PENGALAMAN MINUM AIR GULA

in , by Nadia Johari, 16:09:00
hai assalammualaikum

Air gula Ibu Mengandung

Minum Air Gula Untuk Ibu Mengandung

Pengalaman Minum Air Gula - Masa mengandungkan Fariza, tak kena pun minum air gula. Jadi rasa selamatla kan sebab ramai kata air gula tak sedap, muntahla. Tapi mengandung anak kedua ni, memang tak boleh lari, kena juga minum air gula. Itu pun disebabkan berat naik 2kg setiap bulan..kahkah..2kg je pun..haishh..berat gak tu. Nak taknak kena la minum air gula ni. Nak rasa sangat kan...!! Rasakan!!..hahaa.

Dekat Klinik checkup harian nad, minum air gula setiap Hari Selasa. Memang dah ditetapkan untuk memudahkan kerja para nurse ye. Jangan melawan. Datang pukul 7.30 pagi sebab pukul 8 pagi mula daftarnya. Sebab waktu pagi waktu tu sesuai la nak ambil darah. Macam tu la. Pagi tu memang dah ramai dah beratur dekat kaunter sampai keluar pintu, dan kebanyakannya yang datang kena minum air gula..heehe.

Air warna jernih, tapi manis..

Macam biasalah, kena tunggu giliran. Tapi sudahnya dia tak guna pun nombor giliran, dia panggil nama. Kena alert ye. Memang lama juga. Sebab ada bilik dia sendiri, tak campur dengan bilik check up ibu mengandung dengan baby. Jadi teratur la sikit. Bila dah dipanggil nama, akan diambil darah untuk pertama kali. Lepas tu ambil la air gula yang disediakan dekat meja tu. Cawan jenis yang besar, warna pink, airnya nampak jernih macam air kosong. Hah!!, tak rasa lagi..hahahhaa. Sebelum kena minum air gula, mestilah kena berpuasa dari pukul 10 malam dari semalam sampai ke pagi ni. Tapi, nad dengar-dengar ibu mengandung berbual, ada je yang tak berpuasa mengikut syarat..huhu. Nad ni ikut jugala, yela pertama kali..huhu..

Syarat Minum Air Gula

Mula-mula tengokla ibu mengandung lain minum. Ada yang buat muka, ada yang jelir lidah, ada yang nak muntah. Ada lagi keji, dia pergi buang air tu, dia minum separuh je..huhu. Nurse cakap lepas minum, kena puasa lagi dua jam, jangan makan dan minum. Lepas tu nurse cakap kalau muntah bagitau nurse, mungkin kena minum lagi. Yela, macam mana nak tau keputusan nanti kan. Ada juga nad tengok yang minum air kosong lepas minum air gula ni..ish, ish..Takpela, itu mereka, dah selalu kot kena minum..hoho. Nad yang pertama kali, kenala cuba, dan ikut jela cakap nurse.

Lepas tu, baca bismillah..hahaha. Gerun dah macam mana rasa dia agaknya. Bau dulu, macam sedap..hahaa. Ok terus minum, perghh!!!, manis kau. Manis sangat!!. Macam air manis atau orang panggil air kordial, dituang dalam cawan separuh tanpa letak air kosong. Sedap memang sedap, sebab manis kan, tapi korang yang biasa minum mesti paham, lepas minum ada rasa pening dan muntah. Yang nad, sebab perut kosong, lepas tu kena minum air gula yang manis sangat ni, terus rasa pening jap. Lepas tu nak sendawa macam nak muntah juga, tapi tahan..hahaa. Pening memangla, sebab nad ni jenis, kalau perut kosong, tak boleh minum air terus, kena makan, baru minum, ok la. Tapi ni kena minum air terus denagn perut kosong, memang akan pening.

Muka tenang masa nak minum..hahaa..sedap la air gula ni

Habis dah minum..yeahh

Lepas nad minum, nad tenang jap. tak toleh kiri kanan, fokus satu tempat je. Tak pandang phone pun. Tenangkan diri kejap. Dah siap bawak sapu tangan besar, sebab takut muntah kan..hahaa..Lepas tu nad duduk dekat dengan meja. Ada sebuah mejabesar dekat klinik tu untuk mak-mak menulis atau isi borang. Nad sandarkan kepala dekat situ, sambil pejam mata. Kalau nak lago best, boleh je masuk bilik menyusu..hahahaa. Rehat kejap, bagi tenang. Lepas tu sendawa pelan-pelan. Alhamdulillah, lama-lama ok. selagi tak sendawa, rasa pening..hahaaa. Dahla lapar..adoiii..Kena tunggu dua jam lagi puasa untuk ambil darah kali kedua. Ye!!, kali kedua ok..fuh..

Dah dekat 2 jam tu, nurse panggil nama semula. Ambil darah lagi. Dah siap semua, dah boleh balik. Proses nampak kejap, tapi sebab kena tunggu, jadinya dari 7.30 pagi sampaila 11 pagi juga dekat klinik tu..kemutu punggung, sebab duduk je..haahaa. Macam ni rupanya rasa air gula. Balik tu terus minum air kosong..Okla dah ada pengalaman minum air gula..hahaha..Dah tau dah. Kalau tak tertanya-tanya gak..cewahh..kihkih..


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. IQ sepanjang mengandungkan anak IQ tu, dua kali kena minum, kali pertama minum ok jer, kali kedua dah tahu rasa, mula nak muntah...erkk....mual dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Dua-dua anak memang kena minum air gula sebab Lynda memang akan kena GDM sewaktu mengandung sahaja.

    ReplyDelete
  3. Takat ni tiap kali peknen mmg kena minum air gula, 1st dulu sbb berat naik mendadak cam nad, kali kedua saja² nk check nurse ckp ampeh sungguh...kali ke-3? tettt~ ada setgh klinik swasta air gula berperisa so sedap lah nk minum...huhu

    ReplyDelete
  4. Sangat tak sedap. Akak 1st time kena minum air gula masa pregnant anak ke empat last year. Baru lah tahu macam mana rasanya. Selalu baca pengalaman orang jer.

    ReplyDelete
  5. Alamak kena minum air gula... Takpe untuk kebaikan...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2