CABARAN DIA MEMBESAR DI LUAR

in , by Nadia Johari, 17:58:00
hai assalammualaikum

cabaran Membesarkan Anak

Fariza Kena Tolak Di Taman Permainan - Haritu Nad bawak Fariza pergi taman permainan indoor dekat Sunway. Nak tau tempat mana, korang boleh baca dekat SINI. Masa tu bawak dia dekat tempat permainan yang kecik dan tak ramai orang. Tapi adalah beberapa budak chinese, mungkin adik beradik, sebab tengok cara diaorang main bersama, bercakap, macam rapat la. Lepas tu nad dengan mr mafia biarkan la Fariza main sendiri.

Tu la mainan yang direbutkan, alas abc tu

Ada la sorang budak ni, tengah kumpul mainan dekat situ. Konon macam main ambil barang, lepas tu simpan jangan bagi siapa-siapa ambil barang tu. Lepas tu Fariza pergila ke kawasan budak-budak tu main. Yela tempat dah kecik. Fariza nampak mainan, dia pun nak ambil, sekali budak ni, tarik baju Fariza, tak bagi Fariza mabil dan bawak lari mainan ni. Lepas tu dia tolak Fariza sampai jatuh. Nasib tempat permainan tu plastik bukan besi ke apa. Tapi menangis juga Fariza ni..hahaaa. Budak tu kecut terus. Tapi nad dengan mr mafia tak marah pun  budak tu. Ni la cabaran dunia luar dia kena hadap. benda-benda ni memang akan berlaku.

Nangis sekejap, Fariza kuat..hehee

Pujuk jela Fariza tu, lepas tu dia ok la. Macam ni la kehidupan di luar, penuh cabaran. Baru kecik , dah besar nanti macam-macam cabaran dia perlu hadap. Cabaran dekat sekolah, universiti, dekat tempat kerja. Macam-macam la. Mak ayah memang risau, tapi kena berdikari untuk hadap semua ni. Penting jangan putus asa dan jangan cepat mengalah. Nad dengan mr mafia dah didik dia dengan sebaik mungkin. Kadang buat mommy dan daddy pecah kepala juga, tapi dekat luar dia memang behave.

Pulak tu dia ni jenis susah nak berkongsi pulak sekarang..hahaa. Pergi ke tempat mainan, ada budak nak main sekali dengan dia, bolehnya dia tak bagi pulak. Nad cakap " mainla sama-sama"..tapi dia marah, sebab dia jenis bila dah susun barang tu, janganla diusik. Tapi budak tu dah usik, dia marah budak tu balik, lpeas tu budak tu nangis. Tiba-tiba dengan dia sekali nangis..hahahaa..adoii la anak..sekali mak budak tu datang, ingat nad pukul ke apa..hahaa..idokla nak pukul anak orang. Haish Fariza oh Fariza..
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. nasib tak luka ke apa lepas kena tolak tu.

    ReplyDelete
  2. budak2 mmg macam tu la. tak kenal lagi mmg la kedekut tapi nanti bila dah mesra haa..kekdg kita pulak dia tak ingat..hehe

    ReplyDelete
  3. hihiih.. ragam anak-anak tengah membesar.. cute je semua

    ReplyDelete
  4. tapi bagus sebenarnya bagus dia kena tolak tu - at least dia belajar untuk protect diri dia dan belajar utk jadi independent

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2