UBAT CACING UNTUK ANAK

in , by Nadia Johari, 17:14:00
hai assalammualaikum

Ubat Cacing Untuk Anak - Hah!!, haritu Fariza check up dua tahun. Dapat juga cucuk imunisasi terakhir untuk Fariza. Checkup seterusnya, tunggu 6 bulan. Fuh lega haish bila check up makin lama..hahaa. Sekarang check up mommy jela pulak. Haritu check up, nurse cakap, " ok lepas ni bagi ubat cacing ". Nurse bagi la ubat cacing jenis macam panadol atau pil tu. Kita pun pertama kali tengok ubat cacing jenis pil ni. Mula la tanya macam mana nak makan dia. Nurse cakap bagi dia hisap je. Pastu nad terus balik.

UBAT CACING UNTUK ANAK
Ubat cacing Albendazole

Masih was-was nak bagi dekat Fariza. Boleh ke dia hisap pil sebesar ni. Apa rasa?? Tak sedap kang dia buang, membazir. Kalau gula-gula tu ada la juga rasanya. Bolehla dia habiskan..hahaa. Lepas tu tanyala akak blogger ni yang dah ada pengalaman, Kak Nina. Cakap dengan dia macam mana nak makan ubat cacing ni. Biasalah bagtau jenis ubat yang nurse bagi pil bukan cecair. Macam Kak Nina, bagi dekat anak dia dengan cairkan masa bagi susu. Ermm, tak terfikir pula nak bagi macam tu. Sebab Fariza pun sekarang dah minum susu. Jadi, boleh juga buat macam tu kan. Terima kasih Kak Nina bagi idea cara nak bagi makan ubat cacing ni. Tapi nad ada dua biji pil, nak bagi satu biji atau dua-dua sekali? Kak Nina pun dah lupa..hahaa. Macam biasa, nad google la. Kadang cakap kat group tak terjawap soalan kita..hahaha.

Nampak happy je

Setakat ni alhamdulillah, Fariza selera makan ok je. Dia aktif dan tak tunjukkan apa-apa sakit. Tapi kita sebagai mak ni kenala jaga dan waspada dari awal. Ikut jela apa nurse suruh buat. Kalau dulu masa kecik, seingat nad, nad pernah gatal bahagian bawah, lepas tu berak macam keluar cacing...ahhaa..Rasanyala..Lepas tu mak bagi ubat cacing. Tapi berapa kali je. Kita pun dah lupa nak makan bila dah besar. Bila sampai ke anak, baru ingat balik pasal ubat cacing ni..huhu.

Punca Cacing dalam Badan terjadi

Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti. Kecacingan ni bukan jadi dekat budak-budak je rupanya, orang besar pun ada..hahaa. Dasyat sungguh weii la.. Tapi untuk ibu mengandung tak boleh ambil ubat cacing ni. Biasalah budak-budak, suka main dekat luar dengan berkaki ayam, atau pun tak jaga kebersihan, alatan yan tidak bersih dan juga dari segi pemakanan yang tidak bersih yang berisiko mengandungi telur cacing. Semua tu akan sebabkan kecacingan. Kadang dah waspada pun, kita tak sedar, nak jadi kan. Yang paling aku geli, bila aku baca ni, aku siap bayangkan..hahaa.

 Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

"Apabila anak-anak kita makan makanan tersebut, telur cacing akan masuk ke usus kecil. Telur itu akan menetas di usus kecil dan mendapat makanan dari usus. Cacing dewasa kemudiannya akan membiak dan berada di usus besar dan seterusnya akan dikeluarkan melalui najis."

Nad bayangkan, makan telur cacing tu..yerkk..Siap amsuk usus..ayoyo..hahaa..dasyat bayangan nad. Bila ada masalah kecacingan ni, anak kita akan mengalami kekurangan zat kerana nutrien yang dimakan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh kerana terpaksa diberikan pada cacing. Fuh takutnya.

Jenis cacing yang mungkin masuk ke badan adalah seperti cacing pita, cacing kerawit, cacing gelang, cacing cangkuk.

Simptom Alami Masalah Cacing

Sipmtom Kanak-kanak yang alami masalah cacing
- kurus walaupun makan banyak
- pucat kerana kekurangan zat besi dalam badan
- kurang selera makan
- kembung

Weii aku kurus weii..adakah nad kecacingan..hahaa. Ada terbaca kalau tak cegah boleh jadi kronik. Makin lama baca makin gerun pulak..ahhaa, Ok jawapan untuk aku, makan pil ni macam mana.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

-  Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
-  Cuci tangan selepas keluar tandas
- Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
- Pakai kasut apabila keluar rumah
- Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
- Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
- Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
- Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
- Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Cara pengambilan ubat cacing

Dos Ubat Albendazole

Kanak-kanak 1-2 tahun : 200 mg sebagai dos tunggal
Dewasa & Kanak-kanak 2 tahun ke atas : 400 mg sebagai dos tunggal untuk 3 hari berturut-turut.

Ubat ini boleh di ambil ketika perut kosong. Ia juga boleh dikunyah, dihancurkan atau ditelan.

Ok ambil dua biji terus untuk bagi Fariza makan. Lepas tu tunggu jela enam bulan nanti check up. Kot dapat lagi dekat Klinik Kerajaan.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Bukan anak2 jer kena makan ubat cacing mak ayah pon kena jugak hehehe.. barula hidup sihat namanya..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2