Street Churros Sogo |
Menikmati Pelbagai Jenis Churros Di Street Churros Sogo
Tercapai Impian Ibu Mengandung Makan Churros di Street Churros Sogo - Ohoii, selalu tengok kawan-kawan makan dekat Street Churros, nampak sedap je. Pernah makan churros, tapi churros yang orang buat biasa-biasa je. Memang tak menepati citarasa tekak ni. Dah lama teringin nak makan churros dekat Street Churros dan rasa kesedapan dia macam mana sebab tengok kawan post ada pelbagai jenis perisa churros yang dibuat, macam coklat, cheese la, aiskrim..huishh..geram pulak rasa. Lagi sekarang tengah mengandung, keinginan tu membuak-buak..haha. Alhamdulillah, rezeki ibu mengandung, tercapai nak makan churros ni..happy gegiler. Haritu nad makan Churros dekat Street Churros Sogo. Lepas shopping, boleh lepak makan dekat street Churros. Dan ni outlet terbaru dia buka di Sogo ni.Street Churros Sogo ni terletak di tingkat LG-L4, korang masuk je dalam Sogo, lepas tu jumpa escalator ke tingkat bawah. Hah!!, nanti jumpala Street Churros ni. Street Churros ni berasal dari Korea dan merupakan satu-satunya rangkaian cafe churros yang terbesar di dunia dengan menunya yang pelbagai. Kalau korang perasan, lambang bentuk churros ni seperti ladam kaki kuda, iaitu U yang terbalik, tu bawa maksud “good luck” di dalam bahasa Spain. Bila tengok menu, tak sabar pulak nak rasa kan..huhuhu..meh nak tengok apa menu dia tak..
Banyaknya mak buyung order churros.. semua nak rasa |
Banyaknya pilihan yang korang boleh order dekat Street Churros ni. Semuanya nampak yummy. Ada bentuk " U ", ada bentuk panjang, ada nipis. Air pun macam-macam jenis.
Street Churros dengan dipping sauce |
Yang ni Street Churros, harga dia RM5.90 satu. Yang ni yang paling besar. Bentuknya comel je. Street Churros ni ada tiga perisa tau. Ada perisa Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Nad paling suka Coklat dan Cinnamon. Rasa cinnamon takde kuat sangat, elok je. Ibu mengandung memang suka makan makanan manis ni, sebab tu coklat mesti diambil..hahaa.
Oh ye, menariknya, dia ada dipping sauce. Nampak tak mangkuk kecik tu, hah tu sos untuk cicah, kalau korang rasa nak cicah. Dipping sauce dia ada 4 perisa iaitu coklat,cream cheese, blueberry dan butterscotch. Harga dia RM1.90
Filling Churros |
Cara masukkan filling churros |
Pilihan lain, ada juga churros jenis panjang. Hah!!, yang ni nama dia Filling Churros. Suka nad tengok cara buatnya. Cara dia masukkan filling dalam churros tu. Ada mesin khas dia untuk buat churros ni dan masukkan filling dalam tu..hehee. Boleh tengok dekat gambar. Filling Churros ada 3 perisa yang korang boleh pilih iaitu coklat, cream cheese dan korean strawberry. nad pilih coklat dan strawwberry. Yummy sangat..makan sampai meleleh coklat..hehee. Harga dia RM7.90 sebatang.
Stick kurus yang comel dan sedap |
Ada lagi churros bentuk lain..hahaa. Jangan pening nak pilih mana...hahaa. Meh tengok Stick churros pulak. Yang ni, diletak dalam cawan. Jenis panjang juga, tapi pendek sikit dari Filling Churros. Cara dia buat, churros akan digaul dengn perisa yang berlainan. Ada perisa coklat, cinnamon dan cheese. Dalam satu cawan korang boleh letak dua perisa. Jadi kalau bawak sekeluarga atau kawan, bolehla sorang perisa lain-lain. Dah dapat semua perisa. Satu cawan RM 9.90.
Churros fries yang rangup |
Churros yang ni, anak nad, Fariza paling suka. Sebab dia macam fries je. Churros Fries. Memang rangup dan sedap. Ada perisa sour cream, tomato dan seaweed. Hah!!, nad pilih Churros Fries perisa seaweed sebab diaorang cakap ramai suka seaweed ni. Memang betul, sedap, Fariza makan tak berhenti. Harga RM 7.90
Ice Cream Churros..so yummy |
Bukan tu sahaja, ada lagi iaitu Ice Cream Churros..wah best kan. Siap ada aiskrim lagi. Cara dia hias pun nampak menarik je..hehee. Nampak Fariza memang laju dia, churros bagi mommy, dia makan aiskrim..hahaa. Sedapnya dapat makan churros yang panas dan ice cream yang sejuk. Dua gabungan yang mantap. Yang ni harga dia RM 7.90
Ice ceram churros ni sama ada korang nak pilih yang plain atau ada topping. Kalau plain ia swiss cheese. Kalau nak tambah topping, ada topping Blueberry Cheese, Butterscotch Cheese dan Chocolate Cheese. Tambah toping, cuma tambah RM1 je.
Kalau dah makan benda manis-manis, mestilah kena ada air kan. Dekat Street Churros ni pun ada pelbagai jenis air yang disediakan.
Air shake |
Pekerja tengah buat air shake |
1) Jenis minuman shake. Ada dua air shake iaitu O'My Mango dan O'My Coconut. Kalau korang pernah rasa coconut shake, hah!!, O'My Coconut tu hampir sama macam coconut shake. Sedap weii..Tapi O'My coconut lagi sedap dari coconut shake..so yummy.. Harga dia RM 9.90
Air fruit |
2) Air minuman jenis fruit. Yang ni harga RM 7.90. Ada lemon, Passionfruit, dan Korean Citron. Antara tiga ni, nad suka lemon. Lepas ni order Lemon, baru best..
Penggemar coffee, air coffee pun ada |
Caramel Macchiato, Spanish Latte: Harga dia RM8.90 untuk hot dan RM 9.90 untuk iced.
Café Latte: Harga dia RM7.90 untuk hot dan RM 8.90 untuk iced.
Non coffee |
Hah!!, kalau makan ramai-ramai, korang boleh je order set combo. Set combo ni menghidangkan churros dan latte. Ada tiga jenis set combo ni iaitu
1) Set A - Street Churros dan Latte ( RM 11.90 )
2) Set B - Filling Churros dan Latte ( RM 13.90 )
3) Stick Churros dan Latte ( RM 15.90 )
menu dan harga |
Ada lagi, untuk set my treasure box. Ada dua pilihan tresure box, satu 10 mini churros dengan 4 dipping sauce dan satu lagi 8 mini filling churros. Korang boleh tengok dekat menu dalam gambar nad bagi tu. harga untuk my treasure box RM 32.90.
Mesin buat churros |
Boleh tengok churros dimasak |
Churros dibuat masak kita order, dapat panas-panas..sedapp |
Memang banyak pilihan korang boleh pilih untuk tekak korang dan ikut kemampuan korang..hehee. Churros dekat Street Churros memang tidak mengecewakan. Pertama kali makan, dah jatuh cinta semual. terasa nak makan lagi weii..hahaa. Bestnya sebab churros di Street Churros ni dibuat panas-panas. Bila kita order baru dia buat churros tu. Huishh..memang sedap makan fresh-fresh ni. Street Churros ni sedap sebab bila dimakan ia rangup di luar dan lembut di dalam. Nikmatnya tak terkata..fuh..Harga dia pun berpatutan.
Layan video Street Churros ni..hehehe
Makan dulu |
Win Exclusive Hi-Tea By Street Churros
Dont just say " I Love You " |
Hah!!, korang, nampak tak nad ambik gambar churros bentuk love. Sebab nak menang Exclusive Hi- Tea By Street Churros. Korang pun boleh join. Boleh follow di instagram streestchurrosmy. Situ ada tulis syarat dia..Buat jangan tak buat.
Discount Voucher Churros Nad Nak Bagi!!!
Halooo, siapa suka makan churros dan teringin nak makan churros dekat Street Churros tu, korang boleh terjah page nad www.facebook.com/Miszrockersblogspot. Nad nak bagi discount voucher churros ni..terjah cepat...
Website : http://streetchurros.com.my
Facebook : StreetChurrosMy
Instagram : @streetchurrosmyOulet Street Churros
SOGO KL ( New Outlet )LG-L4, Kompleks Sogo, 190 Jalan Tunku Abdul Rahman, City Centre 50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22028898
One Utama Shopping Centre
Lot LG319A , Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-76810710
IOI City Mall
Lot LG 66A - lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel: 03-89592110
Lot T2-12, Level T2, Sky Avenue, Genting Highland Resorts, 69000 Genting Highland, Pahang Darul Makmur
Tel: 03-61013110
Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No. 1 Jalan Imbi, No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21106210
Lot B1.046, Basement 1 floor, MyTOWN Shopping Centre, No. 6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099
Empire Shopping Gallery
LK02A, Lower Ground Floor, Jalan SS 16/1, Ss 16, Empire Shopping Gallery, 47500 Subang Jaya Selangor
Tel : 03-56121055
woahhh.. banyak giler menu churros ya.Baru tau ni..kenapa la kat sini tak ada ya.. hukhukhuk.. semuanya nampak sedap sedap ni..
ReplyDeleteSedapnya. Dekat one utama pun ada. wah. Tak pernah sedar pun.
ReplyDeleteIka datang singgah sini and follow sis :D
tergodanya!
ReplyDeletedah lama dah teringin nak makan churros ni.. kat kelantan belum ade
ReplyDeleteSedapnya churros.. Siap ada mcm2 flavor pulak tu.. Next time dtg Sogo nak trylah..
ReplyDeleteSedapnya. Ni yang mengidam ni. Nak kena cari chuross ni nanti.
ReplyDeleteYg best kan...churros kat sini sama rasanya mcm dekat outlet Korea..sebijik!
ReplyDeletealahai mcm menarik ja napa la kot jitra kedah ni xdak mcm ni kalau dak hari2 p terjah dah...
ReplyDeleteOMG!! after see your sharing i super love wanna try..!!
ReplyDeleteBaru baca tajuk je dah terliur.. alaa nak kena g cari juga ni..yang paling dekat kat subang lah..
ReplyDeleteTeringin nk merasa churros ... Sbb johor mmg ssh nk jumpa..hmmm..kne buat sndri lah jwbnya
ReplyDeletetingin lama nak mkn churros kat cafe mana2..ari tu nah sekali wat kat rumah..mcm lembik je haha
ReplyDeleteZaza pun tringin gak nak rasa churros ni tapi kt sini tak ada.. Uhuk
ReplyDeletewow bestnye sis..buat lapar je petang2 cenggini
ReplyDeleteI love Churros coz' it is crunchy. Will join the contest and hope can win it.
ReplyDeleteWow gempak.. paling tempting ialah aiskrim tu. Sedapnya
ReplyDeleteSelalu nampk orang post pasal Churros ni. Tapi kita tak pernah lagi cuba. Rupanya bentuk U terbalik tu maksudnya “good luck”. Tak tahulah bila nak pergi cari dan makan benda ni.
ReplyDeleteSuka makan churros, nak nak kalau untuk minum petang kan. best
ReplyDeleteWahh .... Dah ada kat SOgo! Suka pi sogo . Pasni boleh singgah Churros. Belum pernah rasa
ReplyDeleteTeringinnn. Nak cari kat sogo nanti
ReplyDeleteya ampunnn... teringat pulak kesedapan churros. Nak kena repeat ni. hehe
ReplyDeleteya ampunnn semuanya sedap2....lebih2 yang eskrim tu
ReplyDeleteAlahai..terliuq la pulak tgk malam2 ni. Sedapnyaa twngok.churros coklat tu
ReplyDeleteTengok gambar Churos pun dah terliur. Banyak betul pilihan dan nampak sedap. Teringin nak cuba street churos ni jugak.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Yeah for my favourite snack, I like the one with ice cream :)
ReplyDeletewoo hoo... nampak sedapnyer churros ni... nanti akan mencubanya bila saya pergi Sogo....
ReplyDeleteTheir Churros really crispy and come with different flavours. Always my favorite
ReplyDeleteTak pernah makan churros dengan ice cream... nampak sedap sangat tu.. nak sikit voucher tu nad he he he
ReplyDeletewow sedapnya, eh bila tengok gambar ni balik rasa macam nak pergichurros lak petang ni wohooo
ReplyDeletemcm sedap je
ReplyDeleteWahhh churrossss....akak pun ngidam churros gak ni...cam ne ni ekkk...hehehe
ReplyDeleteSerius, onie tak pernah makan churros ni, rasa macam keropok kosong ke eh ? Pastu ramai pulak tu yang makan, okay part air tu onie suka, memang menyelerakan betul. Harga pun murah yang amat.
ReplyDeletetergodanya...
ReplyDeleteIt's been a while since I ate Churros! Looking so delicious and yummy! Time to hunt for some churros at Street Churros.
ReplyDeleteWho doesn't like Churros. I want to try the Churros fries
ReplyDeleteI love churros but pairing with coffee! Which one is your best favorite?
ReplyDeletei love the churros ... tried once and liked it when i was in singapore.
ReplyDeletehttps://questso.blogspot.com
my first churros masa tu kat resorts world genting... sedap. Rach rindu yg special recipe kat atas... lolz
ReplyDeleteRacheal
Wow, so much of churros, I wonder how you can finish them all! I love them but not too much.
ReplyDeletexpnah lagi makan street churros ni huhu...mcm sdap je
ReplyDeleteNyam nyamnSedap sekali tuh semua makanannya,,nak Cuba makan di sana?
ReplyDelete