DAH BOLEH KEMASKINI BRIM 2018

in , by Nadia Johari, 23:11:00
hai assalammualaikum

Kemaskini Brim 2018 - Sesiapa nak BRIM 2018 bolehla kemaskini borang korang melalui online. Mana yang takda nak buat pertukaran, takyah la tukar, yang pindah ke, tukar gaji ke, tambah anak,baru kawin ke, nak kemaskini, boleh dah nak kemas kini supaya korang dapat BRIM 2018. Nad takda nak tukar apa-apa lagi.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.


Permohonan Dan Kemaskini BRIM 2018 Telah dibuka

Permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tahun 2018 boleh dibuat mulai 27 November sehingga 31 Disember ini. Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat permohonan dan kemaskini melalui kaedah manual menerusi pengisian borang selain permohonan serta kemas kini dalam talian. Borang permohonan 2018 bleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) atau Pusaat Khidmat Hasil ( PKH ) atau Pusat Transformasi Bandar ( UTC).

Dokumen Salinan Yang Perlu dikemukakan ialah:
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat Penting Yang Perlu Kemaskini
Kemaskini maklumat adalah penting bagi mengelakkan permohonan BR1M 2018 anda ditolak. Ada 6 perkara penting perlu diberi perhatian.
- Status perkahwinan. Iaitu kahwin, cerai atau kematian pasangan(nyatakan tarikh penceraian dan kematian pasangan.
-Alamat surat menyurat terkini dan email.
- Nombor telefon bimbit dan rumah.
- Maklumat akaun bank(Persendirian sahaja).
- Maklumat pasangan dan tanggungan. Pastikan maklumat nombor kad pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyKID, Passport dan Visa serta sijil lahir diisi dengan tepat dan jelas.
- Maklumat waris. Ini bagi membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian dan baki BR1M.

Nak mudah lagi, pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BRIM https://ebr1m.hasil.gov.my, malah pemohonan juga boleh dibuat di portal tu juga. Kalau sebelum ni ada pasangan yang menerima BRIM tapi telah meninggal dunia atau sesiapa yang tidak layak permohonan BRIM 2017, korang boleh cuba mohon semula untuk mendapatkan BRIM 2018. Lagi senang korang isi borang je. Sebab takut online diaorang tak masuk ke apa kan. Duit tu, siapa yang taknak..hahaha.

Bayaran BRIM 2018 Mengikut Kategori



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut bolehla menghubungi talian bebas tol 1 800 88 2716 serta emel br1m@treasure.gov.my.














SHARE 8 comments

Add your comment

  1. saya dah semak di laman web tempohari...

    kemaskini cuma perlu dalam 3 tahun sekali.

    ini bermakna jika tiada apa-apa perubahan tidak perlu kemaskini setiap tahun..

    bagaimanapun saya perlu juga semak dengan laman web LHDN dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  2. IQ nak kena update balik, tahun ni tak dapat sebab ada nama dalam company boss lama, disebabkan boss lama, tak dapat nak rasa rm900 tahun ni. tak ada rezeki. mudah2an tahun depan ada rezeki anak. huhu

    ReplyDelete
  3. Alaaa kita tak dapat BR1M, tolong kemaskini utk adik beradik je.

    ReplyDelete
  4. Dah kemaskini sebab takut terlupa. Siapa nak kasi RM450 macam tu weyy. Hahahahahaaa

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas informasi ini. saya juga sudah membuat permohonan baru. setelah saya tamat pengajian dua bulan lepas.

    ReplyDelete
  6. oo..dh open yeak..boleh la kemaskini utk abah & adik akak...

    ReplyDelete
  7. Oh mujur kemaskini brim dilanjutkan sampai 25 januari ni, sempat lagi nak kemaskini hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2