hai assalammualaikum

credit pic: Kerex Photography


Dinosaurs Alive Di Matic Kuala Lumpur

Dinosaurs Alive Kuala Lumpur - Kalau ada aktiviti yang melibatkan anak ni, memang nad la paling teruja nak bawak Fariza pergi..hehehe. Biasalah mak-mak memang macam ni kan. Lagipun, bila dia dah membesar ni, dia dah tau tengok, dah ada perasaan ni, memang masa ni la bagusnya bawak dia teroka, tengok benda yang dia belum tengok. Nad pernah tengok, kawan nad pergi ke Dinosaurs Alive dekat Matic Ampang Kuala Lumpur, apa lagi, ajak la mr mafia pergi, sebab dekat je dengan rumah.

Lagipun, sekarang kan musim cuti sekolah. Korang boleh juga bawa anak-anak ke sini. Memang seronok, tak bosan masuk sini. Serius weii, kitaorang anak beranak ambil masa berjam-jam dalam ni..hahaa. Bukan setakat nampak Dinosaurs bergerak, bunyi-bunyi tu semua, malah ada aktiviti yang boleh dijalankan oleh mak, ayah dan anak. Rasa taknak balik..ehhee.

credit pic: Kerex Photography

Tiket Masuk Dinosaurs Alive

Tiket yang ditawarkan seperti berikut:

Dewasa RM75
Dewasa (MyKad) RM50

Kanak-kanak 3-12 tahun RM45
 Kanak-kanak 3-12 tahun (MyKid) RM30

Warga Emas (60 tahun ke atas) RM50
Warga Emas (MyKad) RM40

Perlukan keperluan Khas (OKU) RM25
Group berkumpulan (10 Orang) Diskaun 10%
Kumpulan dari Sekolah (lebih 20 orang) RM25

Haritu nad pergi, tengah offer, murah sikit. Tiket korang boleh beli online atau korang boleh beli masa di pintu masuk di sini.

Pelbagai Aktiviti Di Dinosaurs Alive Matic Ampang

Hah!!, sebelum masuk je dah dengar suara Dinasour tu. Nggrrrr sana sini. Fariza dah terkejut dengar tu..hahaha, Tapi nad ajak juga masuk...hahaha..Dinosaurs Alive ni dalam khemah besar outih seperti sarkas. Nampak je macam khemah kecik, tapi besar oii, pulak tu ada aircond. Sejuk je..Sampai mr mafia cakap, " bestnya tempat dia beraircong, dinosaurs ni tak boleh panas erk "..hahaha. Ni bagi keselesaan kepada para pengunjung. 

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

Dalam ni ada banyak 50 ekor Dinosaurs, 16 spesis yang ada. Untuk anak-anak yang besar sikit, atau suka Dinasours, boleh bawak ke sini, sebab diletakkan nama dan fakta tentang setiap Dinosaurs yang ada di sini. Anak-anak boleh kenalpasti Dinasours tersebut dengan melihat nama-nama tersebut. Sambil boleh tahu tentang latar belakang Dinosaurs tersebut. Bukan kanak-kanak je boleh belajar, malah orang dewasa berpeluang untuk kembali ke masa silam untuk bertemu dan memahami spesies yang sudah pupus. Korang juga boleh tengok Dinosaurs bergerak dan animatronic bersaiz hidup dengan kulit reptilia seperti hidup, mendengarkan, bernafas dan bertiup, memang rasa seperti di di dalam cerita Jurassic Park..hehee.

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

Ni Dinosaur T-Rex paling besar dalam ni. Tingginya 19 meter, panjangnya 25 meter dan beratnya 5 tan. Fuh, memang hebatla diaorang ni buat.

credit pic: Kerex Photography

Hah, korang masuk-masuk je, belah kiri, ada dah satu aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Aktiviti pasang rangka Dinosaurs. Siapa yang suka-suka pasang ni, memang boleh pasang. Sebabnya aktiviti ni percuma. Lepas pasang, boleh bawak balik rangka Dinosaur tu. Syaratnya kena pasang dekat situ juga. Setiap keluarga boleh ambil dan pasang. Cumanya dia ada limit rasanya. Lebih dari dua, kena bayar. Ke, bila seorang ambil lebih dua kena bayar. Tak berapa sure pulak. Tapi staff yang jaga situ cakap, boleh ambil dua sahaja, lebih dua kena bayar. Tapi takpela, aktiviti menyeronokkan. Nad memang dah give up pasang ni..hahaa..Last-last bagi mr mafi, sebab ni hobi dia pasang-pasang macam ni. Nad tak paham nak pasang macam mana. Lepas tu mr mafia ajarla..Paham la sikit-sikit. Tapi yang pasang sampai habis dan siap mr mafia la..hahaa..

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

Lagi satu aktiviti percuma yang ada dekat Dinosaurs Alive ni, hah main pasir ni. Korang dah biasa nampak kan. Pelekat pasir. Boleh pilih Dinosaur mana korang nak. Kaler ikut sukala nak bubuh mana. Nad bagi Fariza buat sendiri. Dia bubuh la sendiri. Tapi bila nad kata berhenti, ambil warna ni, itu, dia dengar jela. Yang penting dia bubuh pasir tu sendiri.

Cantik tak Fariza buat

Hasilnyaa..heheee..

credit pic: Kerex Photography

Salah satu yang menyebabkan anak-anak korang takkan balik ialah tempat mainan belon ni..haaha. Ada tiga jenis mainan belon ni. Anak-anak mesti enjoy. Nak melompat, nak bermain, jumpa kawan baru. Fariza pun dah leka main sampai taknak balik..huhu. Last-last paksa juga, sebab nak bawak main pergi tempat lain.

Anak-anak boleh jadi ahli arkeologi

Dekat sini, ada mainan yang berbayar. Salah satunya ialah anak-anak boleh jadi seperti ahli arkeologi. Yang ni bayaran RM10. Ada pakaian khas dan spek. Lepas tu akan dibagi telur dinosaur dan tukul, lepas tu ketukla telur tu. Dalam tu ada bahan fosil yang korang boleh bawak balik. Masa ni nad tak sempat nak main. Duk sibuk main pasir dengan pasang rangka tu. Sampai anak pun dah tidur..hehee.

credit pic: Kerex Photography

Main game

Ada juga game dalam ni. Ada dua jenis game, dua-dua bayar RM10. Satu tu, pilih dinosaur yang korang nak, dan tengok nombor dekat bawah kaki dinosaur tu. setiap dinosaur ada hadiah. Tapi hadiah berlainan. Takdela balik tangan kosong kan. Fariza pilih, dapatla bawak balik Dinosaur juga..hahahaa. Kalau betuah dapatla beruang besar tu..hahaa

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

Lagi satu game,masukkan bola dalam dalam mulut Dinosaur. Adalah hadiah dia.

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

Dalam ni juga ada kedai menjual makanan. Kalau dah lapar, dah haus, nak makan, bolehla duduk dan rehat, sambil makan.

credit pic: Kerex Photography

Ada juga tempat rehat untuk mak, ayah atau warga emas yang dah keletihan, duduk santai dekat depan panggung wayang ni. Layanla cerita sampai tertidur ke..hehee. Memnag nampak selesanya.

credit pic: Kerex Photography

Ada juga kedai jual cenderahati. Kalau rasa nak beli buat kenangan, bolehla beli.

Kemudahan lain yang ada dekat sini, surau dan tandas pun ada. Jangan risau. Semuanya ada. Lengkap dan dekat. Tak perlu pergi jauh-jauh.


Hah!!, ni video nad ambil masa pergi ke Dinasours Alive dekat Matic Ampang.

credit pic: Kerex Photography

credit pic: Kerex Photography

Nak tau Dinosaur apa lagi ada, nak tengok gambar lain lagi, boleh pergi ke http://kerex.zenfolio.com/dinosaurs

Memang banyak la korang boleh lakukan dekat sini bersama keluarga. Bukan satang sekadar tengok. Bayar sekali, nak masuk berapa lama dalam ni pun sampai ke malam pun boleh..hahaa. Bagus benda macam ni buat dekat sini, anak-anak tak bosan, mak ayah pun enjoy. Memang sangat berbaloi bila datang sini. Tempat sesuai bawak anak-anak untuk mempelajari tentang sejarah Dinosaurs. Watch Them Move, Hear Them Roar !!!

Boleh layari
Website; https://www.dinosaursalive.asia/
Facebook; Dinosaurs Alive
Instagram: https://www.instagram.com/dinosaurs_alive/

SHARE 25 comments

Add your comment

  1. wah macam-macam aktiviti ada ya. menarik sangat ni

    ReplyDelete
  2. Wow , rayyan takut nampak dinosour haha

    ReplyDelete
  3. Kak Sue sempat juga pegi hari tu.. memang ada aktiviti yang boleh kita buat dengan anak-anak kita..

    ReplyDelete
  4. Syafi kalau masuk sini mesti suka. Nampak real dinasour dekat situ ye. Banyak juga tu sampai ada 50 dinasour. Yg best satu keluarga boleh take part. Tempat pun berhawa dingin. Memang selesa sgt dah tu.

    ReplyDelete
  5. Nie bukan budak-budak je excited kalau datang sini. Mak bapak budak pun excited.. Hahahahaaa

    ReplyDelete
  6. Anak- anak selalu tanya pasal dinasour sbb tgk kartun kan. Ni boleh bawa ni bg tgk sendiri. Hehe

    ReplyDelete
  7. banyaknya dinasour naka-anak farah mst suka nie

    ReplyDelete
  8. Seronoknya boleh tengok dinasour. Btw, harga tiket masuk boleh tahan juga ya.Aktiviti jadi ahli arkeologi tu menarik.

    ReplyDelete
  9. Wowwww! Perasan dinosaur ni kat area MaTic tu. Tiket dia mahalnya.... hahhahahhaa

    ReplyDelete
  10. Mak oiii tiket dia...berbaloi ke harga tiket kalau bawak anak ramai ni..eh...hehehe..yg pasti aktiviti mmg menarik

    ReplyDelete
  11. owh baru tahu tempat ni. menarik. harap2 berbaloi dgn harga tiket tu kan.

    ReplyDelete
  12. Ohhh, kalau bawak Aneeq ni memang tak boleh. Dia takut. Masa pergi karnival upin ipin tu pun dia takut bile tengok dinosaur jugsak

    ReplyDelete
  13. So excited seeing the dinasour movement and roaring.

    ReplyDelete
  14. My daugther had a really good time there as well! It's a great place for family with kids.

    ReplyDelete
  15. This place is really cool! I m going there soon.

    ReplyDelete
  16. dah pegi semalam. memang best

    ReplyDelete
  17. best ni. bukan setakat anak, mak pak pun yang seronok lebih nnt hahaha

    ReplyDelete
  18. menarik..budak2 sure teruja
    tp tiket tu mahal nau nau haha

    ReplyDelete
  19. TQ so much for your information and sharing. cantik nyaaa!! nak pergii warghh btw, Love ur blog cik biru hehe! keep blogging<3

    ReplyDelete
  20. Ni kalau bawak si kembar mesti depa teruja ni

    ReplyDelete
  21. Ika suka dinasor. Boleh lapi.hehe jangan ingat budak2 je suka.

    ReplyDelete
  22. Menarik tapi anak kita yang sorang tue mesti akan buat hal kalau bawa ke sini.. So cara terbaik, xboleh bawa dia hahahah

    ReplyDelete
  23. Wahhh... Menarik laa..
    Excited anak² kak nina kalau bawak sini

    ReplyDelete
  24. Anak-anak pun asyik tanya jer bila nak tengok dinasour, aduhai nengok tiket dah terkujat!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2