Bonnisan Himalaya, Produk Tambah Selera Makan Anak - Setiap kali makan, memang Fariza akan ikut makan sama, tapi dia makan ikut apa dia nak, apa dia suka, yang nampak sedap dimatanya. Kalau sediakan nasi sepinggan, memang takkan habis, lagi dibuat main ada la. Dia akan makan satu atau dua makanan sahaja, itu pun makanan yang tak berkhasiat. Nampak je pipi dan badan Fariza berisi, tapi sebenarnya cara dia makan memang sedikit. Setiap kali check up pun, badan naik sikit je. Ibu mana tak risau kan.
Bonnisan Himalaya Supplement Tambah Selera Makan Anak
Ada kawan syorkan produk dari Himalaya yang boleh membantu tambah selera makan anak iaitu Bonnisan. Himalaya bukan sahaja mempunyai produk kecantikan, malah macam-macam produk ada.Nad percaya, produk Himalaya memang bagus, sebab ramai kawan promote Himalaya ni. Jadi nad tak rasa was-was nak cuba dekat Fariza.
Sampai je Himalaya Bonnisan ni dekat rumah, terus nad bagi dekat Fariza. Memang susah sikit budak ni nak minum, tapi demi nak tengok anak berselera makan, nad bagi juga. Masa dia minum, berkerut-kerut muka dia..hahhaa. Nad cuba gak rasa sikit-sikit, nak tau apa rasanya, berperisa ke??. Rasanya ada berangin sedikit dan bau seperti doublemint. Patutla muka Fariza berkerut..hehehe..Budak dua tahun, makan ubat pun payah, apa lagi bagi supplement jenis air ni. Tapi, okla, lepas rasa, dia macam ok je.
Warna dan tekstur: Ia mempunyai warna kekuningan yang sangat terang dan berkilat, menyerupai minyak tetapi tidak berminyak dan ringan dalam konsistensi.
- Kanak-kanak umur 1 tahun : 2 sudu teh
- Kanak-kanak umur 2 tahun : 2 ke 3 sudu teh ( 3 ke 4 kali sehari )
Pertama kali bagi memang takda perubahan. Setelah seminggu bagi, alhamdulillah, Fariza makin bertambah selera makan. Nad bagi nasi sepinggan, dia makan sendiri sampai habis. Selera sungguh dia ni. Selalu tak habis makanan dia. Lepas tu, masa kita makan pun, dia cakap " nak nasi, nak nasi".. Dalam sehari, kalau nampak orang makan, dia nak makan juga. Korang boleh tengok video tu. Nad pulak yang seram, sebab Fariza asyik makan je...hahaha. Tapi pada masa sama, nad gembira, sebab makanan dia makan sampai habis, selera bertambah. Makin membulat la nampak gayanya.
Suka dengan Himalaya Bonnisan ni. Ia membantu memulihkan fungsi saluran pencernaan bayi dan membantu dalam pergerakan usus dengan mudah. Bahan dalam Bonnisan adalah selamat dan bebas dari alkohol dan bahan bahaya yang lain.
Ajaib sangat Himalaya Bonnisan ni. Memang berkesan untuk budak-budak yang takde selera nak makan tu. Jadi, kepada ibu-ibu yang ada masalah anak tak nak makan atau memilih makanan, boleh cuba Himalaya Bonnisan ni. Insyallah, ada perubahan. Ibu-ibu kenalah rajin bagi Bonnisan ni. Ikut sukatan yang betul.
Boleh dapatkan Himalaya Bonnisan ni di Farmasi atau cawangan Himalaya yang ada.
Website : http://www.himalayaherbals.com/
Facebook : Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia
Kembalikan pipi bambam Fariza hihi
ReplyDeleteTerima kasih. baru tahu ada produk Himalaya selain daripada untuk rambut :)
ReplyDeleteTetap comel Fariza di mata acik .. muahhhh
ReplyDeleteDewasa pun boleh ke, tambah selera bagi yang kurang selera makan ni haah
alhamdulillah...
ReplyDeleteanak dara aida dulu kekecik pun bukan jenis pemakan.
tapi izzat memang makan dan makan dan makan dan makan.
sampai tak boleh di tahan-tahan :) ha ha ha ha
Bolehlah Ros cadangkan pada kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama.. kadang-kadang kesian pada anak-anak ni kan, tak ada selera...
ReplyDeleteKalau selera orang dewasa boleh tambah tak hehehe tapi kita ni dah lebih selera makan tak pernah kurang asyik bertambah jer..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni. Kalau saya dah ada anak, boleh la saya bagi dia makan Bonnisan Himalaya ni. Hehehe. :)
ReplyDeleteHimalaya ni guna produk syampu, pelembab muka. Katanya mengunakan bahan-bahan asli. Bagus produk ni tidak mengandungi alkohol sebab nak bagi anak makan kan. Nanti jadi darah daging. Harap anak mencapai berat ideal la ye...
ReplyDeleteThis is interesting! Selalu juga saya dengar makcik dan sepupu yang ada anak. Adu mereka anak susah makan sampai pada tahap merisaukan. Mungkin ini boleh membantu. Bolehlah nanti cadangkan pada mereka. Terima kasih atas perkongsian ya!
ReplyDeleteSesuai produk ni untuk ibu bapa yang ada anak tak ada selera makan.bebudak kadang tak suka makan memang kena paksa kalau tak nanti tak cukup nutri
ReplyDeleteBudak2 pasti susah nak makan kan. Tambah yg tak nak makan sayur tu lagilah parah. Bagus la ada kesan positif pada anak Nad. Boleh kongsikan produk ni.
ReplyDeletebaguslah kalau ada suppliment yg
ReplyDeletemampu buat anak2 berselera. kadg
susah betul nak bg makan walau
itu ayam goreng. sayur? lglah susah
Baguslah produk himalaya nie dpt menambahkan selera makn anak kecil. Susah juga kanak2 ni kadang, xselera nk makan payah pulak nak paksa
ReplyDeleteOoo.ada suplimen untuk tambah selera makan anak ye.macam akak xperlu kot sebab si kecil tuh memnag kuat makan. Dah makan nasi nak makan biskut roti lagi.
ReplyDeleteSelera anak ni memang akan bertukar mengikut usia. Kalau awal kita kenalkan gula dan garam. Memang dia akan suka makan makanan manis dan ada rasa. Sekarang ni kalau nak bg anak makan, kena tanya apa mereka nak. Jawapannya nak French fries. Adududududduudddu. Selera dah ada Tapi makanan macam tu je? Kenyang ke? Tanya pula nak sayur apa? Brokoli. Lain takmo. Wahhh high class nak Brokoli. Satu Brokoli tu RM 6 ha. Adudududu. Semoga dengan Himalaya tu dia tak memilih makan. Apa kita makan, mereka makan. Kita makan Ulam je anak oi. No Brokoli. Haha
ReplyDeleteSaya memang pengguna setia produk himalaya ni. Memang bagus. Nak bawak travel pon senang
ReplyDeleteTue la... selamat anak-anak ini berselera nak makan, cuma... kenkadang memilih nak makan apa... itu yg susahnya... lebih2 lagi benda tue kita dah masakan
ReplyDeleteAnak-anak kak irra ni makan sikit tapi kerap makan. Kira banyak lah makan. Sampai Amal tu pandai cari makan sendiri. Haha.. fariza moga membesar dengan sihat
ReplyDeleteo.. yang ni untuk tambah selera makan anak ye.. boleh lah try kalau anaktak lalu makan.. Alhamdulillah harraz ni masih kategori makan berselera.. tengok orang makan apa-apa dia nak je.. harap lah macam tu selamanya.. cuma nak bagi apa yang kita makan tu tak boelh lagi.. sebab ada kandungan garam/gula.. kena tunggu 2 tahun baru boleh bagi sikti2 makanan kita..
ReplyDeleteCantiklah..anak sulung tu pun sekarang ni bukan main susah nak makan..kena bagi produk ni jugalah. bagi dia makan banyak sikit..tp konfem mencabar gak nak bagi dia makan supplemen ni bila tahu rasa dia macam mana..
ReplyDelete