hai assalammualaikum
Kepuasan Seorang Suri Rumah - Ye awak, saya ni seorang surirumah. Surirumah ni bukan calang-calang orang tau. Kerja surirumah lagi banyak dari kerja dekat pejabat tu. Tak berhenti dari pagi sampai la ke malam. Kalau takda anak, lepas tu jadi surirumah,adalah juga masa berehatnya, tapi bila ada anak, memang takkan dapat berehat. Nad ni bukan sekadar suriumah duduk je, tapi ada kerja sambilan, iaitu jadi blogger.
Jadinya kerja makin bertambah. Lagi ada anak ni, memang kena cari masa untuk update blog. Sebab dia nak kita duduk sebelah dia, temankan dia main, makan. Dia nak kita berborak dengan dia. Jadinya kita update dekat telefon jela. Multitasking betul keje seorang surirumah ni tau. Tapi itu semua satu kepuasan bila dapat tengok anak membesar dengan kita. Bila kita marah, tapi kita sayang dia balik, pujuk dia balik, sebab nad sendiri akan nangis kalau marah dia gegiler..hahahha.
Puas tengok telatah anak, perangai anak. Kita sendiri tau dan kenal perangai dia. Ajar dia belajar, ajar itu ini sampai dia pandai. Bila dia buat apa kita suruh buat, rasa best sangat.
Mr mafia pun patut beruntung dapat isteri dia surirumah ni. Sebab uruskan rumah, uruskan anak. Tak perlu beli susu anak, tak perlu amik anak kat nursery. Dia pun cuma bayar bil-bil je sekarang. Nad jarang la mintak duit dekat dia untuk beli apa nad nak. Sebab nad tau, dia dah bayar semua tu. Tapi kalau betul-betul nad takda duit, baru nad mintak. Kadang nad ada duit pun, nad tolong la dia sikit. Tu kalau dia tak bersyukur lagi tak tau la..hahhaha..Memangla kalau isteri dan suami bekerja mungkin lebih baik. Tapi biasalah mesti ade pro dan contra, positif dan negatifnya. Yang penting selagi boleh handle, kita handle.
Surirumah macam nad ni memang jarangla keluar rumah. Mr mafia kerja mengedit tak habis, jadinya masa tu tak da lagi. Kena plan betul-betul baru keluar rumah. Kalau sebelum nad pregnant, memang rajinla keluar event sana sini. Pastu ada anak masih rajin pergi event. Sekarang anak dah besar, kejap behave, kejapdan tak..hahaha.Jadinya kena pilihajar event tertentu dan berbaloi baru pergi. Kadang terpaksa juga la tolak event tu walaupun berbayar sebab duk fikir suami pulak. Yela, nad sekarang pregnant, tak boleh berdua dengan Fariza. Tak larat. Tak boleh juga ganggu suami, sebab dia ada keje lain. Jadinya fikir rezeki lain akan datang.
Memang satu kepuasan bila dapat keluar rumah bagi surirumah yang lama terperap je dekat rumah. Memang seronok la kalau dapat keluar walaupun pergi Tesco je..hahaha. Akan pusing satu Tesco tu. Tapi selalu pergi Tesco tak best juga, jadinya dekat rumah ni dah banyak shopping mall buka macam Mytown, Ikea Cheras, Sunway Velocity. Hah!! dapat pergi situ pun best. Pusing-pusing satu mall. Sebab berminggu jugala tak, keluar rumah.
Haritu, barang dapur habis, ajakla suami pergi Mytown..hahaha. Boring dah dengan Tesco, sebenarnya nak jalan-jalan. Mr mafia pergi kerja, nad dengan Fariza jalan-jalan Ikea dan Mytown. Fuh dari pukul 2 petang sampai ke 6 petang dekat situ..kah..tu pun tak habis pusing Mytown sebab mr mafia dah habis kerja dan dah sampau Mytown ajak beli barang. Jenis dia memang macam tu, datang terus ajak beli barang, takda nak jalan-jalan. Tu yang kadang..haishh..Dia kata lain kali boleh pergi, tapi ntah bila..hhaha.
Okla, puas la dapat berjalan kan. Ni la kepuasa sebagai surirumah..hahaha. Tak dengan anak, dapat keluar. Lagi satu puas kalau dapat update blog..hehhe.
hai fariza..:)
ReplyDeleteSangat beruntung kalau ada housewife yang fulltime..
ReplyDeleteLebih fokus untuk Anak dan keluarga
Teringin nak jadi surirumah. Tapi belum jadi suri so kenalah keje. Hehe
ReplyDeleteseronok jadi suri rumah ni tapi bukannya mudah untuk jadi suri rumah. skrg zaman canggih suri rumah pun kena buat kerja multitasking kan...
ReplyDeletepernah jd surirumh sekejap... best2
ReplyDeletehi five nad!gee pun housewife with 4 kiddos!so sangat paham kepuasan tu macam mana..hahaha
ReplyDelete