Bangi Wonderland |
Kegembiraan Berganda Gempak Giler Bangi Wonderland December Ini
Enjoy Mandi Manda Di Bangi Wonderland - Bila ada rezeki memang takkan lepaskan peluang pergi ke salah satu tempat yang menarik untuk bercuti dan bawa Fariza jalan-jalan. Duduk rumah je pun bosan je kan. Haritu dapat pergi Port Dickson, lepas tu dapat tengok Dinosaurs, kali ni, nad bawak Fariza pergi ke tempat mandi manda lagi. Semestinya dia akan suka, dapat main air. Kali ni, nad pergi dekat-dekat je, nad pergi Taman Tema Air dekat Bangi Wonderland. Kegembiraan berganda dengan adanya Showcase Gempak Giler yang diadakan di Bangi Wonderland sepanjang December ini, bermula 1 December sehingga 31 December 2017. Dengan promosi tiket Gempak Giler 2017 yang memang murah dan berbaloi. Dapat jumpa artis lagi pada hari minggu tau.Promosi tiket |
Promosi Tiket December Sempena Gempak Giler 2017
Ni kali pertama nad jejak ke Bangi Wonderland. Sampai je sini, cari parking dan ke tiket kaunter dengan menggunkana lif. Jangan risau, ada penunjuk dekat lif tu tingkat berapa ke kaunter tiket. Sempena Gempak Giler 2017, Promosi Tiket memang sangat murah sepanjang December ini, iaitu:Dengan Mykad
Isnin - Jumaat (11 pagi - 6.00 petang) : RM150 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Tanpa Mykad
Isnin - Jumaat (11 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM2100 untuk 4 orang
Kalau korang nak tau, harga tiket hari biasa tanpa promo ialah
Dengan mykad
Dewasa (Warganegara): RM58
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM48
Kanak-kanak < 90cm : Percuma
Warga Emas: 50% diskaun
Tanpa Mykad
Dewasa : RM70/orang
Kanak-kanak (90cm - 130cm) : RM60/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas / OKU : Diskaun 50%
Waktu operasi
Isnin - Jumaat : 11 pagi hingga 6 petang
Sabtu -Ahad / Cuti Sekolah/ Cuti Umum : 10 pagi hingga 6 petang
Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali sepanjang cuti sekolah dan cuti umum.
Showcase Gempak Giler 2017
Dijemput untuk memeriahkan majlis launching Showcase Gempak Giler 2017, dengan ucapan kata-kata aluan daripada General Manager Bangi Wonderland Theme Park & Resort.Kata-kata Aluan daripada General Manager |
Persembahan daripada Aero Fit by One Nation Fitness |
Perasmian berjalan dengan lancar dan kami semua tetamu turut di persembahkan denga tarian daripada Aero Fit performance by One Nation Fitness. Tengok diaorang menari, sampai nad pun rasa nak menari..hahaha.
Group photo |
Sesi group photo.
Enjoy diaorang |
Game pertama, game Gorila. Kena kepit bola dekat kaki dan ketiak, pastu berjalan dan patah balik |
Game kedua, game gelung. Masukkan gelung tanpa lepas tangan. Video boleh tengok dekat SINI |
Bukan itu sahaja, malah ada game waktu tu di mana melibatkan para tetamu yang hadir waktu tu. Memang supporting habis diaorang ni. Kita pregnant, kita tukang ambil gambar jela..hehee.
Persembahan Artis Sempena Gempak Giler 2017
Hah!!, jangan tak tau, sempena Gempak Giler ni, bukan sahaja ada promosi tiket, malah ada persembahan daripada artis. Sambil mandi, sambil boleh melihat artis menyanyi secara dekat. Nak buat apa denagn diaorang, buatla..hahaa. Nak bergambar, nak nyanyi sama-sama, nak berjoget, nak ajak mandi..eh..hehee. Artis yang hadir pun best-best.Ezad Lazim |
Ameng Spring |
Tapi persembahan arti ni dalam pukul 2 petang. Ala korang mandi manda, tak sedar, tengok-tengok dah pukul 2 petang. Artis pun dah datang..ehehe. Ada je orang akan bagitau artis akan buat persembahan. Persembahan pulak dekat khemah besar tu. Masa nad, artis yang datang ialah Ameng dan Ezad Lazim. aduh suaranya, sedap betul. Dapat tengok depan-depan diaornag nyanyi. Sempoi dan sporting diaorang ni.
Artis ni datang ikut tarikh mereka. Untuk 2 dan 3 December dah lepas. Ok, ada lagi 9 dan 10 Diecember, korang boleh datang ke Bangi Wonderland untuk melihat artis sambil bermandi manda. Artis lain yang akan mengempakkan Bangi Wonderland
2 Disember : Ameng Spring dan Ezad Lazim
3 Disember : Awie dan Siti Nordiana
9 Disember : Amy Search dan Nico G
10 Disember : Khalifah dan Projector Band
Hah!!, apa lagi, set la masa dengan kawan-kawan dan keluarga untuk 9 December dan 10 december tu. Artis best tu..Depan-depan tengok oo...
Menarik di Bangi Wonderland |
Apa Yang Menarik Di Bangi Wonderland??
Selesai aktiviti semua tu, apa lagi, mulalah nak terjun masuk air. Fariza dah masuk awal-awal dengan daddy dia. Nad pulak tak sabar nak masuk air..hehee. Nak jelajah Bangi Wonderland ni, nak tengok apa yang menarik dekat sini. Tempatnya takdela besar mana, tapi best, sebab lokasi setiap tempat tak jauh dan dekat. Jadi takdela penat berjalan.Permainan yang ada di Bangi Wonderland
1) Kids Adventure
Kids Adventure |
syok dia mandi |
Daddy ajar dia taknak takut air pancut ni..hehe |
Hahaha..masuk dalam gelung air |
Gelongsor yang boleh dimain oleh kanak-kanak dan orang dewasa |
3) Boomeriang
Nak main ombak, boleh pergi ke sini. |
4) Typhoon River
5) Meander River
Best betul |
6) Spiralax
7) Body Slide
Main gelongsor puas-puas |
8) Insane Racer
Gelongsor Warna warni |
Turung dengan keadaan meniarap. Ada khad pelapik dia |
9) Anaconda Trail
10) The Fall
Best nii |
Warna hijau tu Anaconda Trail. Dapatkan tiub anda untuk menunggang di Anaconda Trail. Perjalanan ini hanya terus turun tetapi mencabar dengan bergelombang seperti badan ular. Wrana ungu pulak The Fall. Yang tu korang kena baring dan turun. Huishh tinggi tu..Ia adalah permainan yang menyeronokkan untuk anda dengan rakan dan keluarga
11) Magic Funnel
Uuuu..nampak tak..mesti best kalau naik |
12) Water Cannon
Tu ada orang tu.. |
13) Pirates Spa
Mandi santai. Ni dekat pintu masuk dah nampak |
Permainan lain yang ada ialah
14) Green Pearl
15) Surf Rider
16) Wonder Loop
Khemah besar |
Kemudahan yang ada |
Kemudahan Yang Disediakan Di BAngi Wonderland
Dekat sini banyak juga kemudahan yang disediakan. Semua lengkapla..Ada yang kene bayar, ada yang tak.1) Tempat simpan barang locker
2) Toilet
3) Baby room
4) Surau
5) Changing room
6) Medi Room
7) Sewa pelampung
8) Pondok dan khemah
9) Cabana
Tempat nampak je kecik, tapi macam-macam permainan ada. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati
Bangi Wonderland Theme Park And resort
No 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
website : www.bangiwonderworld.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/
Contact:: 03-89128333
Selamat Hari Lahir Abang Ben |
Waktu ni, diaornag buat kejutan dekat Ben Ashaari, tapi nad tak sempat nak sambut sempat datang lambat sikit. Tapi apa pun Selamat Hari Lahir Abang Ben.
Thank You Bangi Wonderland |
"A day with Bangi Wonderland"
Terima kasih diatas jemputan pihak @officialbangiwonderland (Bangi Wonderland ThemePark & Resort) sempena sambutan Anniversary setahun operasi.
Kami daripada @kelabbloggerbenashaari
amat menghargai kerjasama yang dijalinkan.
Kami berharap agar Bangi Wonderland terus maju dan akan ada ruang kerjasama pada masa masa akan datang di antara KELAB BLOGGER BENASHAARI X BANGIWONDERLAND. .
#KBBA9
#KelabBloggerBenAshaari #KembaraKBBA9
#BangiWonderland
#ShowcaseGempakGiler2017
#PromoGempakGiler
#BangiThemePark
#Bangi #Selangor #WaterThemePark
#ThemePark #PromoCutiSekolah
#CutiSekolah
#schoolHoliday #tourismselangor
#blogger #bloggermy
Anak-anaklah yang seronok..hehe
ReplyDeletefuh panjang entry ni gigih baca tau hahah memamng gempak giler ni , boleh tahan harga dia nampak macam berbaloi
ReplyDeleteWah, macam2 permainan ada, boleh la grab pakej 4 orang tu nanti...
ReplyDeletewow bestnya, pakej price tu macam berbaloi sangat. Satu hari macam tak cukup masa ni hehe
ReplyDeleteMenariknya bangi wonderland kna terjah juga ke sana oneday
ReplyDeletewah seronoknya tengok korang.. teringin nak pergi satu hari nanti
ReplyDeleteamik pakej lagi ok kot. Cukup² 4 je untuk family akak :)
ReplyDeleteseronoknye mandi mandaaa
ReplyDeleteHarga promosi kat atas tu typo ke betul tu yg RM2100...kalau salah nanti nad betulkan ye...ini kalau anak akak nampak sure berzikir dia kat telinga akak ni ..harap2 dia x pi skodeng la entry kawan2 mama...
ReplyDeletebestnyaa.. dekat dengan rumah.. tp tak sanggup nak menghitamkan diri kat sana hahah.. panaihhhh
ReplyDeleteGempak sangat Bangi Wonderland ni.. Syoknya kalau dapat luangkan masa disana.. 😍
ReplyDeletewahhh.. bestnya bawak anak-anak main airr.. harraz pun suka main air gak.. alalaaaa.. bila la dapat pi sini.. huwaa
ReplyDeleteBestnya weyh. Dah la dekat je, tak yah pi jejauh. Nanti nak try pergi la sekali
ReplyDeletesama dengan anak kak ema..takut nak mandi bawah air pancut... suka mandi di pirates bay.
ReplyDeleteseronok la fariza berendam.. hee~ comel jek dia basah kuyup pun..
ReplyDeleteMemang gempak best giler kat sini. Nak pegi lagi....
ReplyDeletebestnye. i've never been there.
ReplyDelete