hai assalammualaikum
Mak, Mommy, Ibu, Insan Yang Luar Biasa : Selamat Hari Ibu - Semalam Hari Ibu, tapi setiap hari sebenarnya Hari Ibu kan...huhu..Yela setiap hari mak, mommy dan ibu buat kerja setiap hari.
Kamu takkan dapat tau macam mana perasaan menjadi mak, mommy dan ibu jika kamu tidak merasainya.
Kamu takkan dapat tau macam mana perasaan menjadi mak, mommy dan ibu jika kamu tidak melaluinya sendiri.
Masa jadi seorang anak, ko tak paham macam mana perasaan seorang mak, mommy dan ibu. Mungkin mereka mendiamkan diri, tapi dalam hati mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Mungkin ada benda yang disimpan dan tak dapat diluahkan. Tak pernah membenci anaknya walau anaknya buat benda yang disakiti. Itulah mereka yang bernama mak, mommy dan ibu.
Kalau sebelum ni tak tau apa itu perasaan menjadi ibu, sekarang nad dah paham selepas melaluinya. Saat merasai mengandung, saat merasai melahirkan anak, saat berpantang, saat membesar dan menjaga anak. Semuanya tu memberi kesedaran, yang menjadi seorang mak, mommy dan ibu bukan mudah. Masa tu jugalah kena buat kerja rumah, kena masak, semuanya buat dalam satu masa. Penat!! yes memang penat. Semua ni dibuat sebagai tanggungjawab seorang isteri dan ibu.
Umur 30, sekarang dah mempunyai dua orang anak, dan dua-dua perempuan. Sangat teruja bila mereka ada di sisi. Pejam celik pejam celik, si kakak dah nak 3 tahun, adik 3 bulan..amazing world..Ni baru dah kelam kabut, nak bahagikan masa dengan kerja rumah , anak dan kerja cari duit. Tapi, nad hargai setiap moment tu. Semoga mommy diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk tengok anak-anak mommy membesar..
Untuk mak, nad sayang mak. Nad banyakkan sakit hati, mak sabar je..huhu..sorry mak. Nad doakan mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik,. Diah sayang mak. Happy mothers day mak.
Ni mak mertua, tapi tak sempat jadi mak mertua. Mak mertua dah kembali ke Maha Yang Esa. Sempat jumpa beberapa kali je, dan sempat shoping untuk barang hantaran masa tunang. Beberapa bulan lepas tunang, arwah mommy pergi. Nad selalu doakan mommy, setiap kali cucu mommy main sorang-sorang atau ketawa sorang-sorang, nad akan fikir, cucu mommy main dengan mommy. Mommy datang rumah nak tengok cucu..hehee. Kalau mommy masih ada, mesti nad belajar banyak benda dari mommy. Semua tu tak sempat. Selamat Hari Ibu mommy. Al-Fatihah.
Dan kepada semua, Selamat Hari Ibu. Terima kasih mr mafia, sambut awal Hari Ibu, nad pun tak ingat Hari Ibu bila..haaha..banyak sangat fikir,.dia belanja kita Secret Recipe dengan donat. Lepas tu kelmarin dia belikan burger bakar Abang Burn..huhu
selamat hari ibu nad..:)
ReplyDeletesemoga sentiasa kuat utk menempuh pelbagai dugaan yg bkal mendatang.. ^_^
ReplyDelete