MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN ANAK

in , , , by Nadia Johari, 21:57:00
hai assalammualaikum

Mengandung Dan Menyusukan Anak Dalam Satu Masa - Masa mengandungkan Fariza, memang nekad nak susukan dia dengan susu badan. Alhamdulillah, impian tu tercapai sampaila sekarang usianya nak masuk dua tahun. Masa tu dah bersyukur sangat, sebab tak sangka, susu badan akan ada dan banyak untuk Fariza. Memang cukup sampai dia kenyang. Macam-macam kita ambil untuk banyakkan susu badan. Minum susu dan ambil suplemen supaya susu sentiasa ada. Tak semua orang bertuah dapat susukan anak, nad bersyukur, nad insan terpilih untuk breasfeeding anak sampai sekarang. Berita gembira buat nad dan mr mafia serta Fariza, bila mana nad disahkan hamil 2 bulan masa bulan puasa haritu. Alhamdulillah.

Kenangan masa dia tembam. Saya minum susu ibu.

Mengandung Dan Menyusukan Anak

Sekarang dah masuk 5 bulan nad mengandung. Masih lagi menyusukan Fariza. Ya!!, Fariza masih mendambakan susu mommy dia..hahaa. Sedap kot susu badan ibu ni. Berkhasiat lagi. Walaupun susu dah tak semeriah macam sebelum ni,tapi dia tetap nak susu ibu dia. Jadi, mommy dia la yang kena kerja keras untuk terus menyusukan Fariza disamping menjaga anak dalam kandungan dengan baik. Memang tak mudah, penat semua ada, tapi sentiasa berdoa dan bermohon kepada yang Maha Esa untuk memberi kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki untuk melalui hari-hari dengan tabah.

Masa dapat tau mengandung, nad memang siap google, cari bahan dan info macam mana nak susukan anak semasa mengandung. Memang tak salah mengandung dan menyusukan anak,bila kita ni tiada masalah sejarah keguguran dan bayi pramatang dan ibu dan bayi dalam keadaan sihat. 

Masa nad cek dekat klinik swasta, nad cakapla " dok, ada kesan ke kalau saya menyusukan anak sedangkan saya mengandung? ".doktor cakap takde masalah kalau ibu dan anak sihat. Tak menganggu pun. Asalkan jaga denagn baik. 

Bila cek bulanan dekat Klinik Kerajaan, nurse cakap suruh berhentikan, sebab takut akan ada kontraksi semasa menyusukan anak. Takut rahim tak kuat yang boleh menyebabkan keguguran atau lahir bayi pramatang. Ok memang cuak bila dengar, tapi tak boleh elak, sebab Fariza memang nak susukan badan.

Lagipun nad dan dengan anak dalam kandungan sihat walafiat. Jadi setakat ni takda masalah bila susukan Fariza.

Nad ingat lagi masa shooting untuk TV1, untuk baju feedmilk, ada seorang ibu tu yang masih menyusukan anak, dia cerita, dia masih menyusukan anak masa mengandung, sebab si abang taknak susu formula. Sampaila dia lepas keluar labour room, dapat jumpa maknya terus susukan si abang tu. 

Dia cerita, jangan risau, sebab susu sentiasa ada, kena percaya dan teruskan sahaja menyusu. Alhamdulillah kandungan semua selamat dan dah keluar pun si adik. Sekarang adik dengan si abang dua-dua masih menyusu badan. Masa tu nad terfikir, mampu ke aku?? Kuatkan semangat, orang lain boleh takkan nad tak boleh kan..

Pipinya..geram haishh..


Tapi pilihan nad, terpaksa ajar Fariza minum susu tepung juga. Sebab biar dia kenyang sikit walaupun dia makan berselera, tapi dia perlukan susu untuk kalsium dan tumbesaran dia. Walaupun nad dah bagi susu dutch lady dekat dia, tapi dia masih nad susu mommy dia. Bukan selalu dia nak susu dutch lady tu. sebab tu nad kena strugle sikit.

Perubahan nad alami sekarang, bila susukan Fariza, nipple nad sakit. Ya, terasa sakit sangat!!. Rasa dia macam niple kita luka msa mula-mula dulu susukan Fariza. Aduh, setiap kali dia nak susu memang seriau..hahaa. Pastu tanya akak, " kenapa erk sakit"..dia cakap masa hamil, breast ibu tengah alami perubahan. Nak usap pun sakit..hahhaa. Macam ni rupanya. Nak taknak demi kebaikan anak, nad susukan jela, walaupun sakit.

Breast Masih Bengkak

Sekarang, nad sentiasa makan cukup. Makan makanan yang berkhasiat untuk Fariza dan adiknya. Pernah terjadi, Fariza tak susu badan sebab tekak dia sakit, ada putih-putih dekat lelangit, pulak tu dia demam masa tu. Memang dia sakit bila menelan. Taknak susu sebab takut telan. Habis bengkak breast nad. Macam tak caya bila dia tak susu, breast nad masih bengkak. 

Masa tu dah mengandung pun. Adoii sakit giler bila bengkak. Paham-paham jela ye. boleh demam tau tak!!..Sebelum ni nad memang direct menyusu je bagi Fariza, tapi ni terpaksa pam sebab dia ada masalah tu. Lepas tu kaka suruh bagi ais. HAh!!, bagila dia ais. Alhamdulillah, kurang, dan dia menyusu. Fuh legaaa!!...

Sebab tu nad masih teruskan Fariza dengan menyusu. Nad suka susukan Fariza sebab bila dia menyusu, dia kurang sakit, takda alahan, berak pun ok. Memang nad tengok dia kuat sangat, jarang sakit melainkan bila balik kampung, ada sepupunya demam, biasalah akan berjangkit.. Bila dia kurang sakit, maka jimatlah duit ubat, dan mudah jaga Fariza ni.

Kita dah banyak akal sekarang. Nak jadi kakak dah

Memang sampai sekarang dia masih menyusu walaupun dah minum susu formula. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik sebab susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan anak, susu ibu mudah dihadam dan susu ibu melindungi anak kita daripada bakteria dan jangkitan lain. Nad harap, keluar adik Fariza, nad mampu susukan adiknya macam mana susukan kakaknya Fariza. Amin..sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak.
SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2