulu. Biasanya diaorang akan tanya, pergi mana?? Buat apa dekat situ?..makanya nad pun berterus terang la. Nad cakapla nad ada event, nad ni blogger. Selalunya, sebelum diaorang tau nad ni blogger diaorang akan cakap, event jumpa client ke, event opis ke, kadang nad ahak kan je..hahaa. Malas nak cakap banyak. Ada tu lagi dasyat cakap nad buat MLM..haaha. Last-last cakapla kita ni blogger.
Bila cakap kita blogger, ada la, terus nak ambil tau, macam mana kerja blogger?? Apa dia buat?? Maka ku bercerita la panjang. Kalau ada yang dengar blogger ni bagus, ada la mintak review barang dia..hahha.. Macam tu la. Ada tu pulak mintak ajar jadi blogger. Macam-macam jugakla. Driver uber ni ada yang fulltime ada yang partime. Dalam buat uber, ada buat bisnes. Jadi, cerita kita ni blogger, ada rezeki, dia mintak review barang dia..hah!! gitu...
Dan sabtu haritu, pertama kali dapat pemandu uber yang tengah tak berpuas hati pasal Uber ni sendiri..hahaha. Mula-mula bising pasal jem, lepas tu dia cerita pasal tak puas hati dengan pelanggan dia dan khidmat uber ni sendiri. Dia cakap " uber sekarang mengarut "..tak paham maksud dia mengarut macam mana. Sebab dia cakap, pelanggan dia sebelum ni, hantar dah la ambil masa 1 jam lebih juga, dengan jem, tapi bayaran tak menetapi perjalanan. Macam nad, dia kata ok..pemandu uber tu cakap sama ada uber yang problem atau pelanggan dia.. Kesian juga dengarnya..
Tapi seriaunya, habis kereta lain di hon, nak masuk line bila kereta tak bagi dia masuk pun bising. Nad doa je dalam hati moga-moga selamat sampai..hahaa. Nasib baik anak dah tidur dalam kereta. Lepas tu, dia mengadu lagi, ada seorang ni sewa dia pergi ke satu tempat. Lepas tu dia mintak bayar tol RM40, orang tu tak bagi. Nad pun tak tanya banyak. Mungkin orang tu tak guna apps uber, sebab tu pemandu uber tu marah. Tapi ntah macam mana dia sewa, nad tak tau.
Lepas tu dia cerita, rindu kampung semua..hahha..dia dari Sabah. Tapi dia cakap Sabah tengah buat penangkapan..ke ape ntah..nad dengar je, sampai dia sebut pasal KPI..eh ntahla..macam-macam juga. Dia jadi pemandu uber fulltime. Jadi macam-macam la ragam pemandu dia jumpa. Dah hampir sampai destinasi, dia borak elok dan siap bergurau lagi.
Akhirnya, sampai la destinasi nad. Alhamdulillah. Nad pun bagi la lebih sikit dari harga sepatutnya nad bayar..kesian pun ada lepas dia ngadu tu semua..hahaha..Tak tau mana salah, mana betul. Haritu memang jadi pendengar setia je la..
Kalau uber mengarut, boleh cuba grabcar pula. Nad tak cuba lagi grab ni..huhu.
harap2 dapat pemndu yang okay2 ajer kan
ReplyDeleteAi prefer grabs.. uber kadang2 bila x dapat grabs..
ReplyDeleteairah xpernahlagi naik uber haha
ReplyDeletemcm2 kan ragam ..
ReplyDeletememang dr dulu kureng sikit dengan perkhidmatan uber ni...hihihi
ReplyDeleteKalau hidup kita ni selalu jumpa orang merungut kan nad
ReplyDeleteterutama waktu pagi
Boleh lari getaran kita
Elakkan lah orang macam ni
moga baik2 sj nad..huhu
ReplyDeletekesian kalau layan jem berjam-jam tapi bayaran tak berbaloi.. tapi kalau naik teksi, mahal lak di cajnya hahahaa
ReplyDeleteHahahaha,
ReplyDeleteFaham sgt perasan kena layan pemandu uber ni borak.
Agak tak berapa suka kalau dyorg tye hal personal.
Hari tu pun smpai habis benda dia tanya, geram pun ade..
Nak jujur kan mcm bahaya pun ade, tapi nak tipu pun tak pandai.
Tapi so far naik uber semua selamat. :)
terimakasih atas infornya jangan lupa kunjungi kami di http;//blackwaletfacialsoap.com/sabun-komedo/
ReplyDeleteI antara pengguna tegar UBER. So far ok ajer. Biasalah tuh, ragam manusia. Hehe...
ReplyDeleteTak pernah naik Uber lagi. Tempat kami cuma ada grab je...
ReplyDeleteHehehe kadang2 dia nak luah perasaan tapi tak kena tempat tu.. patutnya takyah laa luah kat customer .. tak elok laa gitu..
ReplyDeleteuntung banyak pun duk merungut lagi..
ReplyDelete