Makanan Suplemen : Pilih Dengan Bijak - Disebabkan nak amalkan gaya hidup sihat hari ini terutama daripada aspek pemakanan sihat, ramai yang bergantung kepada makanan tambahan seperti pelbagai jenis pil vitamin atau tablet suplemen.
Suplement Untuk Kesihatan |
Banyak produk suplement yang dijual di pasaran. Namun ada juga yang menjual suplement tiruan bagi mengaut keuntungan. Nak ambil suplement boleh, tapi kita sebagai pengguna, mestilah memilih dengan bijak.
Adakah Suplemen Satu Keperluan??
Makan makanan berkhasiat |
Mengambil suplemen memang ada bagusnya tapi perlu digabungkan dengan perubahan gaya hidup sihat yang lain. Kalau terlalu obses memang sangat bahaya. Nad kongsi beberapa panduan mengambil suplemen.
1) Memenuhi Keperluan
Sebelum mengambil pil vitamin, pastikan korang mengamalkan gaya hidup seperti amalm diet sihat, senaman, dan sebagainya.
2) Perhatikan Label
Dapatkan maklumat mengenai suplemen dan buat keputusan bajet, kawalan kualiti dan faktor-faktor penting sama ada produk berkenaan mengandungi gluten, sodium dan sebainya. Selalunya produk suplemen akan mengatakan produk mereka mampu menyihatkan jantung, selamat semasa hamil dan kanak-kanak, tiada wangian, tiada gluten,bebas merkuri dan macam-macam lagi. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih suplemen.
3) Waktu yang sesuai
Selalunya ambil suplemen ni sebelum makan. Untuk nampak lebih keberkesanannya. Atau sebelum tidur, sebab waktu malam badan kita tengah rehat.
4) Dapatkan nasihat doktor
Nak lebih selamat, perlulah dapatkan nasihat doktor. Supaya tiada apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Kadang doktor akan sarankan apa yang perlu kita ambil dan tak perlu.
Ok, korang, boleh je nak ambil suplemen, tapi kena la hati-hati ye.
betul tu, terutama ibu mengandung atau pesakit kronik. banyak sangat takut bahayakan buah pinggang
ReplyDeleteIQ pun teringin nak makan supplement, tapi memang kena ambik nasihat doktor, takut sebenarnya tak perlu pun, nanti efek lain plak kat badan kalau terambil lebih kan?
ReplyDeletebetul tu.. Lepas operate hari tu memang dah tak berani nak ambil apa-apa supplement tanpa nasihat doktor. Kalau doktor suggest baru tasha amik.
ReplyDeleterabia makan supplement jugakk.. tapi tanya nasihat dr dulu
ReplyDelete