hai assalammualaikum

Buka Puasa Di Warung 501 Pandan Jaya - Hari Isnin, seharian nad buat urusan macam-macam, pergi PTPTN, pergi tabung haji, lepas tu pergi Tesco. Keluar dari tengahari, sampaila ke petang urusan baru selesai. Sebelum tu memang dah siap-siap cakap, " bang esok banyak tempat nak pergi, sayang penat nanti "..Sebab kesian, mr mafia pun booking satu tempat kedai makan dekat dengan rumah kitaorang...hehee..

BUKA PUASA DI WARUNG 501 PANDAN JAYA KUALA LUMPUR
Warung 501 Pandan Jaya

Selesai je urusan, memang ngam-ngam waktu tu 6.40 petang, balik rumah dulu, rehat kejap, pukul 7.10 malam gerak ke kedai tu. Memang kedai ni selalu ramai orang sebab makanan dia sedap. Nad paling suka tomyam putih dekat sini..hehehe. Sebab tu kena booking awal, lagi-lagi bulan puasa sebab ramai orang. Lagipun owner kedai ni kenalan mr mafia juga, yela dari zaman bujang sampai sekarang kedai Warung 501 ni ada.

Masa booking, memang dah siap bagitau menu apa nak makan. Jadi, datang kedai je tinggal duduk dan tunggu azan nak berbuka puasa. Disebabkan dah lama tak makan ikan siakap..jadi kita berbuka ikan siakap..hehe..

Ikan siakap 3 rasa..yummy..raksasa nak makan dulu..mainan Fariza la tu..haiyaa..

Ni pun dah lama tak makan. Udang goreng tepung. Fariza buang tepungnya, udang dia makan..geram je. Udang besar-besar ok

Kita suka tomyam putih dia, tapu mr mafia order tomyam merah..sedap juga..

Budak tak sabar nak makan..lapar dah..
Ni menu order haritu.

Semuanya RM 40 lebih macam tu. Balik tu memang penat sangat, terus tidur..hehhe.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. banyaknya nasi fariza..hihi

    ReplyDelete
  2. Ok juga harga dia kan Nad. Sebab tengok saiz ikan tu besar juga.. sedapnya siakap 3 rasa. Feveret Ros kalau pergi makan dekat kedai ala tomyam gini :)

    ReplyDelete
  3. berbaloi la dengan harga die sis..semua tu RM 40 je ye..bestnye..klu dekat ni dh lame serbu..huhu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Dah lama tak menjamu selera di kedai tomyam.. nak kena terjah jugak ni.

    ReplyDelete
  5. Menu ni kalau makan dekat luar memang jadi pilihan mimi satu family. Ada udang goreng tepung, siakap, tomyam, pastu ada sayur kailan ikan masin dengan telur bungkus. Memang sedap

    ReplyDelete
  6. Sedapppp.. berbuka klu kena menu memang tersandar lepas tu.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Menu ringkas tp sedap hingga jilat jari.. Hehehe.. Wawa kalau order tomyam mesti kne ada udang goreng tepung juga...

    ReplyDelete
  8. Semua memang lauk kegemaran saya, the tom yam soup memang wajib lah kalau i makan kat warung or kedai melayu.

    ReplyDelete
  9. Zira suka tomyam tapi kalau dekat kedai biasa rasa masam. Zira lebih suka tomyam pedas. Nikmat dapat makan

    ReplyDelete
  10. uii sedapnya laukk haiii
    lama xmkan gitu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2