hai assalammualaikum

Menikmati Pemandangan Kuala Lumpur Di 39 Restaurant PNB Perdana KL

Buka puasa yang meriah

Berbuka Puasa Di 39 Restaurant PNB Perdana Hotel & Suites

Berbuka Puasa Di PNB Perdana Sambil Menikmati Pemandangan Kuala Lumpur - Bila nak makan dekat luar, nad la orang paling gembira, sebab tak perlu masak..hahaa. Sesekali nak berehat dari memasak dan berbuka di luar bersama keluarga, apa salahnya kan..hehee. Buka puasa kali ni, nad ajak mr mafia berbuka di PNB Perdana Kuala Lumpur. PNB Perdana Kuala Lumpur mempunyai dua restaurant iaitu satu restoran 10 Binjai di tingkat paling bawah area Lobby dan 39 restaurant di tingkat paling atas.. Ikut mana korang nak berbuka, macam nad, sebab nak menikmati makanan sambil melihat pemandangan cantik Kuala Lumpur di atas.

Guide tempat setiap makanan

Ruang bahagian makanan yang luas

Bahagian tempat duduk yang privacy

Pertama kali nad datang ke PNB, berbuka puasa dengan keluarga dalam suasana moden kontemporari, melihat pelbagai makanan yang disediakan, membuatkan perut ni tak sabar untuk berbuka dan merasai makanan tersebut, sambil menikmati panorama indah berlatar belakang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur...hahaa. Nampak tak romantiknya berbuka haritu..

Buffet Ramadhan Di 39 Restaurant PNB Bertemakan Nostalgia Ramadhan

Hidangan lauk pauk. Daging percik paling kebabom ( gambar no 5 )

Di The 39 Restoran menyajikan menu makanan bertemakan Nostalgia Ramadan yang menampilkan pelbagai masakan seperti nasi minyak badam, berlaukkan ayam masak merah, daging salai percik, ikan pari asam pedas, sotong lemak cili padi serta kacang panjang goreng taugeh. Paling nad suka ialah daging percik dia, memang rasa kuah percik tu sedap giler, sampai nad boleh makan kuah dengan jari dan jilat..ehehe. Daging dia pun lembut.

Noodles

Rojak marbeles

Pelbagai aneka mihun, rojak dan salad juga.

Sampai je nampak ni..hahaa..mata tak berkelip

Ada kaan-kawan dia yang lain..ehhee..

Port paling dicari, mestilah kambing golek..aumm..Setiap gigitan daging dia, memang buat mata tertutup. Dagingnya yang empuk dengan sos yang disediakan memang mengancam. Dekat situ juga ada udang bakar, ikan bakar dan ayam bakar.

Satay, satay oiii

Sukanya budak ni

Satay ni kegemaran Fariza..hehee..Seronok dia dapat makan satay.

Sup yang mengancam

Kuah yang pekat, aaahhhh

Ni paling nad suka, sup dia. Fuh, ada perut, daging dan macam-macam lagi. Nad campur semua, lepas tu letak sup. perghh, memang terbaikla setiap hirupan tu..

Lemang dan Ketupat palas, buat tak sabar nak raya

Murtabak yoo dengan super duper kari

Kuew Teow yang hangat di makan

Belum raya lagi, tapi dah boleh makan ketupat palas dengn lemang dekat sini..hehee. Ada juga kuew teo dan murtabak..

Kurma

Kuih

Buah

Buah

Lepas makan berat, cari pencuci mulut. Ada kuih muih, buah-buahan siap dengan moutain coklat you alls..Ni ambik banyak kali..hahaha..

Sagu yang comel

So yummy...

Yang paling nad suka tengok, dan nampak comel, sagu ni. Warna warni tengoknya. Mr mafia ambikkan untuk nad, sekali dia lupa letak santan..hahhaa. Nasib nad bagitau. sedap sangat sagu dia, kalau simpan peti ais lagi sedap ni..

Sedapnya manisan dekat sini

Dah macam sambut harijadi...

Kek yang berwarna warni. Semua jenis kek nad rasa..memang tak boleh tak rasa, semua kena rasa..hahaa..sebab nanti teringat-ingat..hehee..

Abc the best..bubur kacang

Macam-macam jenis air ada..

Nak yang sejuk-sejuk, aiskrim ada, ABC pun ada..alahaii..banyak pilihan ok..Aiskrim tu budak-budak suka la..Air juga banyak pilihan.

Ruang luar Menikmati Pemandangan Kuala Lumpur 

Sebelum berbuka atau selepas berbuka, nak hirup udara segar dan nak nikmati pemandangan Kuala Lumpur, bolehla keluar ke ruang legar ni. Ada pintu nak keluar ke sini. Bolehla tengok bangunan KLCC dan KL Tower yang tersergam indah. Boleh tengok matahari terbenam, pemandangan lampu-lampu waktu malam. Memang menarik. Untuk orang lelaki yang nak merokok, hah bolehla keluar dekat sini.

KLCC dekat belakang kita tu..tersergam indah

Pemandangan waktu malam yang cantik


Sijil Halal Dan Surau

PNB Perdana On The Park merupakan  Hotel  Restoran yang menerima pensijilan HALAL sepenuhnya dari JAKIM.  Bila ada tanda Halal ni dan mengikut konsep patuh syariah sebegini, jadi nak makan dekat sini pun yakin dan tanpa was-was. Dekat sini ada disediakan Surau untuk solat. Solat berada di tingkat 5. Kawasan yang sangat luas dan bersih.

Parking Dan Kenderaan Awam

Untuk parking, korang boleh parking di bahagian bawah, harga untuk flat rate parking ialah RM8. Kalau naik kenderaan awam, boleh naik LRT, turun di Stesen Ampang Park.

Harga Buffet Ramadhan The 39 restaurant 

Pakej Bufet Ramadan di The 39 Restaurant
Normal rate :
RM123.00 dewasa
RM 61.50 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)

Pakej Bufet Ramadan di Restoren 10 Binjai
Normal rate :
RM 98.00 ( Dewasa)
RM 49.00 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)

Untuk pertanyaan hubungi 0374903939 dan 03 74903838 atau layari laman sesawangnya www.pnbperdanaonthepark.com

Berbuka bersama keluarga di tempat macam ni memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Korang bolehla berbuka di PNB Perdana Hotel & Suites Kuala Lumpur ni.

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Sedapnyaaaa! Teringat gulai kawah dia best...best pnb!

    ReplyDelete
  2. seronoknya makan kat sini yer.lepas berbuka,boleh lah ambil angin kat luar ni pula yer.. menarik sangat ni.Juadah pun nampak lazat.. banyak betul pilihan

    ReplyDelete
  3. Bestnya, makanan banyak dan view pun cantik.

    ReplyDelete
  4. Udang dgn kambing panggang tu menggoda betul. Nak try lah

    ReplyDelete
  5. Setuju... . Kambing golek dia sedap! Setiap gigitan memang sampai tertutup mata tatkala nikmatinya. Kak nina gabungkan sos black pepper ngan mushroom sos dia. Mantap rasa kambing golek PNB!

    ReplyDelete
  6. Memang sedap berbuka puasa kat sini..Alaa, time akak pergi tak ada pulak kuew teow nya..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2