Buffet Ramadhan Di Bangi Golf resort
Keitimewaan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort - Nampak tak gambar dekat atas tu, hah!1, tu bukan bubur tau, tapi telur setengah masak yang paling special dekat bangi Golf Resort. Telur ni takda dekat tempat lain, hanya di Bnagi Golf resort pada bulan Ramadhan nanti. Sous Vide Eggs, unik kan nama dia. Telur setengah masak ni wajib diambil korang kena rasa sebab ditambah dengan Cendawan Espuma. Sesapp weii..mesti ambil lebih, sebab Fariza pun suka. Sebenarnya, bukan telur setengah masak ni je yang ada, banyak lagi menu yang disediakan di Bangi Golf Resort bulan Ramadhan nanti. Meh nad kongsi dengan korang apa menu dia ye..Ramadhan eksklusif Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort akan bermula pada 19 Mei sehingga 13 Jun 2018. Bangi Golf Resort menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Korang boleh membuat tempahan di https//www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan. sebab suka berbuka puasa dekat sini, sebab dia murah, serius. Harga serendah RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak.
Sambil Makan Sambil Beramal
Tahun ni kelainan bagi Bangi Golf Resort, sepanjang Bulan Ramadhan, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bagus kan, sambil makan sambil menderma. Amalan baik yang kita boleh buat pada Bulan Ramadhan. BGR juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk mnyumbangkan mana-mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.Sajian Hidangan Yang Disediakan di Bangi Golf Resort
Menu yang wajib ada juga ketika Buffet Ramadhan di Bangi golf Resort, apa lagi kalau bukan kambing bakar. Bukan setakat kambing bakar, malah ada Sup Kambing Mamak. Ku hirup kuah dia, slurpp..slurpp..memng asyik..hehehe.Ada juga satay ayam dan daging, kay teow goreng dan mee mamak.
Bagi yang nak tekak makan western, dekat sini pun ada. BGR menyediakan sajian barat seperti Lasagnan ayam dan Spaghetti Carbonara.
Dapat makan Nasi Kerabu, memang sedap oii bulan puasa nanti. Ada ikan masin, keropok ikan dan bahan-bahan lain yang korang boleh ambik. Nad diberitahu, semua bahan ni dipetik di kebun yang mereka tanam sendiri. Pergh, bagus kan.
Sedap-sedap semuanya...
Bagi penggemar laksa, dekat sini ada Laksa Sarawak dan Laksa Singapura. Nad kena pantang laksa ni selama setahun, kalau tak mesti rasa dua-dua ni. Mesti rasa dia berbeza kan dengan laksa yang selalu nad makan. aduh, sedih..
Selain itu, ada juga Nasi Ayam Hainan. Ayam dia empuk dan berjus.
Daging Masak Lada Hitam yang mengiurkan. Menu baru mereka iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega. kalau dah nama menu baru, mestilah kena rasa.
Dah namanya Buffet, dari makanan berat sampailah makanan ringan, pencuci mulut tak ketinggalan. Ada pelbagai pencuci mulut yang ada di BGR. Semestinya Churros Sepanyol dengan Sos Coklat pekat, Tiramisu Itali, kuih muih serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Gelato dengan perisa durian dan bunga kantan juga ada.
Suka sangat tempat pencuci mulut ni. sebab comel-comel semuanya..hehee. Kek-kek yang ada ni semua pun sedap-sedap belaka. Ada Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colado Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Talas Salted Corn, Red velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse. Terbaiklaa..
Lagi, lagi dan lagi yang korang kena tau, BGR pun ada menerima tempahan untuk durian Musangk King ( RM110 sekotak ) dan D24 ( RM55 sekotak ). Sesiapa nak membeli untuk Iftar dan Hari Raya boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.
Masa makan pun ada persembahan muzik secara langsung. Jadi takdelah boring sangat kan.
Tempat parkir, korang jangan risau, ada 800 lot parkir dan ia adalah percuma. Ruang solat pun ada disediakan.
Nad tengok semua menu ni, nad yang lapar sekarang..hahaa. Tak sabar nak tunggu bulan puasa ni, nak pergi berbuka puasa dekat Bangi Golf Resort.
Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh layari Bangi Golf Resort
Alamat: No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Tempahan ; 1 700 81 8557
Email: sales@bgrrest.com
website; http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigofresort/
Instagram; www.instagram.com/bangigolfresortofficial
aduihhh... tak tahan tgk kambing golek tu... warna warni kuih muih buahannya...
ReplyDeleteFuhhh 200 hidangan, puas makan!
ReplyDeleteKenyang la makan dekat sini. Tak tahu la balik berbuka nanti nak drive cam mana.. ahaha
ReplyDeleteHari tuh walaupun makan sikit tapi kenyang tau.paling suka sous vide egg with mushroom espuma tuh..sedap
ReplyDeleteRoti jala! Tulah yang menjadi pembuka selera Ros di bulan Ramadhan...
ReplyDeleteMeriah nya dengan pelbagai menu2 makanan..buah2..uihh sedapnya lah.. Sekali sekala kalau nak bbuka, boleh la bawa family datang merasai keenakan makanan kat sini
ReplyDeleteNasi kerabu tu mmg winlah..fevret..
ReplyDeletePernah buat event kt bangi golf resort dulu.. Mmg best gila makanan2 yg disediakan
ReplyDeletewah best2...dekat je dengan rumah lina ni...bolehlah booking awal2 puasa nanti...
ReplyDeleteFuhhh terliur kita bila baca entry ni. Semua makanan di Bangi Golf Resort ni nampak sedap, segar dan dan menyelerakan..
ReplyDeleteHai kak..rindu akak..hehe..lama rabia tak blogwalking ke sini.wah semua makanan dekat sini sedap-sedap belaka.
ReplyDeleteAkak memang tak lepaskan peluang ke sini..memang sentiasa menawarkan buffet yang berpatutan harganya...best pun best
ReplyDeleteMeriah sungguh menu dia, telur n cendawan tu nampak menyelerakan. Rsnya kambing mesti orang serbu kan.
ReplyDeletesemuanya nampak sedap
ReplyDeleteMemang bestlah makan kat sini. Dah masuk 2 tahun sis kat sini..tak pernah mengecewakan. Banyak pilihan utk tekak kita nk pilih
ReplyDeleteBangi Golf Resort memang kita suka sini banyak makanan dengan suasana luas dan selesa serta harga yang berpatutan tiap tahun datang...
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan semua makanan tu. Sekali sekali berbuka di situ best juga kan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Nampak sangat sedap juadah Iftar ni. For this budget-friendly price, it is a very generous spread!
ReplyDeletewooo... how come the nasi kerabu look so 'Sky Blue' lolz...
ReplyDeletereally love to have all those foods during Ramadan month.. a holy month blessed with so much good food...
Hmmm...sedapnya, kak suka laksa sarawak dan nasi biru
ReplyDelete