JM BERIANI TAK MASUK SELERA TEKAK KITA

in , by Nadia Johari, 01:16:00
hai assalammualaikum

JM Beriani Tesco Mrr2

JM Beriani Tak Mauk Selera Tekak Kita - Haritu teringin makan nasi beriani. Mungkin dah lama tak pergi kenduri kawin, nak merasa nasi beriani..hahaa. Alang-alang nak keluar beli barang dekat Tesco, teringat ada nasi beriani dekat Tesco Mrr2 tu. Sebab tak pernah rasa makan nasi beriani dekat situ. Sebab tengok harga boleh tahan mahalnya. Tapi sebab nak merasa, kita cubala makan.

Sampai situ, nad terus duduk dan ambil order. Memang tak ramai orang, adalah dua tiga orang. Bila tengok apa diaorang makan, macam sedap je. Jadi tengokla menu dalam tu. Fuh, ada tu harganya mak aih, terkejut..hahaa. Jadi kita order yang biasa-biasa je. Sebab terfikir selalu makan nasi beriani dekat kenduri makan dengan ayam sambal. Jadi orderla nasi beriani dan ayam sambal.



Disebabkan tak ramai orang, jadi makanan pun cepat je sampai. Tengok je rupa ayam tu, tak macam ayam sambal pun..hahaa. Macam rendang je nad tengok. Disebabkan dah lapar, kita pun makanla. Aduh, rasa takda rasa langsung. Tak sedap, macam tawar je. Campur la semua dalam satu pinggan, dan kuah tak letak banyak pun, sebab tak rasa sambal. Nasib anak kita nak, dia yang tolong habiskan sikit. Jadi makan sama-sama dengan anak. Kecewa juga la. Ayam ok la lembut, sayur pun ok. Lain tak berapa ok.

Harga dasyat tapi rasa dia..hurmm. Ada yang kata JM Beriani ni sedap, mungkin ikut tempat orang buat kot. Jadinya kita masuk dalam mulut bagi kenyangkan perut sahaja.


Air pulak nad order air epal. Nasib ada air epal ni, bolehla ada perasa sikit dalam mulut..hahahaa. Lain orang lain tekaknya. Lepas ni taknak pergi lagi JM Beriani..huhuhu..Tu je nak cakap..
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. alahai cian nad...sabar yer nad..moga owner kdai tu baca luahan nad ni..:)

    ReplyDelete
  2. tak macam sambal pun ayam tu..macam rendang, yea..selalu kedai2 eksklusif macam ni, mmg mahai..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2