hai assalammualaikum
Sayur Sambal Goreng Jawa Versi Kicap - Selama pantang ni, kicap dah memang dah jadi rutin makanan nad dah..hahhaa. Boleh dikatakan hari-hari kicap. Nasib muka tak macam kicap. Kali ni, nad yang masak, dah lebih 44 hari, kita masakla ye, tapi mak yang ajar. Makanan kali ni sayur sambal goreng jawa tapi bukan guna sambal atau santan, guna kicap..hahaha
Dah lama nak makan sayur sambal goreng jawa ni, dari masa mengandung lagi. Siap dah beli barang-barangnya tapi tak pernah buat-buat. Last-last semalam baru buat. Kena ada, praktikal baru paham cara buat..hahaha.
Ni la dia sayur sambal goreng versi kicap..takda santan, takda sambal. Sedap juga. Mehla nad kongsi cara buatnya.
Bahan-bahan
- Kentang
- Tempe
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Suun
- Kicap
- Air
- Garam dan gula
Cara buatnya
- Goreng kentang dan tempe dahulu sehingga garing. Dah siap, ketepikan kentang dan goreng.
- Bawang merah dan bawang putih dihiris dan ditumis bersama ikan bilis. Tumis sehingga naik bau. Korang boleh gak bubuh kacang panjang ke atau apa-apa yang bersesuaian.
- Masukkan kicap satu setengah sudu besar.
- Masukkan sedikit sahaja air. Gaul sama rata.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan tempe dan kentang tadi ke dalam bahan tumisan. Gaul.
- Masukkan suun dan gaul lagi sehingga air tinggal sikit sahaja.
- Dah air surut tu, siapla..boleh hidang.
Lepas nI boleh buat sendiri , kicap ditukar santan atau sambal..heheh.
tgk gambar pun sdap..:)
ReplyDeletefeveret kak ana ni Nad :) teringin lak nak makan nasi ambeng hihi :)
ReplyDeletesedap.. bila kenduri selalu dpt berkat isi ni :)
ReplyDeletekalau guna santan tapi lekas basi, yang letak kicap ni confirm-confirm tahan lama kan.... sedap ni
ReplyDeletethanks for sharing your resipi.. for sure will try to cook this someday!
ReplyDeletelovely recipe.. nice sharing... let's go home and try this recipe... yummy!
ReplyDeletePernah akwan office jual..akak tak berapa makan sebab tak suka tempe tu..kalau makan pun ambil bahan lain...hahaha....
ReplyDeletePernah makan rasanya lauk ni masa kerja dekat media prima dulu. Dieornag selalu buat solat hajat dan bacaan yasin setiap minggu. Ada beberapa kali dieorang buat lauk nasi ambang. Ada lauk ni sekali
ReplyDeleteTak pernah try sambal goreng camni. Tapi kalau I la kan...I makan ni je dah kenyang dah. Tak payah nasi. Buat sendiri? Adui!! malas betul...jemput la saya kalau masak ni lagi. kekekek
ReplyDeleteMak kita setiap hari raya memang suka buat sambal jawa ini kerana ayah kita suka makan hehehe kita sendiri tak pandai buat tapi mak kita buat yang pedas sikit tak apa kita boleh cuba yang ni dan olah sikit...
ReplyDeleteAbah auni suka sangat sambal goreng jawa macam ni. Memang sedap sangat. Auni kalau dapat yang ini pun memang selera dah dengan nasi. Ya Allah. Lapar baca malam-malam ni. Adoiii
ReplyDeleteKinah kalau jumpa sambal jawa ni tak nampak dah lauk lain. Itu je dihadapnya hihi. Sedap makan dengan nasi ambeng tu. Lapar la pulak pagi gini
ReplyDeleteMasa belajar kat johor dulu kawan emi selalu bawak sambal ni. Mak dia yg masak. Rindunya nak makan lagi
ReplyDeleteNad suka sambal ni! Tapi taktau nama dia apa. Lauk wajib kalau pergi kenduri ni eheh. Maklumlah orang Jawa kan ekeke.
ReplyDeletehuda pun orang jawa, ni menu wajib bila time raya. memang sedap. makan dengan nasi lagi lah sedap. mudah jer nak buat, nak try lah
ReplyDeletemacam kehemagaran si neyra syazrina tu teringat haritu ada lawa dari jawa dia cakap dah lama tak makan event rempah rempah rasanya. hahaha tapi nampak sedap dan ringkas je menu ni kan.. nanti nak cuba la..
ReplyDeleteKegemaran juga ni, kalau ada sambal confirm tak ingat saiz badan da hahaha
ReplyDeleteSayur sambal jawa ni kalau dapat makan dengan nasi putih panas-panas memang layan jugak. Membuka selera kan
ReplyDeleteNad sedapnyaaa...akak tak pernah makan lagi sambal jawa ni..selalu nampam orang buat ja
ReplyDelete.teringin gam nal buat..tpi x terbuat2 lagi
Wahhh best nyerr. Makan dengan nasi ambang aduhaiii. Rasa rindu pulak nak makan nasi ambng dengan sambal jawa ni
ReplyDeleteBella pernah juga buat haritu. Memang suka sambal goreng ni. Selalu kalau teringin beli nasi Ambeng kat pasar TTDI.
ReplyDeleteKak min suka sangat makan sambal goreng jawa ni tapi tak pandai masak hahahah..
ReplyDelete