Brim 2018 Kemasukan Fasa Pertama - Dari bulan lepas, cek bank, duit BRIM dah masuk belum. Tapi sebelum tu, nad cek dulu semakan status, sama ada nad lulus atau tidak dapat BRIM 2018 dekat https://ebr1m.hasil.gov.my .Ahamdullillah nad lulus. Sejak tau lulus, dikatakn dapat BRIM pada 26 Februari, kawan nad dah dapat, tapi nad tak dapat-dapat lagi.
" Pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 adalah mulai 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK / SDO. "
jadi nad cek jela dalam bank dah masuk belum. Tak masuk-masuk lagi, sampaila semalam cek, baru masuk. Takpela lambat, asalkan duit masuk.
Cek Semakan Status Guna Apps Brim
Sebelum ni, buka link ebrim, boleh je cek terus macam tu, tapi bila baca notis dia tinggalkan, semakan status tengok dekat apps BRIM yang perlu didownload. Tak tau la kalau buka laptop kan. Nad tengok dekat phone." Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari. Semakan boleh dibuat secara dalam talian (https://ebr1m.hasil.gov.my) dimenu MyBR1M, melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M (muat turun di Play Store / App Store) atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran."
Nak taknak kena download. Isi kad pengenalan, tekan semakan status. Nanti keluar la soalan berkaitan untuk keselamatan. Bila dah jawab semua, keluar la status korang, siap details semua.
Kalau bujang, bolehlah dapat sekaligus. Yang berkeluarga, dapatla berperingkat. Jadinya RM400 dapat untuk fasa pertama. Duit ni dapatla bagi dekat mak, ayah dengan kakak yang susah payah jaga nad masa pantang. Kenala bagi diaorang. Takpe, nanti dapat lagi untuk fasa kedua dan ketiga. Yang tu kita simpan dalam bank..huhu..Nad surirumah, jadi syukurla dapat duit BRIM. Dapatla bantu sikit-sikit ni.
Permohonan Rayuan BRIM 2018
" Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.Kaunter Rayuan BR1M 2018 di Cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sila Klik Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM."Siapa tak dapat tu, bolehla buat rayuan, mana yang nak duit BRIM la ye. Bolehla pergi ke https://ebr1m.hasil.gov.my
Pru pun dah nak dekat. Undi siapa, tu biarlah rahsia..hahhaa..
Alhamdulillah... Tahniah
ReplyDelete