BEST PULAK MENDOBI DI AQUANANO

in , by Nadia Johari, 18:10:00
hai assalammualaikum

Pilihan Mendobi di Aquanano - Selalunya nad basuh baju dekat kedai dobi layan diri berdekatan dengan rumah. Ada nak cerita berkenaan cara-cara menggunakan laundry layan diri berdekatan dengan rumah nad. Tapi haritu, mr mafia ajak dobi baju jauh dari rumah sedikit. Bagi nad, semua tempat dobi biasa je, yela tempat basuh baju. Dah basuh baju lepas tu keringkan. Tapi rupanya berbeza-beza tempat mendobi ni nak bagi keselesaan kepada pengguna. Selain harganya yang berbeza, kemudahan yang disediakan juga berbeza. Pertama kali jejak ke dobi layan diri Aquanano haritu, banyak bestnya cuci baju dekat sini. Sekarang dobi Aquanano dah jadi pilihan nad dan mr mafia untuk mencuci baju di sini.

MENDOBI DI AQUANANO

MENDOBI DI AQUANANO

Kitaorang akan cuci baju pada waktu malam, sebabnya tak ramai orang. Jadi takdala menunggu giliran nak basuh baju. Macam tempat sebelum ni, memang kerap ramai orang. Walaupun mesin basuhnya banyak tapi kadang terpaksa tunggu giliran. Tapi dekat Aquanano, jarang ramai orang, dan kadang takda orang langsung. Melainkan esok cuti, ramaila orang nak cuci baju dekat dobi Aquanano ni. Tempatnya best, sebab tengok tempat duduk pun dah warna warni, ceria je..hahaha.

Kemudahan lain, adalah tempat gantung baju dan meja untuk lipat baju. Dekat sini pun ada Free detergent dan free softener.

MENDOBI DI AQUANANO

Kalau tempat dobi sebelum ni, harga untuk satu mesin basuh mengikut temperature seperti cold, warm dan hot mahal berlainan mengikut kapasiti berat mesin basuh tersebut.  Macam sebelum ni ada mesin 9kg, 14 kg dan 20 kg. Tapi dekat Aquanano ada satu mesin je 14 kg. Harga sama iaitu cold RM6.50, warm RM7.50 dan hot RM8.50. Tapi tu pun dah cukup untuk satu bakul baju penuh nad selalu bawak.

MENDOBI DI AQUANANO

Untuk pengering pulak, berat 16kg. Harga untuk pengering RM4.00 untuk 23 minit. Kalau nak tambah masa 3minit RM0.50 je tambah duit. Selalunya untuk kering baju nad suka hot. Memang kering betul-betul baju. Bestnya keringkan baju dekat Aquanano ni, baju yang dah kering memang cantik je, takde kedut sangat. Macam dah diiron. Jadi nak lipat baju pun cantik je. Tak macam dobi sebelum ni, lepas kering, kedut-kedut, lepas tu kadang masih lembap walaupun dah hot. Mungkin kapasiti berat mesin tempat dobi sebelum ni tak sebesar dekat Aquanano. Satu bakul setengah boleh masuk baju untuk kering. Memang kering betul-betul kering. Suka sangat.

MENDOBI DI AQUANANO

MENDOBI DI AQUANANO

Lagi bestnya cuci baju dekat Aquanano ni sebab ada kerusi urut. Jadi mr mafia kalau sakit belakang ke apa, nak urut boleh je dekat sini. Sambil tunggu baju siap dibasuh.

MENDOBI DI AQUANANO

Lagi satu, dekat sini siap ada mesin coffee. Tapi nad tak pernah cuba pun..hehee.

MENDOBI DI AQUANANO

Paling best, sebab Aquanano dah jadi pilihan untuk mendobi baju, sebabnya ada free wifi..hahaha. Tu yang best tu. Jimat data untuk online. Sambil tunggu baju, sambil online. Takdela bosan kan.

Ada banyak faktor anda terpaksa menggunakan khidmat mesin basuh dan pengering pakaian di dobi layan diri ni, apabila:
- Musim hujan
- Minggu itu anda banyak menghabiskan masa bekerja di luar rumah
- Beraktiviti di luar yang melibatkan tempoh yang panjang (bercuti, balik kampung dan sebagainya)

Hah!!, bila baju bertimbun, datang mendobi sini kan. Keluarkan sikit duit je. Lagi nak basuh comforter, cadar atau karpet yang lembut. Mak kita la selalu basuh karpet yang lembut dan cadar dekat dobi ni. Nak hantar dekat dobi tukang cuci tu mahal bebenor berbanding absuh sendiri dekat dobi layan diri kan.

Pada yang pertama kali menggunakan dobi, boleh baca ni cara-cara menggunakan laundry layan diri 

SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Akak pun suka kat Aqua Nano jugak kalau mendobi. Tapi WiFi and mesin kopi tader. Cuma bestnya, dekat ngan rumah. Mesin pengering die mmg berkesan compare dengan masin pengering yang lain. Sesetengah kedai dobi tuh...fan die auto detect manusia bergerak dalam tuh. Kalau kite berhibernasasi ajer..maka nanti kipas tuh akan berhenti. Lepas tuh kena lah berzumba ke baru kipas tuh tak on balik. HAHAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan best kan aquanano..agaknya kalau tak cuba dekat sini..tak tau la..ehhe

      Delete
  2. makin laris sungguh laa kedai dobi musim2 hujan ni kann

    ReplyDelete
  3. kann..mmg tempat ni very friendly user..nak minum ada..nak wifi ada..nak urut ada..so xdelah bosan sgt tgu lama2 hehe

    ReplyDelete
  4. Kerusi kemain warna warni. Selesa nak cuci sini dengan kemudahan yang disediakan....

    ReplyDelete
  5. wah.. kalau macam gini.. nak datang cuci baju selalu pun syok.. macam-macam ada untuk hilangkan boring menunggu baju siap dicuci

    ReplyDelete
  6. wah.. memang kondusif betul tempatnya. lengkap semua. area rumah saya tak ada rasanya.. huwarghh

    ReplyDelete
  7. Ada kedai dobi mcm ni la syok.. Xde la boring nak menunggu kan.. Best pulak rasa.. Nk pergi dobi sini tp jauh sgt pulak hehe

    ReplyDelete
  8. Akak tak pernah lagi pergi cuci baju kat dobi layan diri ni...macam best plak..nak cuba la...

    ReplyDelete
  9. Bgus siap ada water dispenser bagai lg..ni yg shuib sepahtu punya kan...saya sejak ada dryer kat rumah mmg da xpernah pi ke dobi layan diri..rasa da lebih dari setahun kot takpi

    ReplyDelete
  10. suka juga pergi aquanano sebab bau baju pun best. hehe

    ReplyDelete
  11. Kalau tempat dobi cantik macam ni dan keperluan semua lengkap terjada elok kalau kat tempat saya akak habis kerusi tu rosak terus dan kotor...

    ReplyDelete
  12. Jrg mendobi luar...sb xbyk dobi ada kawasan rmah kami ni

    ReplyDelete
  13. Kita pun suka dobi kat luar esp bila byk pakaian

    ReplyDelete
  14. AquaNano memang lokasi dobi pilihan Rawlins setiap awal pagi Sabtu (selepas Subuh)- tenang sebab tak ramai orang. Dobi itu Rawlins yang punya seorang! Haha

    ReplyDelete
  15. Sometimes I also send my laundry to outside dobi especially during raining season.

    ReplyDelete
  16. selalu time hujan akan pi keringkan baju dekat dobi tapi area sini tak ada dobi aquanano ni.

    ReplyDelete
  17. Jarang agt basuh baju kat dobi layan sendiri ni...tak tau lak ada bezs huhu

    ReplyDelete
  18. mudah kan? tmptya pon dah selesa..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2