susun dengan teliti |
Obsessive Compulsive Disorder.
OCD Kah Anak Ku? - Dah lama dah nad dengan mr mafia perasan perangai Fariza ni. Setiap kali dia main permainan dia, dia akan susun elok-elok, cantik-cantik, dan kemas. Tapi bila mainan dia terlari sikit dari susunan, atau tidak menetapi apa yang dia nak, dia kan marah dan stress. Lepas tu mengamuk..hahaha. Lagi sengsara bila dia letak mainan dia, dekat badan kita. Yela macam dia susun dekat jari ke, kepala ke, janganla goyang atau jatuhkan, mesti dia akan marah, sebab dia dah susun baik punya..aduhh..kadang terpaksa layan , kadang tak la jugak, mana taknya, takkan la berjam kita nak duduk diam..ayoyo..Apa itu OCD?
Sebelum ni nad tak tau pun apa tu OCD. Nad tau pun lepas baca dekat satu blog ni. Lepas tu terfikir, Fariza ni OCD ke??..OCD ni takdela penyakit yang serius sangat, tapi kalau taksub sangat, boleh jadi teruk jugakla, sebab ganggu kehidupan seharian. OCD ni memang asing bagi kita yang pertama kali mengetahuinya. Apa yang dimaksudkan dengan OCD atau Obsessive Compulsive Disorder.
OCD ialah ketidakcelaruan perasaan yang memerangkap fikiran dan perangai pesakit dalam kitaran yang tidak berakhir. Senang kata, mereka suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum ini tidak sempurna atau lengkap. Jika tidak dilakukan secara berulang, mereka akan berasa resah , tertekan dan cemas.
Atau
Obsessive-compulsive disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang
Kitaran OCD (melakukan kerja secara berulang-ulang) ini boleh mengambil masa selama berjam dan hal ini mengganggu aktiviti harian penghidap OCD. Penghidap OCD sebenarnya sedar akan obsesi dan pengulangan yang mereka lakukan namun mereka tidak mampu untuk memberhentikannya.
Ketaksuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
a) Was-was
b) Kebersihan
c) Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan-slowness)
Simptom-simptom
Symptom OCD ialah seseorang itu obses dengan perkara-perkara berikut:
- Takut kekotoran atau pencemaran oleh kuman
- Takut menyebabkan kecederaan atau mudarat kepada orang lain
- Takut membuat kesilapan
- Takut dimalukan atau bertindak seperti tidak diterima oleh masyarakat
- Takut memikirkan syaitan teramat resah memikirkan perbuatan jahat yang pernah dilakukan
- Terlalu mementingkan susunan, simetri, ketepatan dan kesempurnaan
- Perasaan was-was dan curiga yang kuat terhapat orang lain atau sesuatu perkara dan memerlukan - jaminan yang mantap untuk percaya
Kesan Buruk
•Kemurangan
•Insommia.
•Hilang minat terhadap banyak perkara
•Sensitif, mudah terasa dan cepat marah
•Mengasingkan diri
•Ada niat membunuh diri ( jika tahap kritikal )
bila dah susun janganla usik |
akan marah bila kita alihkan |
Apa yang dibaca di atas, adalah ciri-ciri sedikit dekat Fariza iaitu mementingkan susunan, simetri, dan kesempurnaan. Penyakit ‘Geometri’atau ‘Diameter’ merujuk kepada mereka yang cerewet melampau terhadap susunan barangan dan kekemasan serta mesti mengikut laras geometri atau prosedur standard pesakit itu sendiri, selain muncul lintasan kata – kata negatif di hati secara tiba – tiba.
ni tercabut pun kita kena marah |
Nampak biasa je benda ni, yela, semua orang suka tengok benda tersusun, sama macam nad, suka benda kemas, ikut label benda tu, sebabnya mudah nak cari. Kalau mr mafia salah letak, memang nad akan tegur. Yela, benda hilang kang, dia salahkan kita juga. Nak kata Fariza ni ikut mommy dia, entahla, tapi dasyat sangat, sebab akan stress bila orang usik benda yang dia dah susun. Dia akan ingat mana macam mana dia susun. Pernah nad, saja ambil mainan dia letak tempat lain, tapi dia ambil mainan tu dan letak tempat asal..haaha.
Mr mafia cakap, ni kalau bab mengemas rumah, Fariza dah letak situ, mommy dah tak boleh usik. Susah macam ni..hahaha. Harap-harap dia bukan OCD lah..
tak agaknya. OCD ni kalau bersalam ngan orang pun dia akan lap tgn balik..hehe..itu yg serius lah..Fariza suka tgk tersusun dan kemas ni..
ReplyDeleteMungkin bukan OCD. Dia sekadar suka kekemasan.. Hahahahaaa jangan alihkan lagi. Kang Fariza marah
ReplyDeletemintak jauh dari ocd ni..kesian pasangan dia nanti hihiii
ReplyDeletekecik lagi ssh nak jangka..huhu
ReplyDelete