MACAM-MACAM EMOSI SEMASA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 23:00:00
hai assalammualaikum


Emosi stress, marah dan sedih semasa mengandung

Macam-macam Emosi Semasa Mengandung - Korang yang mengandung mesti pernah mengalami perasaan sedih, cepat marah dan sensitif masa mengandung ni kan. Macam-macam emosi muncul semasa mengandung ni tanpa kita sedari. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi. Tapi, tak semua ibu mengalami perubahan emosi yang sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga ada yang mengalami tekanan perasaan.

Ibu mengandung ni, macam-macam dalam kepala dia, dengan perubahan hormon yang berlaku, dengan sakit sana sini. Lagi kalau ada anak, macam-macam anak nak sampai kita kurang rehat. Dengan kerja rumah yang tak kan habis-habis. Nak melunjur kaki pun susah, dengan pergerakan baby dalam perut lagi.  Macam nad, lebih kepada cepat marah. Tapkadang nak elakkan dari marah, nad akan diam dan termenung sekejap. Tak pun layanla Running Man, layan facebook dan instagram. Tapi tu pun tak lama, sebab kadang cepat boring pun ye..ahhaa.Macam-macam betul emosi ni. Kena duduk depan laptop baru mood ni ok.

Salah satu cara yang terbaik, nad dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Biar tenang sikit jiwa ni. Pakai earphone, dengar dekat telefon. Kadang sama-sama dengar sekali denagn Fariza. Paham-paham jela, dia ni suka nak tau apa mommy dia buat. Tak lupa juga untuk solat, baca Al-quran tenangkan diri ni.

Emosi yang terkawal ni boleh beri kesan denkat baby dalam kandungan. Juga dekat ibu, takut nanti jadi kes meroyan pulak. Kadang nad ni terlepas marah dekat Fariza. Kesian tengok dia kadang tu. Tapi nad jenis, lepas marah, mesti peluk dan cium dia balik. Fariza ni pandai, kalau tengok maknya masam, dia nak pujuk dengan buat muka senyum comel dia. Luluh hati mommy bila anak pujuk macam tu. Dia tau kesalahan dia buat, dan dia pujuk mommy balik. Sebab tu mommy boleh sedih sekali bila tengok anak macam tu..hahaha.

Dekat rumah, biasa main dengan Fariza je. Kadang nad suka biarkan dia main sendiri, sebab dia akan bercakap dan berimaginasi sendiri. Nanti keluar kata-kata alien dia la. Nad pun akan ketawa. Nasibla ada Fariza, walaupun kadangkala dia la buat kita stress, emosi tak terkawal, cepat marah, sedih semua, tapi dia juga yang menggembirakan.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. betul. masa mengandung emosi tak menentu sebab perubahan hormon. Macam-macam yang kita rasa masa hamil ni. memang cepat stress , so kefahaman suami tahap dewa dan sokongan suami sangat penting masa preggy ni

    ReplyDelete
  2. emosi tu kena jaga tapi tu la..hati kalau nak sedih, nak jaga camna lagi kan.. panggil fariza hiburkan hati hihii

    ReplyDelete
  3. faham sangat bab emosi tu. Cici pernah jugak tetiba menangis. laki Tanya kenapa you nangis? Cici jawab, entah tetiba rasa sedih nak nangis T_T

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2