Jangan diselebungi misteri credit pic : Kerex Photography |
Rumah Terbalik Port Dickson
Gambar Nampak Pelik Di Rumah Terbalik - Masih tak habis lagi cerita nad bercuti di Port Dickson..kihkih. Haritu dah cerita pasal Funny House, kali ni nak cerita salah satu tempat yang popular juga di Port Dickson. Selalu nad nampak orang post gambar diaorang terbalik ni dekat Rumah Terbalik. Memang tak boleh berfikir macam mana rupa dia, macam mana diaorang terbalik. Jadi, nak tengok dan cuba punya pasal, masa sebelum bertolak ke Port Dickson lagi dah bagitau dekat mr mafia, mintak singgah Rumah Terbalik ni nanti. Nasibla dia nak singgah..huhuhu. Yela dah alang-alang bercuti di Port Dickson, mehla kita terjah tempat menarik di Port Dickson ni kan.Upside Down Port dickson
|
Rumah Terbalik ni pun sama macam Funny House. Terletak di kawasan deretan kedai. Jadi takdela besar mana. Lepas check out tu dari Resort tu, memang terus ke Rumah Terbalik ni. Masa ni memang takde orang la. Jadi takdela sesak nak bergambar. Kalau tengok tempat lain, Rumah terbalik tu siap ada bentuk rumah yang terbalik dan segala isi rumah terbalik. Tapi macam mana pula dengan Rumah Terbalik Port dickson ni ye?
Harga Tiket |
Tiket Masuk Rumah Terbalik Port Dickson
Warganegara Malaysia Dengan MykadDewasa : RM20
Kanak-kanak (12 tahun ke atas ): RM15
Warga Emas: RM 15
Bukan Warganegara
Dewasa: RM 25
Kanak-kanak : RM20
Warga Emas : RM 20
Ukur ketinggian |
Percuma masuk kanak-kanak ketinggian bawah 90 cm. Boleh ukur ketinggian dekat dinding ni ye.
Waktu Operasi
Isnin- Ahad : 10 pagi hingga 8 malam
Apa Yang Menarik Di Rumah Terbalik?
Rumah terbalik ni ada dua tingkat. Yang dekat bawah ada art 3D dan barang yang terbalik. Bahgaian atas ada tempat sains dan rumah orang kerdil la. Masa masuk je, memang nampak pelbagai benda dan gambar dekat situ. Sama jugakla macam dekat Funny House, akan blur kejap, macam mana nak ambil gambar..hahahhaa. Tapi jangan risau, ada yang guide mengajar kita berposing untuk ambil gambar dan nampak gambar tu jadi menarik dan buat orang pening dan pelik tengok..hahahha.Yang penting sebenarnya, arahan daripada jurugambar yang ambil gamabr korang. Yela, dialah yang tengok kedudukan korang masa nak ambil gambar. Mestilah dia tau rupanya macam mana. Yang kita ni gaya ikut arahan dia je, dan buat reaksi supaya gambar nampak real. Macam and, mestilah mr mafia yanga mbil gambar. Nad dengan Fariza yang jadi modelnya..kahkahkah. Oh mak buyung tak ingat dunia ni tau..membuyung pun duk tergolek sana sini..hahahaa..
Layan la gambar kitaorang jap. Ada memanjat la, ada terbenamla..hahaa..macam-macam..
Ku terapung
|
Fariza buat dono je
|
Tahan-tahan
|
Payah haishh..nak basuh tangan
|
Main dengan anak..
|
Nak masak apa ye
|
Baby, mommy kemas rumah bilik baby ni..
|
Kalau tengok gambar mesti pening macam mana dia boleh terbalik kan..hehee.. Yang belum pergi mesti tertanya-tanya. Macam nad la. Bila dah masuk, ooo baru tau macam ni rupanya. Tapi susah juga nak gayakannya tau.
werkkk
|
Alien datang
|
Hancurkan rumah..mommy dah stress
|
Fariza nak mana
|
Nampak comel kawasan rumah kerdil ni. Sesuai dengan Fariza la..hehe..
Panjat lagi Fariza..panjat..mak buyung oii
|
Dah jatuh tergolek kebabom
|
Maafla kami anak beranak memang ngupe tak semenggah macam ni..hahaha. Dah datang kan, kena la ambik gamabr. Walaupun letih dengar arahan jurugamabr suruh macam ni, suruh macam tu, tapi hasilnya tengokla..hahaha. Yang suka bergambar boleh la ke sini.
Rumah terbalik Port Dickson ni tak sama macam di Sabah dan di Menara Kuala Lumpur. Nad belum pergi lagi dekat Kuala Lumpur tu. Ken apergi masa tak ramai orang la sebab taknak berebut bergambar macam dekat Port Dickson ni. Memang haritu kitaorang jela yang ada..hehee. Kalau kena berebut bergamabr mesti hilang mood nak ambil gamabr, dan gambar tak cantik dan real macam dekat Port Dickson ni. Nak ambil dekat Rumah Terbalik ni memang payah dan lebih sukar untuk mendapat 'real'nya kalau tidak kena caranya.
Nak tengok gambar nad yang lain, boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/upsidedown
Dah nampak cara nad bergambar, korang nak pergi..hehee..boleh je waze ke
Rumah Terbalik
Alamat: Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down ini terletak di No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
Facebook: Upside Down Port Dickson
Instgaram: https://www.instagram.com/rumahterbalikportdickson/
Ada banyak lagi tempat menarik dekat Port Dickson ni..nak kena survey jap..Ada rezeki pergi la.
terbaik gambar-gambar trik di rumah terbalik ni.. untungla suaminya seorang photographer..hehe
ReplyDeleteselalu tgk je org pegi tp x penah pegi lagi.
ReplyDeletehii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
menarik btol ini yang rasa nak pergi ni hahaha
ReplyDeleteMenariknya nad. Ana xsempat singgah hari tu. Next time kena dtg sini juga.
ReplyDeleteCantik2 gambar tu semua tapi gambar pertama tu seram ok. ;)
menariknya. tak pernah singgah lagi
ReplyDeleteNaddddddd.........kenapa gambo pertama tu seram gilerrrr........
ReplyDeleteHari tu mandi manda pantai kat PD tak singgah pulak rumah terbalik ni
ReplyDeleteMasuk sini je terperanjat dgn gambar yg pertama tu hahaa.. mmg unik dan menariklah. Klu ada masa ke PD mmg patut singgah sini ni. Thanks sharing Nad :D
ReplyDeleteNanti nak pergi jugak..inshaALLAH.....Tolong doakan Nona murah rezeki ya :)
ReplyDeletenampak comel tempat nya :)
ReplyDeletetengok gambarnya semua kelakar.. hahaha..cantik.nak try ke sini la.
ReplyDeleteWah!! Menariknya rumah terbalik nie.. penuh kreatig & imaginasi.. nnti AM nak bawa anak2 AM ke sini lah.. yeah!!
ReplyDeleteada yang menarik..ada yang seram...wuaaa takot
ReplyDelete