hai assalammualaikum

Fariza Pertama Kali Pergi Zoo Negara - Harini baru nak update pasal bawak anak jalan-jalan pergi Zoo Negara sempena birthday dia...hehee. Ni pun dah rasa lambat sangat updatenya. Tak boleh lambat-lambat, kang lupa keseronokan masa tu..hahaa. Hari Isnin haritu bersamaan 23 Oktober, ialah hari lahir Fariza yang ke dua tahun. Dua tahun dah anak sulong nad ni. Jadi, masa harijadi dia, mr mafia iaitu daddy dia, dah janji nak bawak Fariza pergi Zoo Negara, nak tengok binatang.

Ni pertama kali Fariza pergi ke Zoo Negara. Nad suka bawak dia keluar pergi tempat macam ni, sebab dia suka sangat tengok binatang, walaupun di atak kenal lagi. Masa ni la kita bagi tunjuk ni haiwan apa, itu haiwan apa. Kita ajar dia mengenal dan menyebut haiwan..hehee. Memnag malam tu nad sendiri tak sabar nak pergi Zoo, nak tengok rekasi dia macam mana nanti dekat sana..hehe. Fariza ni jenis excited macam mommy dia bila dapat pergi ke tempat sesuatu yang jarang pergi.

Pagi tu nad bangun awal, siapkan apa yang patut sementara Fariza masih tidur. Dah siap separuh, tiba-tiba budak ni bangun. Terpaksa layankan dia dulu. Sambil buat sarapan untuk dibawa ke Zoo Negara.Tau nanti mesti lapar punya budak ni denagn daddy dia. ala masak kentang goreng dengan sosej je. Lepas siap semua, mandikan dia dan siapkan dia. Nad awal-awal dah siap mandi, makeup smeua..hahaa. Ni la rutin mak-mak bila nak keluar. Kena siap dulu, pastu siapkan yang lain. Dah selesai semua, bersiapla nak ke Zoo Negara. Zoo Negara dekat je dengan rumah nad, ambil masa tak sampai setenagh jam pun..ehhee. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi tak silap. Lupa la pulak..


Pergi Hari Isnin, memang tak ramai orangla kan. Orang pun dah mula bekerja, budak dah sekolah..ehehe. Jadi zoo haritu kami punya..tapi ada je orang datang juga waktu tu, tapi takde la ramai. Takdela sesak-sesak. Parking pun senang.

Tiket masuk Zoo Negara

Sampai sana je, Fariza dah excited. Dia cakap " Wahhh!! "..hahaa. Itu la perkataan dia bila seronok. Sampai je ambil la gamabr sikit-sikit dekat bahagian luar. Hah!!, kalau nak tau harga tiket sekarang, sila tengok dekat gambar yang nad ambil ni untuk panduan korang.



Bestnya, tiket masuk ni, boleh dah masuk ke tempat rumah panda sekali. Tak payah beli tiket-tiket lain dah. Untuk Fariza free la. Nampak mahal, tapi bukan datang selalu. Ni pun dah lama tak pergi. Dulu pergi masa mengandungkan Fariza. Sekarang Fariza dah dua tahun, baru dapat pergi lagi..ehhee. Bagi keseronokan dekat anak.

Jom Mengenal dan Menyebut Haiwan

Pertama sekali masuk dekat tempat Rama-rama. Masa dia masuk ada labah-labah besar. Labah-labah tipu./hahaa/ Penakut juga rupanya. Ingat berani. Lepas tu terus tarik masuk tengok dekat binatang kecik, macam belalang, lipas. Satu-satu kita tunjuk. Ajar dia sebut dan kenal haiwan. Dia ikut..hehee.




Lepas tu masuk ke kawasan rama-rama. Dekat situ nampakla rama-rama berterbangan. Tapi masa pergi macam tak banyak je rama-rama dah..huhuhu.










Lepas tu pergi ke tempat zirafah. Teringat Kwang soo..hahaa..asal ke zirafah ingat Kwang Soo. Fariza tengok tingginnya Zirafah ni..hehee.





Lepas tu ke kawasan burung. Berani betul budak ni nak dekat dengan burung. Burung tu yang takut dengan dia. Seronok dia.


Ada tu ke tempat rusa. Siap belai lagi rusa tu..hahaa. Lepas dah dapat pegang, nak pegang lagi dan lagi..mommy tengok enjoy je anak buat apa..hahaa. Nad yang tak berani dekat..hahaaa.



Sepanjang jalan-jalan dekat Zoo ni, memang dia jalan kaki. Tak pakai stroller ke apa. Sebab dah biasa dari kecik tak pakai stroller. Kitaorang lepaskan dia jalan ke mana. Tapi kitaorang mommy dan daddy ada tengokla,..ehhee.




Banyak haiwan dia dapat tengok masa tu. Lepas tu sibuk jugakla, tengok apa daddy dia ambik gambar. Masa dekat kandang Harimau, nad ajar dia sebut harimau, dia  sebut "aaiimau"..bila tengok gambar daddynya, dia dah kenal dah tu harimau.




Lepas tu masuk dekat rumah panda. Tak perlu beli tiket lain, sebab dah sekali masuk denagn tiket masuk tadi. Rezeki Fariza nak tengok masuk panda. Tapi sayangnya, waktu tu panda tu baring je, lemau je..Lor..hahaa..Mungkin rindu dekat anaknya yang dah dibawa balik. Bestnya tempat tu sejuk..hahaa. Rasa nak lama-lama je dalam tu. Tapi kena ada dekat situ 20 minit je.


Selesai keluar, maka ada la kedai jualan panda. Harijadi Fariza kan, daddy dia belanja beli barangan panda. Biorla, dah daddy dia nak belikan. Dalam banyak-banyak barang, dia boleh ternampak kereta mainan dekat situ..lor..Daddy nak belanja barang mahal, awak pilih yang kecik je Fariza..haha. Daddy belikan topi, dan baju panda. Birhtday girl kan.



Haritu sehari suntuk kitaorang dekat Zoo Negara. Memang penat la pusing satu Zoo tu. Ada yang dah tutup sebab dah petang sangat..hehe. Balik tu dia dah mintak dukung. Nad tak larat, jadi daddy dia yang dukung. Dekat dukungan daddy, cerita-cerita, borak, nyanyi, last-last tertidur..hahaa. Nampak sangat dah penat. Memang cara dia, kalau dah penat mintak dukung. Nasib masa nak balik dah baru dia mintak dukung.


Nampak sangat penatnya, sampai tak sedar dah. Tengok la dia punya lena macam mana. Memang dari balik sampai malam, tidur je tak sedar dah..hahaa. Kepenatan melampau. Yang penting Fariza enjoy. Happy for you Fariza.


Nak tengok gambar cantik..tunggula daddy dia edit..hahaa. Ni layan video dia pergi Zoo haritu.


SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Nad, turis asing bayarnya tetap sama? Saya beberapa kali ke Malaysia belum pernah masuk Kat Zoo negara ni

    ReplyDelete
  2. amboiiiii seronoknyaaaa tunggu humaira boleh jalan nak bawa jugak ke zoo atau tempat haiwan hehehhee

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Fariza !Best dia, dapat hadiah memacam ya~
    Tak pernah g zoo sana....
    Psstt, adoi..geli tengok lipasss tuu~

    ReplyDelete
  4. Anak² kami setiap kali lalu jer di zoo ni suruh stop, nak masuk tengok haiwan. Tapi tiket mahal sangat mana boleh selalu masuk..hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2