Temujanji Minum Air Gula Ditunda
Tunda Minum Air - Hah!! haritu check up, doktor suruh minum air gula sebab tengok berat badan naik banyak. Jumpa nurse tunjukkan buku pink, dia nampak doktor tulis MGTT, pastu ape ntah lagi. Hanya nurse je paham tulisan doktor. Nurse cakap minum air gula minggu depan ye, 5hb. Dan harini 5hb, nad pun pergi klinik. Excited, teruja nak tau rasanya macam mana air gula tu. Selalu dengar orang cakaplain tak sedap, nak muntah, ada yang kata sedap. Klinik lain-lain kan. Dan malam semalam, excited puasa pukul 10 malam. Tapi pagi, ni datang klinik, terpaksa kena tunda minum air gula..hurmm..Sebab apa tunda???..salah sendiri. Datang klinik, cakap nurse minum air gula. Nurse cakap, registration untuk minum air gula pukul 7.30 pagi..Nad pun " la yeke...tak ingat nurse cakap pukul berapa haritu" sebab nad datang pukul 9.30 pagi..hahah..Nurse cakap minum air gula dekat klinik tu hari Selasa je, jam 7.30 pagi., jadi kenala datang minggu depan 12hb..Terpaksa la balik. Dahla 13hb, check up harian. Penat oo ulang alik klinik. Tapi nak buat macam mana, salah sendiri. Tak ingat nurse cakap kena datang pukul berapa. Beria dah puasa malam tu..hahahahahaha..
Kenapa Perlu Minum Air Gula???
Apakah rasionalnya setiap ibu yang mengandung disuruh minum air gula? Kenapa mesti minum & apakah kesan jikalau tidak minum air gula tersebut?"Ujian minum air gula (Oral Glucose Tolerance Test) Rationalnya adalah mengesan kencing manis samada semasa mengandung atau tidak.
Ibu yang mengandung diminta berpuasa sedari jam 10 malam. Dengan ini paras gula dalam darah di pagi hari (jam 8 pagi) adalah paling minima. Jika melebihi hadnya maka dikira diabetes. Kemudian ujian minum air gula dilakukan bagi challenge tindakan insulin dalam badan. Bagi ibu yang berisiko, insulin badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Justeru bacaan nya akan melebihi paras. Ia akan di kira sebagai kencing manis semasa mengandung.
Faktor risiko yang mewajibkan seseorang itu menjalani ujian MOGTT:*
1. Hamil itu sendiri adalah risiko kerana komposisi badan sudah berubah. Dan berat badan bertambah.
2. Umur melebihi 25 tahun.
3. Sejarah keluarga kencing manis
4. Mempunyai sejarah berat bayi sebelum ini lebih 4 kg
5. Berat badan melebihi 80 kg
6. Pernah mengalami keguguran berturut-turut.
Kesan Kencing Manis Pada Ibu dan Anak
*Kepada ibu*:Akan selalu pengsan dan boleh bawa maut
*Kesan pada janin:*
Tumbesaran terbantut, air ketuban banyak, kerosakan tulang belakang janin, kelahiran pra matang, dan boleh membawa kematian bayi dalam kandungan.
Mudah2an paras gula dalam darah sentiasa terkawal.
ReplyDeleteBanyak herba yang boleh membantu paras gula.
Contohnya peria katak boleh meningktkan insulin dalam darah kita.
O.. nurse x boleh ye buat sekalikan dgn tarikh checkup harian tu? 12hb tu minum air gula sekali dengan checkup harian? sebab TB boleh mcm tu sebab nurse kesian tengok kena ulang alik klinik
ReplyDeleteIQ dulu berat xsmpai 80kg pn kne minum air gula, mgkin sbb dah berumur 26 tahun mase tu. hehehehehe,
ReplyDeleteair gula memang kena minum awal pagi sebab kena tggu tempoh mase dua jam, dua kali cek darah, sebelum dan selepas minum air gula
good info, kite pun tak lame lg kne minum air gula gak ni
ReplyDeleteKalau tak buat MOGTT tu bahaya kepada bayi. So Ibu kena juga lalui minum air gula untuk pemantauan. Insha Allah boleh dipantau jika mendatangkan masalah pada bayi.
ReplyDeleteAna kena juga masa pregnant syafi sebab ada keturunan kencing manis kan. Alhamdulillah ok result lps minum air gula tu. So far tak lah teruk rasa dia macam org dok war war kan tu. Maybe lain klinik lain rasa dia kot. Hehe
ReplyDelete