TIKUS OH TIKUS

in , by Nadia Johari, 23:38:00
hai assalammualaikum

Tikus Oh Tikus, Aku benci Kau - Siapa tak geli bila nampak tikus. Mesti nak lari jauh-jauh dari binatang ni. Lagi benci bila dia masuk dalam rumah. Tak tenteram hidup dan tak lena nak tidur oii..Rumah nad dekat bandar ni bahagian dapur memang ada terbuka sikit dekat bahagian bumbung, jadi memang boleh masukla binatang atas bumbung tu. Sebenarnya rumah ni, rumah arwah mak mertua, mungkin arwah masa tu memnang nak buat macam tu, sebab nak keluarkan asap makanan yang dimasak atau ntahla kan, nad tak tau la. Macam style kampung la, atas bumbung ada terbuka sikit.

Tikus bahagian dapur luar..tu depan rumah jiran..Nampak tikus tu baut ape

Sebelum ni memnag nad tak terfikir, tikus akan lalu dekat situ, jadi dulu memang nad jarang bersihkan ruang dapur sebelum tidur. Tapi lepas tau tikus masuk, nad terus rajin kemas dapur sebelum tidur, tutup tong sampah, lap semua la, kadang sapu tengah malam nak bersih. Lagi satu, memudahkan kerja nad, bangun pagi dah bersih semua.

Tapi rupanya masalah lain, tikus suka masuk bila ada makanan bungkusan diletak macam tu je. Ye, haritu masa nad mabuk, nad balik kampung 3 bulan, nad biarkan la satu plastik teh, kopi yang nad dapat masa event. Pastu mr mafia bagitau, tikus masuk dan gigit semua teh, kopi tu..ya ampunn..kau dah kenapa tikus..ngrrrr..Lepas tu haritu nad nampak botol jem roti pun digigitnya..gila punya tikus. Terpaksa buang semua tu. Lepas tu haritu dia gigit sotong kering, mr mafia baru beli dekat kedai Edibee..kurang ajar punya tikus..geram je..Lepas kejadian dia gigit jopi, teh tu semua, nad masukkan semua jenis minuman dan makanan dalam bekas yang tertutup rapat. lagi bagus beli tin ..hahaa. Takdela kuat sangat gigi dia nak buka tin tu. Kalau nampak terbuka juga, memang giler tikus tu. Tapi yang sotong tu boleh terlupa, yang botol jem tu tak tau pulak dia nak makan juga..sengallll..

Tikus yang masuk rumah sebesar ni oii. Ko tengok dia tarik kain jiran depan rumah. Ni mr mafia snap dekat bahagian dapur.

Alkisahnya, semalam la, bunyi " krekk, krekk, kreek "..Dalam pukul 2 pagi. Masa tu nad dah siap-siap kemas dapur, lap semua. Paham tak letihnya macam mana. Masa nak rehatla, mr mafia turun nak tengok bola. Lepas tu nad dengar bunyi tu, cakap dengan dia " abang ada masak air ke "..mr mafia cakap tak..Lepas tu dia tengokla, sah ada tikus masuk..Mulalah dia panggil nad suruh jaga dan halang dari masuk ruang tamu. Yang kita ni dah geli " duk abang, abang,,eii,, besarr"..kau tau anak kita Fariza dia macam pujuk kita je sebab takut, tau dia buat apa " ssyyhh, sssyyhh " sambil tepuk-tepuk kita..eheh budak ni mana belajar..nak tergelak tengok perangai dia.

Weii besar weii tikus tu..geli oii, kalau boleh nak lari, tapi kena tolong mr mafia juga. Sekali dia terlepas juga lari masuk ke ruang tamu. Cari punya cari, selak almari, takde. Adoii, risau dah ni. Dahla kita membuyung, baru lepas ngemas, tiba-tiba kena tangkap tikus. Tak pasal malam tu kena marah ngan mr mafia sebba terlepas tikus tu sampai ke ruang tamu. Eeee..benci tul bila kena marah dan terlepas tikus. Mesti kena marah, kau buyung ke tak buyung ke memsng akan kena..benciiii..bencii dengan tikuss ni tauuu..

Dah sampai pukul 3 lebih, pagi kau, duk cari dengan muka majuk. Dah lama tu, penat dah, Fariza pun dah asyik kacau je,ajak pergi tidur. Lantak la dengan tikus tu walaupun risau. Badan kita dah letih denagn baby dalam yang duk bergerak juga. Dengan layan Fariza, dengan baru lepas kemas tak hilang. Bangun ni tertengok-tengok..eee benciii arrr...Tak tau la tikus tu dah keluar ke belum.

Lagi benci tengok rumah berselerak. Arghh, apa lagi terus kemas..Nad ni kalau dah kemas, semuanya mesti nad kemas. Mulalah dapat bersin dan selsema sebab habuk. Bertambah penat lagi..fuhh..I tengah perhati tikus tu ada ke tak dalam rumah..huaaa..Harap-harap dia dah keluar..tak sukaaa..bencikkk...

siot, dia tarik kain tu

Kaedah Halang Tikus 

Nad ada terbaca, cara nak halang tikus masuk

1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.

2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di rumah kan?

Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

3. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.

Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih. Jangan nanti rumah anda jadi sarang tikus dan membesar. Itulah yang dikatakan mr mafia..dengan suara marah dia..sedihhh..Kita pulak dok bayangkan. Ala, lagipun salah dia juga, ajak kemas rumah dari mula kawin taknak, kita juga kemas rumah ni sampai luas- seluasnya..geramm..

Tapi dalam banyak-banyak cara tu, daun pudina tu macam ok je. Ala setakat kisar dan letak air, lepas tu tapis..dah..Tapi ok ke, siapa pernah guna daun pudina, ce komen?? Mr mafia ada beli racun tikus, ntah ubatnya warna pink. Macam tak jalan je..
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. bencinya tikus hahaha tapi orang cakap kalau tikus dengar kita mengata dia kang dia gigit kaki kita time tidur hahaha

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Nad. Aduhaiii...tak pasal2 kena serang dengan tikus. Harapnya, lepas ni janganlah tikus tuh datang balik kan. Letih pun yang baca kisah Nad bersungguh halau tikus.

    ReplyDelete
  3. kena pasang perangkap tikus nad, baru senang nak tangkap tikus2 tu, rumah lama family IQ dulu guna cara tu, dapat lah 2-3 ekor satu malam. kadang kalau bersih cemane pun rumah, tikus tetap ada sebab dia pun nak cari makanan dia kan. kalau ada barang tupperware pun jaga2, sebab tikus suka gigit tupperware, high maintenance betul! nak yang mahal jer. ahha!

    ReplyDelete
  4. dia nak buat sarang tu. dah musim sejuk kan sekarang

    ReplyDelete
  5. eeeeeeeeeeeiii geram sangat kalau dengan natang nama tikus ni,. Pengalaman masa duduk teres kat Kajang dulu, kat wet kitchen area tu kite buat tmpt masak...tp jd tempat tikus tu beranak pinak bawak tuh...pagi2 merata najis dgn kencing dorg kat bawah dapur..mlm2 nampak dorg pesta kat belakang tu.. sakit sangat hati sbb mknn x bleh letak jer dlm kuali takut kene kencing dorg..bawang2 semua kene kacau..telur x yah cite.. nak bising2, x leh jugak sbb design rumah tu owner tu buat renggang sikit pintu dgn jaringnya..just mampu pasang jaring dawai hijau tu tp x berkesan jgk..last2 lps masak jer, semua periuk bawak masuk..geramm sangatt

    ReplyDelete
  6. Kena pasang perangkap. Kat ofis akak tikus ni jalan atas meja kerja, tebuk tupperware letak barang makanan. Sepahkan bakul sampah. Last memang pasang perangkap baru kurang sikit gangguan.

    ReplyDelete
  7. tarik kain nak buat sarang tuu... beli je gam tikus.. melekat lertu nanti..then buang,, puas hati.. haha

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2