TERINGIN MAKAN DURIAN

in , by Nadia Johari, 17:41:00
hai assalammualaikum


Makan Durian Ketika Hamil

Teirngin Makan Durian - Masa mengandungkan Fariza, dapatla makan durian, sebab waktu tu balik kampung. Paham-paham jela, dekat sana, ramai hantu durian, lagi-lagi abang kita dan anak-anaknya. Bila dah musimnya, dia mesti beli. Kau paham-paham jela, bila ibu hamil, ibu mengandung nampak buah durian yang selalu dipost kawan-kawan dekat media sosial, lepas tu teringinnya lain macam. Bila dapat, Allahuakbar, sukanya lain macam. Sekurang-kurangnya, terasa la sikit dalam tekak ni. Ambil pun tak banyak. Dalam dua, tiga ulas macam tu. Mengandung kali kedua ni, belum dapat lagi merasa durian. Tengok jela orang post dekat media sosial tu ha.

Kau tengok gambar ni pun dah terliur. Orang tak mengandung pun boleh teringin bila tengok, apatah lagi orang yang mengandung, hamil ni. Ramai orang cakap, nad mengandung, boleh ke makan durian??, yang cakap pun suami kita juga macam tu..haahha. " Ada tu cakap, boleh je makan durian, nak lepas ngidam tu, cuma dalam kuantiti sedikit sahaja la". Janganla masa hamil, kau balun sampai dua, 3 biji. Masa mengandung, nad memang baca apa-apa info, makanan apa yang boleh dan tak boleh. Macam durian, ada baik dan buruknya.

Apa yang nad baca, kandungan gula dan karbohidrat adalah tinggi dalam buah durian.. Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai diabetis atau darah tinggi semasa hamil, perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.Sebab tu disaranlan untuk ambil dalam dua atau tiga ulas je durian bagi hilangkan ngidam tu.Ada juga kebaikan durian ni untuk ibu hamil yang nad baca. Ni pun tau daripada sepupu nad tag nad dekat facebook.

Faedah durian untuk Ibu Hamil

Sumber folat yang baik
- Durian kaya dengan asid folik, yang dikenali sebagai folat. 100g durian boleh membekalkan 9% daripada keperluan harian asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan pada bayi baru lahir.

Kaya dengan serat makanan
- Durian adalah sumber serat makanan yang baik. Ia boleh bertindak sebagai julap semula jadi dan mengelakkan sembelit semasa mengandung. Semasa mengandung, sembelit boleh berlaku dengan kerap disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu yang mengharapkan.

Kandungan serat yang terdapat di durian akan membantu melindungi membran mukus kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Ia juga akan membantu untuk membuang bahan kimia berbahaya dari usus dan oleh itu meningkatkan kesihatan umum wanita hamil.

Vitamin B
- Durian dimuatkan dengan vitamin B kompleks vitamin yang sihat seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Semua ini membantu kesihatan anda secara keseluruhan dan sangat penting untuk berfungsi dengan baik badan anda.

Antioksidan
- Beberapa kajian mendapati bahawa durian mengandungi antioksidan seperti zink, organo-sulfur dan tryptophan. Antioksidan ini membantu melindungi janin dan ibu yang mengharapkan serangan dari radikal bebas dan bahan pencemar.

Vitamin C
- Vitamin C yang terdapat di durian adalah satu lagi antioksidan yang kuat yang membantu memperbaiki sistem imun wanita hamil. Vitamin C juga membantu dalam penyerapan kalsium dan besi yang baik untuk ibu yang mengharapkan dan janin yang semakin meningkat.

Kaya dengan mineral
- Durian juga kaya dengan mineral seperti tembaga, mangan, besi dan magnesium. Tembaga dan besi membantu untuk membuat sel darah merah. Ini bermanfaat bagi wanita hamil yang memerlukan bekalan darah yang lebih besar untuk menyokong janin yang semakin meningkat.

Nak ambil boleh. Sebelum makan, bacalah bismillah, cakap dengan anak dalam perut, " bagi ibu rasa ye nak, sikit je. Harap anak baik-baik je. Anak pun dapat rasa. Sedap tau durian ni"..hhehee..Lagi satu mindset tu jangan fikir yang bukan-bukan. Just enjoy makan..gitu. Yang penting jangan makan dua tiga biji, tapi du , tiga ulas ye..

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2