hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Di BBQ Lamb Kemensah Dengan Suasana Yang Mendamaikan - Ni kali pertama nad jejak ke Kemensah.  Nad tau pasal Kemensah pun masa pantang haritu, Mr Mafia cakap ,  ada satu tempat menarik dekat Kuala Lumpur ni. Katanya dekat situ ada kawasan air terjun dan tempat makan yang best sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Selama bertahun duduk Kuala Lumpur, tak sangka ada tempat perkampungan yang sangat indah dengan suasana yang mendamaikan dikelilingi pkok yang menghijau. 

Kalau korang nak tau, Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara sahaja. Nad nak kongsi dengan korang tempat makan bbq yang sangat sedap, yang patut korang cuba, lagi-lagi buka puasa ni,korang boleh pergi BBQ Lamb Kemensah. Terbaik nad cakap.



Berbuka Puasa Di BBQ Lamb kemensah dengan pelbagai set

BBQ Lamb Kemensah

Nak pergi BBQ Lamb Kemensah ni senang je, dari Zoo Negara, korang pergi ke jalan tepi Zoo Negara dan terus je masuk ke dalam, sampai korang nampak signboard BBQ Lamb Kemensah. Nad sampai sini petang sebab nak tengok suasana tempat ni macam mana. 

Memang terpegun la tengok tempatnya, ada air terjun yang airnya datang dari air bukit yang menyenangkan dan mendamaikan. Memang santai makan dekat sini dengan kehijauan hutan simpan yang indah di malam harinya kita berbuka puasa dengan hidangan BBQ yang enak-enak belaka.

Bestnya berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah

tenangnya tengok

amboi dating anak beranak ni

Kolam tu boleh mandi tau

best kan, dengar air terjun dari bukit

Dapur terbuka, bleh tengok diaorang masak

Bakar jangan tak bakar

Konsepnya cukup unik, dapur pun terbuka. Korang boleh tengokla tukang masak menggril makanan dan menyediakan makanan. Selalu dah makan dekat restoran, kedai, apa kata makan tempat macam ni. best dan lain daripada yang lain.

Hidangan BBQ Bulan Puasa


Bulan puasa ni BBQ Lamb Kemensah ada menyediakan beberapa menu hidangan BBQ yang sangat sedap. Ada tiga jenis set BBQ yang disediakan semasa bulan puasa ni, iaitu set seafood, set daging dan set burung. Semua hidangan set ni bukan bbq sahaja malah lengkap  bersama buah kurma, puding, cocktail, nasi, lamb sup, salad dan minuman dua jug. Hidangan ni sesuai untuk 4-6 orang makan guyss..jimat kalau kongsi-kongsi, murah, portion pun besar.

set seafood

set yang nad paling suka, seafood.

Set Seafood


Meh nad tunjuk satu-satu set ye. Hah yang ni set seafood. Dalam ni ada Lobster, ketam sotong dan salmon. Nad suka set ni, sebab seafood dan nad memang giler seafood..ehhee. Semua hidangan dalam ni sangat sedap dan lembut. Ketam tu boleh terus digigit tau. Disertakan tiga jenis sos yang memang sedap. Tulis ni pun masih teringat..huhuhu..

Harga untuk set seafood ni ialah RM 188 perset. Kan cakap tadi portion ni sesuai dimakan untuk 4-6 orang. Kalau korang kongsi-kongsi murah weii.

set burung

ayam dan burung ouyuh yang lazat

Set Burung


Ni pulak set burung. Set Burung ni mempunyai ayam, kepak ayam, burung puyuh dan itik yang diperap dengan rempah istimewa yang membuatkan makanan ni sangat menyelerakan. Setiap gigitan tu memang mengasyikkan sampai makan tinggal tulang sahaja..hahaa. Takda tinggal satu isi pun..hehe.

Harga untuk set burung ni ialah RM 168 per set. Bebraloi oii, siap ada dengan nasi, air dan dessert.

set daging

Daging yang sedap dan berjuice

Set Daging


Yang terakhir ialah set daging. Dalamnya ada pelbagai jenis daging iaitu lamb ribs, short ribs, beef tenderloin dan lamb cut. Chef dekat sini memang pandai masak eii, lamb semua ni cukup rasa dan berjuice pulak tu. Memang ada liat sikit masa nad makan, tapi masih boleh ditelan. Takdela liat sangat, masih lembut, bukan semua daging liat ok, ada yang ok. Tapi memang terbaik, sebab tekstur daging tu masih ada. Daging-daging ni pun ada yang nad tak pernah rasa..meleleh pulak masa taip ni..hahaa..

Set Daging ni harga dia RM 188 perset.

Air asam boi dan buah naga

air tembikai dan coklat shake

Jenis air yang dihidangkan. Air asam boi, air buah naga, air coklat shake, dan air tembikai.

Dekat sini, parking open, mana ada tempat kosong korang boleh parking. Banyak parking dia. Surau pun ada untuk solat. Surau sini kecik, tapi jangan risau, ada masjid berdekatan tempat makanan ni, 15 minit je dari BBQ Lamb Kemensah.

Hah amacam, terpesona dengan tempat dan makanan dia..hehee. Hah!!, best tau dapat berbuka puasa sambil layan air terjun. Kalau korang nak datang sini, kena booking dahulu. Sebab tempat ni best, maka ramailah orang yang datang. Untuk sebarang pertanyaan dan booking sila wasap.my/6012211400.
Tel : 012-2114100
Alamat : Jalan Taman Zooview, 68000 Kuala Lumpur
Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Instagram : https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah/
SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Akak pun suka makan kat sini..pilihan set tu memang berbaloi kan sebab makan untuk 4-6 orang..even kalau makan berdua pun harga masih reasonable lagi..tak sabar rasanya nak makan kat sini lagi cuma waktu berbuka tak boleh la makan dalam sungai..lepas raya nanti la makan dalam sungai tu kan..

    ReplyDelete
  2. Menariknya kawasan sekitar dia tu.. boleh relax-relax sambil makan... bawak family besar, best ni...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kawasan dia, air jernih mesti sejuk air kat situ, tak tau pula ada hidangan ni kat belakang zoo

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat tempatnya.. Zaza pun mmg suka kawasan2 hutan ada sungai macam ni.. Suasana nyaman je.. Sesambil bbq dan bukak puasa mesti bertambah meriah.. Tambah hidangan pun enak2

    ReplyDelete
  5. Wow, just look at the huge portions of the platters. I would love to try the seafood and chicken sets. This is the restaurant that I heard that people dine in the river. Sioknya!

    ReplyDelete
  6. tempat nihlah yang akak teringin nak pergi bawa anak anak dan suami. sambil makan kaki duk main air..hahah

    ReplyDelete
  7. Alahai.. Cantiknya tempat. Ni klau pergi mesti rasa taknak balik kan.
    Makanan pun nampak best. Memang berbaloi kalau makan seisi keluarga.

    ReplyDelete
  8. Aduhai bestnya makan kambing dengan suasana dan pemandangan sungai yang menyenangkan. Suka sangat dengan menu kambing ni. Memang menyelerakan. Harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
  9. Beautiful getaway location with huge grilled lamb ribs, perfect for a family day out. So cantik and relaxing I'm sure. I have to go soon and try it out myself maybe bring some chewy bones home too

    ReplyDelete
  10. Wow i would be so eating a lot if the dining setup is like this. The sounds of water flowing, plus the feeling of cold water. I love it.

    ReplyDelete
  11. Such a nice place to enjoy ramadan buffet la! I pun nak try tau, food looks so delicious and have a nice view to enjoy all the food.

    ReplyDelete
  12. wahh best nyer..
    mkanan meriah...mesti best makan, bau air sungai...ummmm

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2