hai assalammualaikum
Anak-anak Belajar Melalui Pemerhatian Sekeliling - Sekarang Fariza dah 2 tahun 6 bulan. Ingat lagi masa dia baby dulu, macam-macam perkara berlaku. Yela pertama kali jadi mak. Banyak yang nad belajar sejak jadi mak ni. Membesar depan mata dari dia baby, pandai meniarap, merangkak, sekarang dan berlari merata dan pandai berborak. Semakin besar, semakin banyak benda yang dia lihat dan dapat pengalaman baru.
Anak perempuan, selalunya akan ditunjuk ajar cara memasak,mengemas, solek, tapi nad dengan mr mafia, ajar semua benda termasuk bertukang. Ianya adalah salah satu keinginan semulajadi kanak-kanak untuk belajar. Mereka cuba memahami tentang dunia sekeliling melalui bertanya soalan, bermain. Otak mereka sebenarnya menyerap dan mencerna maklumat yang diterima. Ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemahuan untuk belajar dan ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sebanyak mungkin. Sebab tu,, nad tak pernahtau kongkong apa dia nak buat.
Selain itu, kanak-kanak juga belajar melalui melakukan kerja. Kerja- kerja rumah yang bermakna turut membentuk perkembangan mental dan mengajar si manja tentang tanggungjawab dan kebebasan. Apa yang nad dengan mr mafia buat, seperti tolong dekat dapur, kemas mainan dia, kemas meja makan lepas habis makan, semua buat dengan wajah ceria. Kira buat dengan enjoy, takde marah-marah. Dia akan berasa seronok, lebih-lebih lagi jika digalakkan menganggap ‘kerja’ sebagai satu ‘permainan’. Dia boleh melakukan kerja-kerja mudah seperti menyediakan meja makan atau mengemaskan barang permainan, yang kelihatan seperti satu permainan kepada kanak-kanak atau ‘membantu orang dewasa’. Ia membuatkan si manja merasa berguna dan ‘dewasa’.
Kita orang dewasa, kadang pelik, apa yang membuatkan benda tu seronok dan tidak tahu di manakah keseronokan bermain permainan yang sama lebih dari 20 kali sedangkan si manja telah tahu cara penyelesaiannya. Tetapi ini adalah cara kanak-kanak belajar dan menyempurnakan sesuatu kemahiran.
Bila bercakap, cakap dengan suara komunikasi yang biasa. Jangan gunakan percakapan ‘bayi’ atau mengikut cara percakapannya. Kemahiran belajar yang disebutkan di atas mungkin kelihatan sangat susah, tetapi ia diajar dengan cara yang menyeronokkan. Ia juga adalah asas bagi pelajaran yang lebih sukar apabila kanak-kanak masuk ke peringkat sekolah nanti. Bila kita dah ajar, dia dah tau sikit dan ingat apa dia buat.
Jadi, kita orang dewasa kena la jaga-jaga nak buat sesuatu depan anak-anak. Sebab diaorang ikut perbuatan kita.
Betul tue Kak Nad. Kanak-kanak mudah belajar dgn meniru. :)
ReplyDelete