Pregnant Jurney 35 weeks |
Check Up Pregnant 35 Minggu
Keputusan GBS Dan Diabetes - Dari malam semalam tak dapat tidur sebab duk fikir pasal keputusan masalah keputihan (GBS) dan minum air gula haritu, nak tau nad ada diabetes ke tidak. Adakah positif atau negatif..ermmm. Risau dalam hati ni. Dan pukul 6.30 pagi bangun solat, serta siapkan diri. Dalam pukul 8 pagi kejutkan mr mafia untuk bersiap hantar nad ke klinik. Harini check up nad pregnant untuk 35 minggu. 35 minggu sama dengan 8 bulan terakhir sebelum masuk ke 9 bulan. Waktu ni, janin sama seperti saiz buah kelapa..ye ke idok..hehehe.Sampai klinik, macm biasa ambil nombor giliran, ambil test urine siap-siap dan berat. Urine positif, berat pun naik 1 kg je. Tadi tengok berat 46.60kg. Ok la kan. Masa menunggu giliran dekat klinik, memang berdebar la jantung ni. Harini lambat pulak tunggu giliran, mungkin ramai orang. Yela, baru lepas bercuti. Dah masuk 35 minggu, memang, tengok perut ni berombak-ombak. Aktif menendang, kadang terpegang tulang panjang yang kecil (dalam hati rasanya ni tangan or kaki baby)..hehe..tapi kadang2 tak tahan pon ada, kalau baby tengah mengeras dan push kidney. Tapi enjoy jela moment tu. Nak bagi lega, nad usap perut ni. Kembalilah dia ke asal..hahaha. Sambil tunggu giliran, sambil layan whatsup group blogger dan online media sosial.
Keputusan Positif GBS dan Negatif Diabetes
Dalam pukul 10 lebih baru nombor nad dipanggil. Ok, bangun terus dan masuk bilik. Duduk je terus nurse cakap " kamu positif GBS "..Nurse ni pun tak beragak tau. Baru nak tanya..huhu. Nad dah terkedu dah bila dia cakap nad positif GBS. Ada jangkitan kuman. Yela, nad kan ada cerita, nad mengalami masalah keputihan. Nurse terus cakap, takpe, nanti masa bersalin doktor akan bagi antibiotik. Mungkin baby akan ditahan dekat wad dalam beberapa hari. Huaaa...part tu sedih..sebab masa Fariza pun kena tahan beberapa hari dekat wad, masa tu boleh pulak dia demam masa nak check out hospital, lepas tu, kena kuning. Bila dengar adiknya pun bakal kena tahan dekat wad, nad pun rasa sedih. Mesti kena ambil darah banyak kali.Bukan suka sangat tinggal hospital lama-lama. Nurse cakap untuk pemantauan, sebab baby keluar ikut bawah, takut terkena jangkitan kuman tu. Takpela, demi keselamatan baby, kalau kena tahan, tahan jela. Nak rawat baby sampai baik kan. Tapi nad harap baby sihat dan baik-baik je. Harap baby kuat nanti, sama macam kakak Fariza.
Lepas tu nad nak tau pulak keputusan minum air gula haritu. Boleh pulak nurse lupa, nasib nad ingatkan. Alhamdulillah, nurse cakap normal takde diabetes. Ok lega..huhu. Dapat keputusan satu positif untuk GBS dan negatif untuk diabetes.
Ubat tambah Hb |
Lepas tu ambil hb pulak. Pertama kali hb rendah. Entah kenapa pulak..haishh..padahal dah makan makanan untuk naikkan hb..macam-macam pulak. Jadi, nurse bagi pil iron untuk tambahkan hb. Tadi cek jantung semua ok dekat baby. Semua settle, buat appoinment jumpa doktor pulak.
Tunggu la lagi. Sampai giliran, doktor cakap benda yang sama macam nurse cakap berkenaan keputusan GBS. Nad cuma harap satu je, GBS ni bukan satu benda serius. Nampaknya nak kena google baca. Sebab haritu ada terbaca kawan pregnant, anaknya kena tahan sebab dia pun ada GBS positif. Alhamdulillah, anak dia baik dan sihat je.
Tadi cakap dengan mr mafia, terus dia cakap." Aduh, GBS tu ape?? ".. " Baby macam mana??..Kesihatan dia terancam ke??..gitu mr mafia punya risau. Nad pun tak tau nak cakap macam mana. Nad cuba cakap " nanti abang google dan baca..huhu "..kalau dia risau, nad lagila risau.
Nanti nad google dulu, nad pahamkan ape tu GBS, nad kongsi dekat blog ye..huhu..Doakan baby baik dan sihat je ye. Balik rumah terus makan..hahaa..lapar sangat.
Time mengandung mmg macam-macam yg akan reveal. Bagus juga utk tau setakat mana prestasi badan kita. Apapun, jaga diri bebaik...jaga pemakanan dan emosi. Semua tu sangat-sangat penting utk prestasi tubuh selepas bersalin.
ReplyDeleteSekadar sedikit nasihat sbb saya husband kepada anak 3+1.
Time preggy memang mcm mcm mslh ada kan Nad. Semoga dipermudahkan semua
ReplyDeletesaya pun ada masalah keputihan. Now i'm at 28 weeks. Esok baru nak gi ambik keputusan GBS tu. Masa first pregnant dulu pun positif gak, gynea bagi ubat masuk vagina tu (ubat cotren nama dia). so, bila baby keluar, dia ok, tak kena tahan kat ward. Hari tu gynea bagi ubat yang sama jugak. hopefully, lepas dah ambik ubat tu masalah tu Ok lah - harap-harapnya
ReplyDeletesemoga dipermudahkan buat nad dan baby
ReplyDeleteFirst time jugak dengar GBS tu.
ReplyDelete