hai assalammualaikum


Program Kad Negaraku MPay Mastercard, Didik Pengguna Bijak Dan Berhemah Dalam Berbelanja - Kalau bercerita bab perbelanjaan dengan ekonomi sekarang., mesti pening kan. Barang pulak makin lama makin naik. Jadi,kita sebagai pengguna atau pembeli mestilah nak berbelanja dengan bijak dan berhemah. Lagi seronok kalau dengar barang tu ada diskaun. Laju je kita nak membelinya, sebab dapat dengan harga yang murah. Sebab tu munculnya idea Program Kad Negaraku Mpay Mastercard ni.


Kad Negaraku MPay Mastercard

Program Kad Negaraku Mpay Mastercard dijalankan di bawah Program Sahabat Negaraku dan ini merupakan program permulaan dan akan terdapat lagi  pelbagai program yang bakal dijalankan. Program Kad Negaraku MPay Mastercard yang diusahakan dengan kerjasama secara eksklusif dengan pihak Managepay System Berhad.

Korang mesti tertanya-tanya, apa tu Kad Negaraku MPay Mastercard?? Masa nad datang ke event Program Sahabat Negaraku yang diadakan di Kelab Darul Ehsan pada hari Rabu tu, nad sendiri tertanya-tanya, apa Kad Negaraku  MPay Mastercard ni?? Apa fungsi dia?? Apa kelebihan dia?? Haritu juga nad dapat jawapannya.

Apa yang nad faham, Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard ni seperti kad debit, kad kredit yang boleh digunakan untuk pelbagai bentuk pembelian. Maksudnya, kad ni perlu ada duit di dalamnya, dan bolehlah shopping. Tapi, istimewanya kad ni berbeza dengan kad diskaun yang lain. Kad ni dianggap kad sara hidup digital yang memberikan peluang kepada pemegang kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat. Maksud jimat sini, ialah harga yang lebih murah. Kiranya, korang akan dapat diskaun bila guna Kad Mpay Mastercard ni.

Kad ni bukan sahaja untuk membeli produk dengan murah, malah pengguna boleh berbelanja untuk pembelian secara online, menonton wayang, berhibur di taman tema, membuat pindahan wang dan sebagainya. Nampak tak kelebihan kad ni. Bukan satu je fungsi dia, tapi lebih dari tu untuk memudahkan pengguna. Macam ni la caranya mereka nak didik pengguna untuk berhemah dan bijak dalam berbelanja. Macam tu la yang nad paham tentang kad Negaraku MPay Mastercard ni,

Lebih menarik, MPay akan sentiasa menawarkan penjimatan produk-produk terpilih dan bersesuai dengan pengguna kad secara bulanan.

Untuk permulaan, Program Sahabat Negaraku akan memperkenalkan Program Kad Negaraku MPay Mastercard ni di seluruh negara dan dimulakan di Selangor dan WP Kuala Lumpur secara konsisten dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat untuk mematikan rakyat khusunya ahli-ahli NGO memahami hasrat program kad ini.


Program Kad Negaraku MPay Mastercard mensasarkan 200 ribu Pengguna Kad dari kalangan ahli-ahli NGO yang menetap di Lembah Klang. Pada hari itu, Sekurang-kurangnya 15 NGO dengan keahlian lebih 12 ribu orang datang bagi merealisasikan Program Sahabat Negaraku. Melalui program ini KSP menjemput semua NGO untuk bekerjasama dan menyokong Program Sahabat Negaraku . Dalam usaha menghubungkan pihak kerajaan, rakyat badan berdaftar dan NGO, pihak Kelab Sahabat Persaudaraan turut memberi penerangan dan mendaftar NGO yang berminat untuk menyertai program ini.


Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018. Jadi nantikan kemunculannya tahun depan ye.

Untuk kornang yang nak tau lebih lanjut berkenaan Kad MPay Mastercard ni korang boleh pergi ke
Ketua Kelab Sahabat Persaudaraan, Pn Farina Abd Razak : 017-3921711
Unit Media KSP : Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net



SHARE 29 comments

Add your comment

  1. betul tu ekonomi sekarang memang memeningkan kepala T.T cantik pulak kad ni haha tapi sha rasa mcm sha takkan dapat je kad ni :3

    ReplyDelete
  2. Bestnya boleh jimat bila guna kad ni. Memang ramai yg suka bila shopping sambil dpt jimat kan. Lagi tu siap boleh apply utk byk kegunaan pula tu. Need to check it further.

    ReplyDelete
  3. Ramai jugang yng blogger review pasal kad prabayar ni..teruja plak nak mohon..kalau dpt berjimat apa salahnya kan mohon.

    ReplyDelete
  4. Ramai jugak geng blogger review pasal kad prabayar ni..teruja pulak nak mohon..kalau dapat berjimat apa salahnya kan mohon..

    ReplyDelete
  5. Di mana ya kita boleh tahu produk dengan penjimatan menggunakan kat ni? Nampak menarik juga!

    ReplyDelete
  6. Menariknya kad prabayar ni...penjimatan banyak juga tu

    ReplyDelete
  7. kalau bagus untuk kita apa salahnya cuba mesti jimat kan? nak juga try.

    ReplyDelete
  8. Adakah boleh dikatakan kad ini sama seperti kad Touch N Go?

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba kalau betul2 menjimatkan..fungsinya sama macam tng ke?

    ReplyDelete
  10. Shopping sambil berjimat. 2-2 akak suka

    ReplyDelete
  11. memang menarik.. nak pergi carikan satu tengok... hahahah

    ReplyDelete
  12. Kalau betul menjimatkan nak jugak ada 1 senang dan memudahkan malas nak pikir dah benda remeh-remeh zaman sekarang.

    ReplyDelete
  13. wah.. boleh jimat bila guna akd ni? menarik tu.. banyak je penjimatan yang boleh kita dapat yea NAd?

    ReplyDelete
  14. first time dgr pasal kad ni... mcm menarik jugak..

    ReplyDelete
  15. Mmg malas nk bwk cash kemane2.. p supermarket pon pakai kad je.. so kena ada 1kad ni.. mudahkan..

    ReplyDelete
  16. Harap dengan adanya kad ni harap pembeli lebih berhemah ketika membeli barangan.. bestI tak yah bawa duit tapi bahaya gak kad takutbterover belanja

    ReplyDelete
  17. First time dengar ttg ni.. pasni kalau dah ada kad ni tak perlu nak bawak cash lagi..

    ReplyDelete
  18. Bagus kad Mpay ni ! moga memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  19. Skr ni mcm2 kad ada tp yg Mpay ni klu betul2 blh jimat oklah tu..

    ReplyDelete
  20. Menarik ni kat Mpay... Boleh jimat cermat..hehe

    ReplyDelete
  21. Mcm best je.. cik en tggu dorg smpai ipoh.m

    ReplyDelete
  22. Dah faham fungsi kad ni mcm mana selepas bc penerangan... Ok blh dftr nanti

    ReplyDelete
  23. Mana nak dapat kad ni? Bagusnya ada kad ni mcm2 bole guna

    ReplyDelete
  24. Macam menarik kad ni.. Boleh la berjimat cermat ni..

    ReplyDelete
  25. Buying n saving at the same time.. Great initiative

    ReplyDelete
  26. Boleh cuba dptkan nanti ni. Byk kena jimat tahun 2018.

    ReplyDelete
  27. Wah bagus ni. Memgajar kita berjimat cermat di samping dpt menikmati pelbagai kemudahan

    ReplyDelete
  28. Golongan bekerjaya macam akak ni layak tak nak mohon?

    ReplyDelete
  29. I think this is most people need, dont over spend and learn how to save for rainy days also.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2