hai assalammualaikum


Sungai Gabai Hulu Langat

Mandi Manda di Sungai Gabai Hulu Langat - Sabtu lepas, keluarga datang ke KL, rumah nad. Diaorang saje nak lepak rumah nad. Lagi-lagi adik nad, tak pernah lagi datang rumah nad, sebab sebelum ni dia sibuk kerja. Asyik ajak keluarga lain pergi rumah nad, sebab nak tengok rumah nad macam mana..haha. Akhirny impian dia tercapai..hehehe.

Nad suka je kalau keluarga datang rumah nad dekat KL ni. Memang bila diaorang datang, rumah ni penuh, yela campur lagi dengan budak-budak. Tapi nasib baik cukup untuk diaorang tidur. Rumah nad jenis memanjang dekt ruang tamu. Jadi tidurla mereka dekat ruang tamu ni. Suasana mcm balik kampung, tidur rami-ramai tu..hahhaa. Tapi kali ni, mak ayah dengan keluarga abang tak datang.

Bila keluarga datang, esok, mesti akan keluar ke mana sahaja tanpa dirancang. Tapi selalunya pergi air terjun la. Macam sebelum ni, pergi ke Sungai Congkak. Kali ni pergi ke Sungai Gabai Hulu Langat. Pergi dekat-dekat je. Mr mafia dengan suami lain rancang pergi KLCC, mandi manda dekat swimming pool tu je. Tapi, tak jadi, sebab panas. Yela dekat situ kan terbuka, cuaca panas, walaupun sesuai untuk budak-budak, tapi mak budak ni yang tak best..hahaha.


Jadinya, perancangan bertukar ke air terjun. Ingat nak pergi Air Terjun Sungai Tekala, tapi mr mafia cakap pergi jela Sungai Gabai. Walaupun asyik bertukar je, sampai juga ke Air Terjun Sungai Gabai.


Bunyi air terjun tu best je. Nyaman, segar, tenang je. Ramai juga orang mandi dekat sini. Sampai je terus cari tempat. Nasib masa tu ada pondok, takda orang. Itulah port kitaorang..haaha.Port dekat dengan gerai juga.


Ada naik lagi tangga kalau nak port yang best. Tapi disebabkan ramai sangat anak-anak, kakak-kakak pun malas nak naik, jadinya mandi manda dekat bawah ni jela. Bawah ni pun best.





Kat bawah pun tak ramai orang mandi manda. Fariza dengan anak buah lain, dah tak sabar nak mandi. Sampai je terus budak-budak ni terjun. Ni pertama kali Fariza mandi dekat Air Terjun. Nad pun baru perasan, tu pun mr mafia yang bagitau. Sebeluk ni mandi swimming pool je. Nad mampu tengok jela. Best sangat, memang rugi tak mandi. Tak boleh mandi oii, jaga si kecik Farhanah ni. Kalau tak, nad pun dah lama terjun..hehehhe. Fikir nak salin baju tu yang malas.. Tak nampak pulak mana tandas untuk, salin baju..hahaha





Takpela, kita tukang ambil gambar dan video je la. Sambil-sambil nad dengan kakak dan adik pun ambil gambar..hahaha. Cantik kan Air Terjun Sungai Gabai ni. Memang port sesuai nak ambik gambar ni. Ada jambatan lagi.



Mandi manda sampai pukul 5 petang. Masing-masing dah kesejukan. Sebelum balik pun ambil gambar. Kihkihkih. Memang susah nak ambil satu family, waktu macam ni la boleh ambil.


Masing-masing seronok dan kepenatan. Dalam kereta tidur terus budak-budak ni. Ok, lepas ni plan bercuti tempat lain pulak..hehehe
SHARE 24 comments

Add your comment

  1. seghonok nyaa p waterfall, lama tak p waterfall

    ReplyDelete
  2. seronoknya lama tak mandi sungai. Gabai ni cantik kan.

    ReplyDelete
  3. Wah, Bestnya lama tak mandi sungai pernah pegi sekali je sini

    ReplyDelete
  4. Syokkan dpt berkelah kt ayaq terjun..sejuk..kami pun suka mandi ayaq terjun

    ReplyDelete
  5. Syok mandi ayaq terjun..kami pun suka mandi ayaq terjun..berkelah bagai

    ReplyDelete
  6. Ooo pergi Sungai Gabai. Cui solah sebelum ni akak pergi Sg Lepoh Hulu Langat

    ReplyDelete
  7. dah lama tak mandi manda macam ni.. bestny mandi air terjun kan.. huhu.. TB suka tengok gambar atas tu.. semua pegang anak kecik.. bersalin jarak sama date ke kome?

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pergi picnic kat waterfall, best and cooling right.

    ReplyDelete
  9. Bestnya air terjun. Lama juga tak picnic. Tapi ada anak kecil ni semua kena cepat sebelum dia tak selesa.

    ReplyDelete
  10. Lama tak gi Sungai gabai! Last pergi waktu uni dulu, serius best! Tenang je jiwa!

    ReplyDelete
  11. Best nye bawak family for picnic kat sine. The water looks sejuk je. And not too far...bole la go

    ReplyDelete
  12. Ooh dah lama Bella tak ke Sungai Gabai ni, walaupun dekat je dengan tempat tinggal (Bella di Kajang). Lagipun ada sekerat hari tu isu pasal kencing tikus so tak jejak kaki ke mana2 air terjun atau sungai. Harap2 dah takde masalah tu di Sungai Gabai/Tekala/Congkak lagi. Suka tengok muka masing2 enjoy bermandi manda. Hehe

    ReplyDelete
  13. Suka anak2 dapat mandi manda kan. Bagi main air suka btl la diorang tu..

    ReplyDelete
  14. Seronoknya! Pernah pergi sini sekali sahaja. Rindu pulak bila baca entri ni. Memang tempat yang cukup syok kalau pergi dengan famili dan kawan-kawan. Kena roger kawan-kawanlah pergi sini lagi!

    ReplyDelete
  15. Ala dah lama kita tak mandi sungai atau air terjun macam ni last bila yer tapi semua sejak kes kencing tikus begitu kuat kita agak berhati-hati juga nak pergi tempat macam ni hehehehe..

    ReplyDelete
  16. Dekat gila Sungai Gabai dengan rumah saya, dalan 20-30 minit dah sampai. Memang seronok dapat buat aktiviti back to nature macam ni.

    ReplyDelete
  17. ya Allah ini best sangat nie. Jangan kata budak-budak, yang dah tua bangka mcm saya nie pon akan berendam sampai petang. lama dah tak datang sungai gabai. nak pergi jugaklah nanti bawak family

    ReplyDelete
  18. Bila hari panas memang best mandi air terjun. Paling suka sekali budak-budakla dapat main air. Kita mak-mak ni mampu tengok je la. Rasa macam pernah sampai sini. Saja pusing2 tapi tak mandi sebab tak bawak baju tukar. Bolehlah bila2 pergi sebelum nak puasa ni

    ReplyDelete
  19. Bestnya , meriah ! uu so far tak pernah lagi family datang rumah... cuma kakak adik tu singgah sekejap rumah uzu ada lahh hehe. tu pun 2 malam je.. kalau 1 family satang kan best tapi haaa mmg tak ah. tiket flight dah lah mahal. Bilaaa family dtg, boleh uzu dtg ke sini kan? uzu pon xtaw nak ajak maanaaa

    ReplyDelete
  20. Sungai Gabai ni ruby belum pernah pergi lagi. Kami ke Kemensah aje mandi sungai. Haha. Kalau mandi sungai, mesti berkelah. Baru seronok kan. Mandi, naik makan, pastu repeat. Haha. Datang awal pagi lepaa subuh utk cop tempat, balik jam 5pm. Memang best. High 5 skett

    ReplyDelete
  21. ini kalau tgh panas2 kita teejun memang best tapi jgn amalkan terus terjun. rendam kaki dulu relax2 siram2 samoai adan baru terjun.. kasi ha a dlm keluar dulu

    alamak.. plan lama nak terjun sini tp masa takde. balik ni kalau sempat singgahlah

    ReplyDelete
  22. Dah lama i tak pergi waterfall and picnic macam ini, rasa nak buat satu family trip kat sana. Not too far at the same time can enjoy the cooling water and weather.

    ReplyDelete
  23. cantik lagi sungai gabai ni..pernah pergi area sungai langat tapi x sure sungai gabai ke apa...sekali-sekala kita dekatkan diri dengan keindahan asli bumi best jugakkan

    ReplyDelete
  24. bestnya nad dapat kumpul2 dengan keluarga macamni. tak sabar pulak ainy nak balik terengganu esok. nak spend time bebetul dengan family nanti. rinduuu.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2