Menikmati Pemandangan Kuala Lumpur Di 39 Restaurant PNB Perdana KL |
Buka puasa yang meriah |
Berbuka Puasa Di 39 Restaurant PNB Perdana Hotel & Suites
Berbuka Puasa Di PNB Perdana Sambil Menikmati Pemandangan Kuala Lumpur - Bila nak makan dekat luar, nad la orang paling gembira, sebab tak perlu masak..hahaa. Sesekali nak berehat dari memasak dan berbuka di luar bersama keluarga, apa salahnya kan..hehee. Buka puasa kali ni, nad ajak mr mafia berbuka di PNB Perdana Kuala Lumpur. PNB Perdana Kuala Lumpur mempunyai dua restaurant iaitu satu restoran 10 Binjai di tingkat paling bawah area Lobby dan 39 restaurant di tingkat paling atas.. Ikut mana korang nak berbuka, macam nad, sebab nak menikmati makanan sambil melihat pemandangan cantik Kuala Lumpur di atas.Guide tempat setiap makanan |
Ruang bahagian makanan yang luas |
Bahagian tempat duduk yang privacy |
Pertama kali nad datang ke PNB, berbuka puasa dengan keluarga dalam suasana moden kontemporari, melihat pelbagai makanan yang disediakan, membuatkan perut ni tak sabar untuk berbuka dan merasai makanan tersebut, sambil menikmati panorama indah berlatar belakang pemandangan bandaraya Kuala Lumpur...hahaa. Nampak tak romantiknya berbuka haritu..
Buffet Ramadhan Di 39 Restaurant PNB Bertemakan Nostalgia Ramadhan
Hidangan lauk pauk. Daging percik paling kebabom ( gambar no 5 ) |
Noodles |
Rojak marbeles |
Pelbagai aneka mihun, rojak dan salad juga.
Sampai je nampak ni..hahaa..mata tak berkelip |
Ada kaan-kawan dia yang lain..ehhee.. |
Port paling dicari, mestilah kambing golek..aumm..Setiap gigitan daging dia, memang buat mata tertutup. Dagingnya yang empuk dengan sos yang disediakan memang mengancam. Dekat situ juga ada udang bakar, ikan bakar dan ayam bakar.
Satay, satay oiii |
Sukanya budak ni |
Satay ni kegemaran Fariza..hehee..Seronok dia dapat makan satay.
Sup yang mengancam |
Kuah yang pekat, aaahhhh |
Ni paling nad suka, sup dia. Fuh, ada perut, daging dan macam-macam lagi. Nad campur semua, lepas tu letak sup. perghh, memang terbaikla setiap hirupan tu..
Lemang dan Ketupat palas, buat tak sabar nak raya |
Murtabak yoo dengan super duper kari |
Kuew Teow yang hangat di makan |
Belum raya lagi, tapi dah boleh makan ketupat palas dengn lemang dekat sini..hehee. Ada juga kuew teo dan murtabak..
Kurma |
Kuih |
Buah |
Buah |
Lepas makan berat, cari pencuci mulut. Ada kuih muih, buah-buahan siap dengan moutain coklat you alls..Ni ambik banyak kali..hahaha..
Sagu yang comel |
So yummy... |
Sedapnya manisan dekat sini |
Dah macam sambut harijadi... |
Kek yang berwarna warni. Semua jenis kek nad rasa..memang tak boleh tak rasa, semua kena rasa..hahaa..sebab nanti teringat-ingat..hehee..
Abc the best..bubur kacang |
Macam-macam jenis air ada.. |
Nak yang sejuk-sejuk, aiskrim ada, ABC pun ada..alahaii..banyak pilihan ok..Aiskrim tu budak-budak suka la..Air juga banyak pilihan.
Ruang luar Menikmati Pemandangan Kuala Lumpur
Sebelum berbuka atau selepas berbuka, nak hirup udara segar dan nak nikmati pemandangan Kuala Lumpur, bolehla keluar ke ruang legar ni. Ada pintu nak keluar ke sini. Bolehla tengok bangunan KLCC dan KL Tower yang tersergam indah. Boleh tengok matahari terbenam, pemandangan lampu-lampu waktu malam. Memang menarik. Untuk orang lelaki yang nak merokok, hah bolehla keluar dekat sini.KLCC dekat belakang kita tu..tersergam indah |
Pemandangan waktu malam yang cantik |
Sijil Halal Dan Surau
PNB Perdana On The Park merupakan Hotel Restoran yang menerima pensijilan HALAL sepenuhnya dari JAKIM. Bila ada tanda Halal ni dan mengikut konsep patuh syariah sebegini, jadi nak makan dekat sini pun yakin dan tanpa was-was. Dekat sini ada disediakan Surau untuk solat. Solat berada di tingkat 5. Kawasan yang sangat luas dan bersih.Parking Dan Kenderaan Awam
Untuk parking, korang boleh parking di bahagian bawah, harga untuk flat rate parking ialah RM8. Kalau naik kenderaan awam, boleh naik LRT, turun di Stesen Ampang Park.Harga Buffet Ramadhan The 39 restaurant
Pakej Bufet Ramadan di The 39 RestaurantNormal rate :
RM123.00 dewasa
RM 61.50 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)
Pakej Bufet Ramadan di Restoren 10 Binjai
Normal rate :
RM 98.00 ( Dewasa)
RM 49.00 (Kanak-kanak 4 – 12 Tahun)
Untuk pertanyaan hubungi 0374903939 dan 03 74903838 atau layari laman sesawangnya www.pnbperdanaonthepark.com
Berbuka bersama keluarga di tempat macam ni memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Korang bolehla berbuka di PNB Perdana Hotel & Suites Kuala Lumpur ni.
Sedapnyaaaa! Teringat gulai kawah dia best...best pnb!
ReplyDeleteseronoknya makan kat sini yer.lepas berbuka,boleh lah ambil angin kat luar ni pula yer.. menarik sangat ni.Juadah pun nampak lazat.. banyak betul pilihan
ReplyDeleteCantik view sini ..
ReplyDeleteBestnya, makanan banyak dan view pun cantik.
ReplyDeleteUdang dgn kambing panggang tu menggoda betul. Nak try lah
ReplyDeleteSetuju... . Kambing golek dia sedap! Setiap gigitan memang sampai tertutup mata tatkala nikmatinya. Kak nina gabungkan sos black pepper ngan mushroom sos dia. Mantap rasa kambing golek PNB!
ReplyDeleteMemang sedap berbuka puasa kat sini..Alaa, time akak pergi tak ada pulak kuew teow nya..
ReplyDelete