Pageview Blog Dah cecah 3 Juta - Mula berblog pada November 2011. Entry pertama berkenaan ayah dan mak..hehee. Masa tu tak tau lagi blog ni fungsinya untuk apa. Yang nad tau, blog ni macam diari kita. Kalau dulu tulis dalam buku, yang ni tulis dekat web. Kalau buat public, memang semua orang akan baca. Waktu mula-mula buat blog, semestinya orang takkan kenal siapa Miszrockers Blogspot. Setelah hampir tiga tahun, tengok blogger lain menulis macam mana, nad pun mula improve kan diri. Alhamdulillah, lama-lama orang kenal blog nad.
Pageview 3 juta |
Mula join Kelab Blogger Ben Ashaari, dan belajar sedikit demi sedikit. Bukan senang nak bagi orang kenal blog kita, lagi-lagi PR, dan client yang nak promote barang diaorang. Kalau sebelum ni tulis main ikut suka je, sekarang bila tulis, walaupun santai, tapi beri manfaat kepada orang. Mula menulis yang elok, sebab blog ni akan kekal sampai bila-bila. Kalau nad takda nanti, orang baca yang elok-elok jela..huhu.
header terkini |
Kalau dulu blog edit sendiri, hahaa..gigih sampai pagi-pagi buat coding, bila berjaya lega. Lepas tu tengok blogger lain, template lawa. Belajar juga, template pun memainkan peranan dalam menaikkan ranking. Lagi bagus template, kemas, dan tersusun, orang suka baca. Tu bukan sahaja orang nak datang blog kita, malah menaikkan traffic blog walaupun cerita personal. Template terkini, husband yang hadiahkan waktu birthday nad. Niche blog nad, memang nad pilih untuk lifestyle. Tak kisah la pasal kehidupan nad, nad pergi mana, makan dekat mana, dan macam-macam lagi la. Memang takkan nak ada niche tersendiri. sebba nad suka kongsi apa sahaja. Sekarang dah ada anak, mula cerita bab parenting.
Nama ceriterasigadisbiru masih kekal, sebab orang memnag tau nad suka warna biru, walaupun template hitam merah..hahaa. Nama blog miszrockers pun masih kekal sebab lain daripada yang lain dan unik.
Nad akan maintainkan untuk buat entry sehari sekali. Tapi sejak ada anak ni, tertangguh pulak. Tapi nad tetap kejar..hehe. Lepas ni anak dua, kena gigih juga. Sebab blog dah jadi sebahagian daripada hidup nad. Nad dapat income pun daripada blog. Blog banyak bantu nad. Jadi nad kena jaga juga. Uishh, ada je blogger anak 7, boleh lagi masih berblogging, takkan nad tak boleh kan.
Sebelum masuk tahun baru, memang target nak cecah 3 juta pageview blog. Orang lain dah berjuta-juta, kita dah 3 juta pun syok..hahaa. Sekarang gigih lagi nak naikkan. Nad ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan blogger lain yang menyokong dan selalu berkunjung ke blog Miszrockers Blogspot ni tak kisahlah pembaca yang ada atau takda nama ( anynomous ). Sebab korang nad sampai ke 3 juta pageview blog. Terima kasih..
Semoga nad terus rajib berblog.
Congratz Nad
ReplyDeleteTahniah Nad! akak selalu kagum dengan blogger yang mampu update blog hari2. Memang kena gigih dan gagahkan juga lah kan? akak ni bab bila menulis kadang lama tau ..berhari2 baru nak siapkan. Sebab dok juggling dengan kerja rumah, amik anak sekolah, house errands. Lepas tuh bila dah penat..terbongkang kat sofa. Kah..kah..kah!
ReplyDeletemillion congrats kak nad
ReplyDeleteCongratulations sis Nadia.. Suka blogger rajin update entri macam sis Nadia ni..
ReplyDeleteSalam Kenalan.. Moga lebih maju jaya di masa hadapan 😍
Samalah husniey pun dulu anggap blog ni macam diari je dan lama kelamaan suka berkongsi sesuatu yang rasa bermanfaat untuk orang yang mencari persoalan 😊
tahniah ! cayookk caiyokkk
ReplyDelete