MAKANAN DELIVERY DINEZ-IN TERBAIK

in , by Nadia Johari, 20:35:00
hai assalammualaikum

Dinez-in Makanan Delivery Terbaik - Bagi mereka yang bekerja, kadangkala disebabkan terlalu sibuk, sampai lupa nak makan atau malas nak keluar pergi makan disebabkan penat bekerja atau cuaca yang tidak mengizinkan. Atau malas nak drive keluar mencari keluar makanan. Bagi surirumah pula, kadangkala, penat nak masak, nak berehat waktu tu, tapi nak ada makanan depan mata siap semua terhidang. Tinggal makan je..hehe. Jangan risau, ada je perkhidmatan penghantaran makanan atau food delivery ni. Selalu food delivery ni makan fast food je, tapi ada je yang jenis berlauk tau!!..


Food Delivery Dinez-in

Cepat, mudah dan sedap, itu antara tiga faktor mengapa memilih untuk menempah makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah atau ke pejabat. Ni nad nak kongsi dengan korang, makanan delivery atau food delivery dari Dinez-in. Hanya tempah melalui instagram, atau facebook atau web mereka, dan membuat pembayaran secara dalam talian, pelbagai menu masakan kampung atau western sedia dihantar ke destinasi pilihan dalam tempoh masa tertentu. Bestnya, menu setiap hari adalah berlainan.

Promosi Beli Dua Percuma Satu

Semua masakan ni adalah halal friendly. Semua makanan dibuat oleh Chef Farah Izzuan. Setiap menu yang dimasak oleh Chef farah memang terbaik. Nad sendiri dah merasainya. Bukan nad je suka, Fariza pun suka. Dinez-in ada buat promotion beli dua set makanan percuma satu. Jadi, cepat-cepatla order di Dinez-in bila korang lapar. Tapi waktu dia mengahntara adalah waktu lunch iaitu tempahan boleh dibuat bermula 10.30 pagi. Waktu penghantaran 11 pagi hingga 2 petang. servis penghantaran memang cepat. Tak lama pun menunggu. Mereka hantar ara PJ dan Klang Valley.


Nak tengok apa nad order dengan Dinez-in. Hah ni hari selasa nad order. Nasi lemak pandan dan ayam berempah. Tengo nasi dia warna hijau, tu sebab namanya pandan..heehe. Mungkin diletakkan daun pandan sehingga jadi warna hijau. Ayamnya pun cukup rasa rempah. Sedap, memang sedap. Nasi lemak jadi sedap bila sambalnya sedap. sambal dia pun terbaik. Ada rasa pedas dan manis, tapi tak terlalu manis. Bagi nad ok.



Kita order makanan western pulak. Red pasta dan ayam grilled. Yang ni memang Fariza suka..dia western memang bagi dekat dia la..hahaha. Pasta sedap, dia ada bubuh lada hitam, pedas. Ayam grilled pun cukup rasa dan sedap. Laju je Fariza makan pasta ni.


Menu lain ada masakan Thailand iaitu Thai basil chicken dgn omelet. Nasi putih, telur dadar dengan ayam. Semua cukup perisa.


Ada juga makanan bergoreng iaitu Nasi goreng ayam paprik.


Disebabkan haritu takda air, tak dapat masak, jadi order lagi di Dinez-in. Nad order nasi putih, telur dengan ayam goreng kunyit. Kenyang kami sekeluarga.


Makanan simple pun ada di Dinez-in iaitu Roti jala. Roti jala dia besar kau, ada 4 berserta juah jari ayam. Makan roti jala dengan kuah kari...anak ambil dua, mak makan dua..nyum-nyum..Fariza kata " dap, dap "..heehe..

Kesemua makanan yang nad cuba di Dinez-in memnag terbaik. Menu pula berbeza setiap setiap hari. Jadi takdela jemu kan makan makanan yang sama je. Kalau korang nak tau, Dinez-in ni banyak chef, ada Melayu, China, Indian, Thailand, Pakistan dan Japanese. Mereka mempunyai 60 home chef dibawah platform mereka. Sebab tu menu lain-lain. Bagi yang muslim, boleh la pilih makanan Melayu. Jangan risau, masing-masing masak di dapur masing-masing. Kalau makanan Melayu, memang orang Melayu yang masak.

Dinez-in ni merupakan online yang jual home cooked food. Bukan setakat delivery food malah ada kelas memasak dan macam-macam lagi.

Boleh cek dekat media sosial mereka
website: https://www.dinez-in.com/
Facebook: www.facebook.com/dinezin.official
Instagram: www.instagram.com/dinezin.official
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2