Cara Merawat Buasir Semasa Mengandung
Buasir semas mengandung - Malu nak cerita, tapi kot korang yang normal pernah kena, boleh kongsi dengan nad. Nad ni tak pernah tau pasal buasir ni. Haritu mr mafia cerita, kawannya kena buasir. Orang cakap, bila kena buasir ni sakit dan pedih. Nad pun dengar biasa jela. Masa kakak pregnant pun dia terkena buasir, masa mengandung. Dia cerita sakit nak duduk, macam-macamla.Sampaila minggu lepas, nad ni nak membuang air besar, tapi asyik terganggu je bila Fariza nak ikut sekali maknya masuk dalam jamban. Makanya kadang terbantut nak membuang. Lama-lama najis macam jadi keras. Kadang masa membuang, najis taknak keluar..ermm. Lepas tu minggu lepas, malam tu mintak mr mafia urutkan badan, usap dekat pinggang yang sakit. Esoknya terasa nak membuang. Kali ni, cirit birit pulak. Nad fikir,, ok la kan., sebab dah lama tak membuang, bila najis dah cair okla. Dalam tiga kali juga nad keluar masuk tandas, sebab tercirit. Perut pun memulas. Lepas tu masa nak basuh macam ada membenjol dekat bahagian dubur.
Nad fikir biasa je, sebab sebelum ni, masa pregnantkan Fariza, nad pernah kena, tapi lepas tu ok. Nad fikir mungkin jahitan masa bersalin..kahkah..Tapi bila fikir balik, teringat pasal buasir. Tadi baru cari sumber pasal buasir. Tengok gambar, dengan apa yang nad rasa, macam sama je. Aduh dah cuak. Boleh jadi kronik ke kalau ada, buasir masa mengandung??.Sebelum ni tak ambik berat pun, mengandung anak kedua, nad ambil tahu semua, sebab macam-macam dugaan nad hadapi untuk pregnant kedua ni.
Buasir adalah disebabkan oleh salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Apabila keadaan abnormal ini berlaku, ianya akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dapat dikesan pada golongan dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.
Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.
Nad fikir biasa je, sebab nad takda rasa sakit sangat, takde darah ke apa. Cuma masa nak duduk, ganggu sikit la. Rasa pedih sikit, tapi masih ok lagi.
Nad ada baca Tips Cara Rawatan Buasir, antaranya:
- Makan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, pasta bijirin penuh, beras perang, sayur-sayuran dan buah-buahan
- Minum air kosong dalam kuantiti 2-3 liter sehari supaya anda kekal terhidrat.
- Buat senaman ringan dengan kerap walau sekadar berjalan kaki. Senaman lantai pelvis dapat mengelakkan berlakunya buasir ketika hamil. Ini kerana senaman ini mampu meningkatkan peredaran darah disekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian antara faraj dan dubur).
-'Pergi ke tandas segera jika terasa ingin membuang air besar. Menangguhkan masa akan membuatkan sembelit terjadi
-'Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa membuang air besar. Ia membantu memudahkan membuangan air besar
- Mandi air suam untuk mengurangkan kegatalan dan kesakitan. Elakkan menggaru di tempat yang gatal kerana ia akan memburukkan keadaan.
- Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk memberi kelegaan di sekitar dubur. Ia juga dapat mengurangkan bengkak.
- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut tanpa bau pewangi.
- Tolak dengan perlahan-lahan dengan jari yang bersih buasir yang terkeluar selepas membuang air besar atau mandi.
Rasanya, ada beberapa tips atas nad buat. Tapi nak jadi juga, nak buat macam mana. Yang tolak tu, huishh macam manala agaknya..tak terfikir pulak. Ni nak buat rendaman air suam.
Tadi tanya kakak, dia kata ok je. Tu biasa, kalau tak sakit takpe, kala sakit, jumpa doktor..huhu..
take care nad.Awak dah nak bersalin dah ke? risau jer..kot itu salah satu tanda. Macam ina anak no 2.. kerap berak dan cirit birit. Tapi lepas seminggu baru bersalin. Harap awak takde apelah.. jangan meneran tau.
ReplyDeletetake care nad, kakak IQ pun pernah alami, tapi IQ tak tahu banyak sebab dia pun tak cerita banyak...huhu...harap semua baik2 utk nad dan baby
ReplyDeleteGood info, kena berjaga jaga jugak ni
ReplyDeleteBerak sembelit ke.. Memang sakit buasir tu..
ReplyDeleteGODD INFO..
ReplyDeletesaya dulu masa mengandungkan my eldest kena buasir teruk - tahap 3. huhuhu.. sampai saya rasa nak buat operation nak buang buasir tu tapi doktor tak bagi, katanya org preggy tak boleh buat operation selain dari operation czer nak keluarkan anak. jadinya saya bertahanlah sehingga saya bersalin dan pantang. Masa dalam pantang tu sakitnya tak terkata sebab sakit depan dan belakang - depan sakit sebab jahitan episotomi, belakang pulak sakit sebab buasir. addduuss.. tapi masuk minggu ke2 berpantang, buasir tu dah hilang. alhamdulillah. tapi sampai sekrang masih trauma.
ReplyDeleteSo, petua untuk mengelakkan sembelit dan buasir masa hamil dan masa dalam pantang ialah minum jus delima banyak-banyak, janan minum caffein atau milo atau air teh, InshaAllah, sembelit tu tak kan datang..