hai assalammualaikum

Plastik Simpanan Susu Dari Lunavie - Hah!!, salah satu list nad masukkan dalam senarai keperluan barang bayi. Plastik simpanan susu untuk simpan susu ibu. Memang sebelum ni, nad tak pernah pam susu nad, nad bagi direct je dengan Fariza. Ni kali pertama nad nak cuba perah dan simpan susu untuk anak kedua ni. Nak bagi susu meriah gitu untuk adik Fariza nanti. Harap adik Fariza pun, nad dapat bagi susu ibu seperti mana Fariza dapat. Selalu nad tengok kawan-kawan susu meriah bila pam, penuh peti ais diaorang. Ada banyak cara nad tengok nak simpan susu ni sama ada simpan dengan botol atau denagn plastik khas untuk simpanan susu. Nad memang dah aim plastik dari botol, sebab kalau guna plastik jimat ruang sikit. Lepas nad survey, nad pilih breastmilk storage bags dari Lunavie ni.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Breastmilk storage bags Lunavie

Breastmilk Storage Bags Lunavie

Susu ibu ni susu yang sangat penting dan sesuai untuk baby sebagai pemakanan awal untuk mereka membesar. Jadi, amat penting untuk mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul. Lagi-lagi ni pertama kali nad nak cuba perah dan simpan susu. Jadi kenalah pilih bekas simpanan yang sesuai untuk memastikan nutrien yang terkandung di dalam susu ibu dapat dipelihara sebaiknya dan tidak musnah atau rosak. Bila kita simpan dengan baik, baby pun dapat khasiat yang terbaik dari susu ibu. Tu sebab nad pilih Breastmilk Storage Bags dari Lunavie sebab murah dan banyak kelebihannya.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Plastik lebih tebal dan kuat

Sebelum pilih tempat simpanan susu ni, nad ada google, apa ciri yang perlu ada untuk storage bags susu ibu ni. Memang banyakla, macam-macam nad baca. Salah satunya, pastikan storage bag lebih kuat, lebih tebal dan dibuat daripada bahan-bahan bebas BPA. Yup ciri-ciri ni ada di Breastmilk Storage Bags Lunavie. Plastik Simpanan Susu Lunavis dibuat dari BPA free dan tiada bahan toxic, yang sangat selamat untuk susu ibu. Lagi penting, plastik ni pre -sterilised dan sedia untuk digunakan. Tak perlu tunggu lama bila nak cairkan susu.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Double zip

Nad ada terbaca, ada plastik tu, senang bocor dan terkoyak, aduh kesiannya..rezeki baby tu. Jadi taknak la jadi macam tu. Nad tengok plastik simpanan susu Lunavie ni kualiti plastik Breastmilk Storage Bags Lunavie ni memang tebal dan dijamin tiada kebocoran. Lagi selamat, dengan adanya double zip untuk mengelakkan risiko udara yang berlebihan yang boleh mencemar kualiti ebm.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
mempunyai tapak yang boleh berdiri

Nad ni dahla nak cuba pertama kali, jadi kalau boleh nak buat dengan hati-hati, taknak ada pembaziran dengan susu. Kalau tak menangis kang..Kalau boleh semua benda nak jadi mudah. Pengendalian dan pengalihan menjadi mudah bila plastik jenis yang boleh berdiri atau mempunyai tapak yang boleh buat dia berdiri untuk memudahkan perpindahan dari plastik ke botol. Jadi takdela susu terlimpah keluar, atau terjatuh ke apa kan.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Mempunyai label

Breastmilk Storage Bags Lunavie dah siap-siap dengan tanda nama, tarikh dan amount. Jadi, tinggal tulis je dekat situ. Tambah je masa dan tarikh. Nad tengok semua orang buat macam tu supaya mudah dan ketahui ebm mana yang dipam dahulu dan boleh digunakan dahulu. Butiran ini adalah sangat penting sebagai rujukan kerana kaedah First In First Out (FIFO) akan digunakan ketika ingin menggunakan stok susu perahan nanti dan bagi mengelakkan bertukar ebm.

Pakai plastik storage bags ni lebih mudah dan menjimatkan dan tidak makan ruang semasa proses penyimpanan. Bolehlah disusun kemas-kemas di bahagian peti beku atau freezer. Plastik bags boleh dipenyekkan dan menjadi nipis. Jadi bila perah banyak tu takdela risau dengan ruang. Lagi satu plastik ni jenis pakai buang, jadi takperlu basuh dan jimat masa macam tu la.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Plastik Simpanan Susu EBM Lunavie

Kalau korang tercari-cari beg plastik simpanan susu, bolehla cuba guna Breastmilk Storage Bags dari Lunavie ni. Ada dua jenis untuk 7 oz dan 12 oz. Korang boleh tengok dekat link ni https://www.lunavie.com/lunavie/feeding-accessories Setiap sekotak ada 25 packs. Harga murah je.

Website : https://www.lunavie.com
Facebook: https://www.facebook.com/mylunavie/?ref=br_rs
Instagram : Lunavie

SHARE 10 comments

Add your comment

  1. salam jumaat =)

    wahh bgusnya ada plastik lunavie mcm ni ^_^

    ReplyDelete
  2. rumah akak peti ais kecil mmg sesuai guna plastik lunavie ni...

    ReplyDelete
  3. Wah.. bagus ni.. dilah pun nak kena beli plastic storage bag ni lebih.. zaman skrg ni dah ada mcm2 brand dah.. kena pandai pilih kan..

    ReplyDelete
  4. Terbayang juga kalau guna plastik yang mudah bocor. Mesti frust kan? Nasib baik ada plastik simpanan susu Lunavie ni, tak perlu risau pembaziran susu :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. bagus ni.. baru tahu. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  6. sesuai untuk ibu bekerja dan mempunyai peti ais yang kecil..

    ReplyDelete
  7. betul tu nad!pakai plastic storage jimat ruang dalam peti!

    ReplyDelete
  8. dulu tak ada ilmu, terbeli yang single zip..lepas tu plastik tu nipis dan cepat bocor.. kalau susu beku, nak cairkan kena hati2 takut terkoyak. Sekarang ni dah jadi rutin beli storage tiap bulan.

    ReplyDelete
  9. Ooo menarik gak ni.. Akk dulu tiga2 anak tak penah ada pengalaman pam susu dan simpan kat peti ais. Semoga kaedah ni memberi manfaat buat ibu2 kat luar sana..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2