Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan
Set Hadiah Enchanteur - Hah!!, ada yang nak buat kejutan hadiah untuk isteri, mak, kawan-kawan, apa kata korang bagi perfume Enchanteur set mini je. Mesti diaorang suka. Asyik bagi jambangan bunga, coklat dan kad hadiah je kan, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah macam ni memang sangat sesuai ntuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun atau hari lahir. Tengok je bungkusannya, cantik je kan, lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.Mesti orang yang korang buat surprise tu teruja giler bila dapat set mini Enchanteur ni. Mesti setiap hari diaorang akan pakai Enchanteur ni sebab bau dia yang sangat wangi ok. NAd dah banya koleksi Enchanteur ni. Semua nad guna..hahaa. Wangi dia tahan lama
Set hadiah EDT Mini Echanteur ni ada 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bungkusan yang direka cantik. Pek EDT bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.
ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.
Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.
Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.
Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis.
Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.
Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie.
Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa.
Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.
Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.
Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
Memang sesuai sangat untuk jadikan hadiah.
ReplyDeleteina pon pengguna enchauntuer juga.mmg wangi.. rasa macam nak sembur2 setiap minit. wangi sgt
ReplyDeleteMesti ni banyak perfume kat rumah ni hehehhee best lah orang perempuan laki susah sikit.
ReplyDeleteMasa sekolah mmg pakai mak punya perfume.. sbb time tu xde la bauan mcm sekarang even insipred punya
ReplyDeleteBau dia memang wangi.. Enchanteur ni jenama yang telah lama di pasaran.. TB pun masih setia dengan Enchanteur.. wangi giler.. Yang untuk perfume gift set ni lagi lah.. comelnyaaa. sesuai utnuk hadiah kan!
ReplyDeleteBau dia wangi betul. Kalau Marsha yang dapat hadiah memang senyum sampai telinga..hihi
ReplyDeleteI really love the packaging, it's so cute, this will make a lovely present.
ReplyDeleteTeringin nak try yang colour pink tu. Interesting! Heheh.
ReplyDeleteMasa muda-muda dulu selalu guna minyak wangi Enchanteur ni, sekarang ni gunakan losyennya sahaja. Apapun Enchanteur jenama yang sudah established.
ReplyDeleteThe perfume looks really elegant. This price is fairly reasonable as well. It’s really good for a gift idea.
ReplyDeleteharga reasonable & wangiii...akak dah ada set warna kuning...
ReplyDeletethe packaging is cute. adorable perfum
ReplyDeleteEnchanteur memang wangi. Botol dan packaging pun cantik sesuai dihadiahkan kepada keluarga atau kawan2
ReplyDelete