Kemudahan Dan Aktiviti Di Avillion Port Dickson - Hah!!, amacam, sebelum ni entry pasal bilik, best tak. Kalau tak baca lagi boleh je baca semula, masa nad check in ni, nah baca ni check in di Avillion Port Dickson. Kali ni nak cerita apa yang ada di Avillion Port Dickson.
Kalau korang nak bercuti bawak keluarga, salah satu yang best dekat Avillion Port dickson ni la. Macam-macam korang boleh buat dekat sini.
Kemudahan Dan Aktiviti Di Avillion Port Dickson
Dekat Avillion ni, banyak aktiviti yang korang boleh buat. Selesai survey bilik, petang tu juga nad jalan-jalan keluar tengok apa yang ada di Avillion Port Dickson ni. Memang tak bosan dan anak-anak mesti suka..tak perlu keluar untuk cari aktiviti lain.Aviari
Aviari ini menempatkan pelbagai spesies burung – dari burung merak Afrika Selatan hingga ke ayam yang di ternak oleh pihak resort. Fariza dapat main kejar-kejar dengan burung merak yang memang dibiarkan untuk pengunjung...hehee..comel je kan.Memancing Ikan Dan Ketam
Waktu terbaik untuk tangkap ketam adalah semasa air surut. Avillion Port Dickson membenarkan pelawat untuk memancing di balkoni.Untuk tangkap ketam, anda boleh hubungi pihak rekreasi resort untuk bantuan.Boleh pancing dekat balkoni bilik ok. Kalau nak bawak pancing sendiri boleh, kalau tak bawak boleh mintak dekat pihak hotel.
Kids’ Cabin
Resort ini juga menyediakan kabin istimewa untuk kanak-kanak beraktiviti termasuklah main water color, buku-buku, menyediakan video dan taman permainan untuk anak kecil.Kabin ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi.Taman Permainan
Fariza sempat main ni je. Yang lain semua dah tutup sebab kitaorang check in pun pukul 3 petang, lepas tu jalan-jalan hotel, esoknya dah nak check out..hahaa. Takpela sekurangnya dia dapat main dan nad tau tempat ni ada khas untuk kanak-kanak. Jadi kanak-kanak takkan bosan.Kids’ Spa
Biasa kita tahu spa untuk orang dewasa sahaja, kan?Avillion Port Dickson ini turut sediakan spa untuk kanak-kanak. Menarik ke menarik? Spa ini sediakan servis untuk inai, make-up, manicure, pedicure dan rawatan rambut. Spa kanak-kanak ini dibuka bermula jam 11 pagi.Steam & Sauna
Hah!!, sesiapa nak bersauna tu boleh je, nak rehat dengan masa yang tenang dan santai. Stim dan sauna akan membantu anda melonggarkan badan anda dan mengeluarkan toksin yang menjadikan kulit anda lembut dan lembut. Operasi dari pukul 3 petang sehingga 7 malam.Pet Farm
Resort ini mempunyai ladang haiwan atau dikenali sebagai Pet Farm. Pet Farm ini menempatkan haiwan comel seperti arnab, merak, ayam, kura-kura dan pelbagai lagi. Di Pet Farm ini juga, korang boleh bagi makan haiwan pada jam 10 pagi. Bukan itu sahaja, nak mandikan binatang-binatang ini pun, boleh. Sesi mandikan haiwan adalah pada hari Rabu dan Ahad, jam 10 pagi. Tapi kitaorang tak dapat masuk, sebab ingat nak pergi besoknya, besoknya pulak hujan. Dapat tengok dari luar jela.Gymnasium
Kalau nak bersenam, boleh la ke gymnasium yan disediakan. Gym ni berdekatan dengan swimming pool dan bersebelahan dengan kedai cenderahati. Gym ini dilengkapi dengan peralatan kecergasan bertaraf dunia, termasuk pelbagai mesin kardiovaskular, treadmill, basikal bertenaga, mesin berat dan berat percuma. Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.Kedai Cenderahati
Nak bawak balik kenangan bolehla beli barangan cenderahati di kedai ini.Wayang Untuk Keluarga ( Jungle Fringe )
Dekat sini pun ada karaoke untuk keluarga. Bolehla korang melalak, menyumbangkan suara sesuka hati. Ada juga movie, tapi tengok waktu, cerita lain-lain..best giler..tak sempat tengok sebab semua nak cepat.Aktiviti Air
Untuk aktiviti yang lebih mencabar, boleh cuba kayak dan peralatan aktiviti air yang disediakan oleh pihak resort.Aktiviti santai
dekat dengan simming pool ada permainan bola ni dengan pingpong. Pergh lengkap betul aktiviti dekat sini.Nature Walk
Ni la laluan ke mana sahaja kita nak pergi. Dipenuhi pokok-pokok menghijau dan kita boleh nampak, pelbagai jenis pokok, bunga dan herba yang ada di situ. Siap dia tunjuk nama lagi..fuh..Dekat dengan Pantai
Avillion ni berdekatan dengan dua pantai, satu pantai Riau dan satu lagi pantai iaitu Tumasek Beach..hehee.. Dekat pantai Riau ni ada disediakan kerusi istirehat. Petang-petang boleh santai sambil lihat matahari terbenam. Masa anak main pantai, korang pun boleh duduk sini rehat. Tumasek beach lagi best, sebab pasir dekat situ lembut je..memang bestla..
Tak sempat nak main dan masuk semua tempat sebab check in 2 hari 1 malam. Lagi-lagi tempat kids tu..Dapat main permainan Gelongsor tu je..hahaa. Dah check in petang, check out tengahari. Pagi esoknya pun Fariza nak mandi swimming pool. Memang kena plan balik nak datang sini. Next entry nad akan cerita restaurant dia ye..hehe.
Baca Juga : Percutian Manis Kami Sekeluarga di Avillion Port Dickson
best yer nad... boleh masuk dalam wishlist. next time datang stay la 3 hari 2 malam terus..boleh cover semua aktiviti best kat sini
ReplyDeletesyioknya dapat bercuti... terasa nak pergi
ReplyDeletewow thats the nice holiday especially upcoming school holidays
ReplyDeletebestnya..memang sesuai untuk percutian keluarga..nanti nak share dengan kakak. boleh kitorang plan bawak family cuti dekat sini xyah g jauh2 pon boleh seronok seronok dengan anak anak buah.
ReplyDeleteBestnya jenjalan dekat pd. Emi last pergi pd 2016 rasanya. Padahal dekat je pun haha. Fariza mesti suka tu dapat jalan2.
ReplyDeletePernah stay kat sini. Memang best. Dapat pula villa menghadap laut. Kemudahan kat sini pun not bad,semua ada. Petting zoo pun ada. Sesuai klu nk bawa kids bercuti
ReplyDeletehotel ni memang antara hotel yang best untuk menginap kalau nak bercuti kat port dickson.. feeling obersi gituu..
ReplyDeletebest nya..mcm2 activiy utk kids ni..hilma penah nmpk hoetl ni tp x penah try..mayb lps ni blh la try hehe
ReplyDeletedulu kenal dengan marketing manager dia tapi dah pindah; hehe belum sempat nak cuba menginap disini. nanti nak cubalah
ReplyDeleteBanyaknya aktiviti kat sini. Masa gi 4 tahun dulu tu takde la sebanyak ni. Dah upgrade dah ni bagus la. Banyak aktiviti yang pengunjung boleh buat. Tangkap ketam tu menarik juga...
ReplyDeleteSeronoklah anak..ada pelbagai aktiviti disediakan di sini. Agak lama juga tak ke PD.
ReplyDeleteAkak org NS pun x pernah lagi bercuti kat Avillion PD ni..macam best je..kalau akak, sure kena duk 2 malam kat sini..sebab lebih nak bagi abah explore laut..hahaha...dia plak kaki mancing..akak nak plan la bawak mak abah bercuti kat PD..
ReplyDeleteWah banyaknya aktiviti utk anak anak, kena dok dua tiga hari baru puas tu
ReplyDeletebestnya fasiliti dia..first class gituu..klu banyak fasiliti mcm ni mmg macam2 aktiviti kita boleh buat...so sekaligus alang2 bercuti mmg kita akan fun betul seisi famili :)
ReplyDeletepernah stay kat sini beberapa tahun lepas, tapi agak kecewa sikit dengan service diorang. masa tu ramai complain, nak-nak layanan di reception. mungkin skang dh ok kot
ReplyDeleteHahaha.. Tak tahu pun avillion ada tempat menarik macam nih untuk buat aktiviti. Nama je orang PD tapi apa pun yak tahu. Sedih betul.
ReplyDeleteBestnya dapat dtg ke avilion nie. Mcm2 kemudahan ada. Suka nya pergi aviari nie. Dpt tengok spesis2 burung yg rare. Warna burung merak tu cantiknya !! Nanti nak dtg jugaklah ke sini
ReplyDeleteWahhh banyak aktiviti menarik ni, kena masuk wishlist percutian akhir tahun ni.
ReplyDeleteLamanya tak menjengah ke sini. Bestnya kalau dapat bangun mendengar bunyi ombak lagi. Hehe. Mesti bahagian kan.
ReplyDeleteApa..? Di Avillion Port Dickson bisa mancing ikan ke? Iiihh .. sukaa bangat. Semoga bercuti nanti Abby bisa berkunjung ke sana. Doakan ya
ReplyDeleteBanyak fasiliti jugak ye di Avillion ni haaaaa..tengok macam kecik tapi banyak fasiliti yang ada. Paling best boleh bawak anak-anak tengok haiwan-haiwan..kira macam mini zoo gak la kan :D
ReplyDeleteWoo... never been to this place yet and seems so interesting. wanna check out more about this place and plan a visit there.
ReplyDeleteBestnya boleh memancing..
ReplyDeleteI have stayed there before and their facilities memang tip top la. And food also great and scrumptious. I like their spa too.
ReplyDeleteThis looks like a good place for a getaway, peaceful and has activities to do as well. And got spa? Definitely im sold!
ReplyDeleteokay ada Kids Spa sangat comel.. bila pergi resort2 ternama ni memang banyak la facilities n activities boleh dibuat.. bagus sbb ada consideration for kids. things yg buat kids occupied tak rasa bosan.. best2..
ReplyDelete