hai assalammualaikum
Check Up Fariza 2 Tahun 6 bulan : Masalah Ketinggian - Selepas 6 bulan, baru Fariza check up semula. Kali ni cuma ambil berat dan tinggi dia sahaja. Kalau dulu, nad risaukan berat dia yang naik tak banyak, tapi kali ni, nad tak risau sangat, sebab tau berat dia pasti bertambah. Selepas dia minum bonnisan himalaya, alhamdulillah, selera makin bertambah, dan makan pun tak memilih. Tapi tadi, tak sangka, ada juga masalah dia, iaitu tinggi dia..hahaaha.
Bila balik kampung haritu, kakak nad cakap " Fariza, ko tak tinggi-tinggi ye "..dalam hati nad, baru 2 tahun, nanti tinggi la tu. Tapi, sebenarnya nad perasan juga, sebab sepupu sebaya dia pun dah meninggi, Fariza je, macam sama je. Dahla comel, kecik macam mommy dia, bila tengok, macam kemetot je..hahaa. Terkedek-kedek bila jalan. Tadi masa check up, ukur tinggi dia 81m. Berat 10kg dari sebelum ni 8.9kg. Okla, naik juga. Tadi tanda dekat line je dah atas pagar..hahaa. Bab tinggi, ermm, tak pasti kenapa dan mengapa..huhu.
Agak-agak korang ada ke produk yang boleh tinggikan anak-anak ni. Tengok iklan, ada satu susu yang boleh tinggikan budak..Lupa pula susu apa. Kena tengok iklan tu balik..ahaha. Tapi masalahnya Fariza ni, susah minum susu. Takda rasa. Fariza masih susu nad juga. Tapi takut tak cukup kan.
Haritu pergi Tesco, nak belikan susu tepung untuk Fariza. Memang sebelum ni dia minum Dutch Lady dua tahun tu. Tiba-tiba ada promoter suruh cuba susu Enfagrow. Dia minumla, eh suka pulak sampai dua, tiga cawan dia minum. Lepas tu nad minum, pergh sedap. Patutla sedap, sebab perasa vanila..haaha. Kamianak beranak memang suka dengan perasa Vanila. Jadinya, mr mafia pun suruh beli. Mahal weii, ni saja tempoh percubaan. Pakai waktu tengah malam je, dia nak tidur..hahaa.
Bila bagi, ikut mood dia, kadang dia nak, kadang dia taknak. Kadang susu Enfagrow tu habis, kadang tak habis. Hah!!memang susah nak bagi dia susu tepung ni oii. Mencari juga susu mak ni. Habis dah adik boleh susu mak, kenapa dia tak boleh (kotla dia cakap macam tu dalam hati )..Nampak gayanya kena cari sesuatu untuk naikkan tinggi dia. Korang boleh share, macam mana nak naikkan tinggi anak..hahaa.
Hehehe.. Comel mcm nad kot Fariza... Xpe..slo2 nnti mkin naik lah tggi dia tu sikit2.. Mcm ank buah wawa mse sebaya cm fariza xtggi2.. Sekali dah 4thun ni ttbe makin ttgi pula tgk..dh nk sme dgn abg dia.. Susu bdn best tu fariza nk susu bdn gk..hehe
ReplyDeleteSaya pun tak minum susu tepung, rasa nak muntah camnelah kalau ngandung kena minum susu. Risau sangat
ReplyDeletePasal tinggi ni mmg Sally surrender la...xde idea lgsg nak kasi tinggi macam mana..mungkin dia baka comel macam mak dia je kot? huhu
ReplyDeleteInsyalllah nti tinggilah fariza dari maknya hihi
ReplyDeleteFariza x tinggi xpe..perempuan rendah comel tau
ReplyDeleteTapi jumpa haritu nampak fariza dah makin kurus sejak ada adik ni. Dulu bambam haha
ReplyDeleteZara dulu nyusu badan setahun 10bulan je. Pastu FM pun bkn mau sangat. Kita pun malas nak paksa. Takpe nad. Nanti akan tinggi juga tu. Mungkin dia lambat sikit.
ReplyDeleteTakde idea gak macam mana nak bagi tinggi.. mungkin belum sampai masa dia lagi kot sebab bila tgk adik2 akak, dah naik sekolah menengah baru start tinggi.. so, jangan la risau sangat pasai tinggi ni yer nad.
ReplyDeletetak apa akak nanti bila dia dah besar sikit dia mula akan tinggi nora pun macam tu jugak dulu tak tinggi tinggi sebab sepupu semua dah tinggi tinggi nora je tak tinggi tapi lepas 5 tahun tinggi nora naik memdadak sampai potong semua sepupu nora hehe
ReplyDeleteKecik2 molekkk.. hihi.. xpe.. manatau time sek nnti dia tinggi lampai
ReplyDeleteuish.. kecik lagi fariza tu nad.. tunggu dah beso lagi nanti bqru la tinggi tu terserlah.... hihihi.. tinggi last bagi female masa umur berapa kan.. so.. banyak lagi masa nak tunggu.. heeee.. janji masa sukat tu ada peningkatan walaupun 1/2 cm...
ReplyDeleteOk thanks for sharing, that milk powder brand is good my niece is drinking it too.
ReplyDelete