Jalan-Jalan Malam Tasik Titiwangsa - Malam tu mr mafia ajak kitaorang jalan-jalan pusing Kuala Lumpur. Dah lama tak jalan-jalan malam KL..hahaa..Sebelum ada anak, kerap juga keluar malam. Dah anak ni, jarang la. Ni la pertama kali bawak Fariza jalan-jalan malam Kuala Lumpur, tengah malam ok..hahaha. Mulanya nak pergi KLCC, rupanya sekarang dia tak buka sampai tengah malam, dia dah ada waktunya. Pastu nak pergi river dekat Dataran Merdeka, pun ditutup tengah malam. Nampaknya lepas ni nak pergi kena awal la.
JAdi kitaorang cadang jalan-jalan Tasik Titiwangsa jela. Pertama kali Fariza datang Tasik Titiwangsa. Dekat sini, tengah malam pun masih ramai orang. Bukan sahaja keluarga, budak-budak remaja memang ramaila..hahhaa. Paham-paham jela. Takpela, sekurangnya takdela duduk dalam kereta, lepas tu balik rumah..hahaa. Bawakla Fariza jalan-jalan dekat Tasik Titiwangsa ni. Jalan dekat bahagian yang luas tu jela. Nak pusing dah gelap.
Dekat situ banyakla aktiviti, main basikal, macam-macam basikal ada. Ada lagi la benda mainan lain yang boleh disewa dekat situ. Malam tu, mr mafia bagi Fariza naik basikal. Mula Fariza nak basikal budak tu, tapi dia tak pandai kayuh lagi, jadi orang yang tukang sewa situ cakap ada basikal untuk budak Fariza yang maknya boleh tolak..Itulah basikal dia..hahahaa. Basikal Itik. Kayuh tak kayuh, mommy yang tolak. Dia pun enjoy. Mommy tolak dekat situ jela. Pusing-pusing tempat sama. Mana dia tau. Yang dia tau basikal berjalan.
Titiwangsa Lake Gardens terletak berdekatan Jalan Tun Razak yang sibuk di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sekitar Titiwangsa Lake Gardens adalah Perpustakaan Nasional, Restoran Nelayan, Galeri Seni Kebangsaan, Panggung Kebangsaan (Istana Budaya) dan Teater Tarian Sutra.
Titiwangsa Lake Gardens adalah taman rekreasi untuk orang ramai. Ia mempunyai beberapa tasik besar di tengah-tengah taman. Terdapat banyak kemudahan di taman yang termasuk trek berjoging, berbasikal aqua, berkanu dan aktiviti luaran lain. Terdapat juga makanan dan minuman yang dijual di sekitar tepi tasik untuk pengunjung membeli sambil menikmati pemandangan yang indah.
Taman ini begitu juga dekat dengan Istana Budaya dan Galeri Seni Kebangsaan. Istana Budaya Teater tempat dimana korang boleh tengok semua jenis teater seperti konsert klasik, opera, operetta dan teater muzik dari tempatan dan juga artis antarabangsa.Nad pernah masuk tengok teater. Tu la pengalaman paling best sebab dapat tengok depan-depan. Bagi Galeri Seni Kebangsaan, ia merupakan bangunan yang indah dengan seni bina unik yang diilhamkan oleh seni bina Melayu tradisional.
Ok juga jalan malam malam..
ReplyDeleteTak panas macam siang
Tak pernah jln2 mlm dekat tasik titiwangsa. Boleh lah ke sini kalau tak tahu nak ke mana malam minggu.
ReplyDeletewah seronok lah dapat jalan2 ya
ReplyDeletemacam2 dah sekrg ni kt Titiwangsa.. best jln2 hirup udara mlm
ReplyDeleteXpernah dtg sini lg.nanti sesekali leh bwk anak anak
ReplyDelete