hai assalammualaikum

Makan Malam Di Restaurant Crow's Nest Avillion Port Dickson - Fuh, semangat cerita pasal percutian manis kitaorang dekat Avillion Port Dickson ni..ehehe. Dari bilik, kemudahan, sekarang nak cerita tempat makan pulak. Hah!, silalh tengok makanan yang akan dipaparkan, mesti korang terliur. Masa nad menaip ni pun dah telan air liur, teringat sampai sekarang. Pengalaman yang takkan di lupakan bila dapat makan malam di Restaurant Crow's Nest Avillion ni.

Selepas penat berjalan sekitar Avillion Port Dickson di siang hari, malam pulak, mestilah nak mengisi perut yang lapar ni. Memang tak perlu keluar, dekat Avillion ni ada restaurant yang disediakan. Ada macam-macam jenis restaurant dekat sini, korang pilih jela. Ada restaurant Village Court bersebelahan dengan swimming pool, The Galley, The Verte dan Crow's Nest. Malam tu nad pilih untuk makan di Crow's Nest di tingkat dua, atas restaurant Village Court sebab makanan dekat situ western. Perut malas nak makan nasi, jadi cari western..hehee.


Restaurant Crow's Nest Avillion

Tengokla tempat dia, lawa, luas, best giler. Rekabentuk kontemporari yang memaparkan kayu khas dan perabot rotan dengan siling kayu jati yang tinggi, restoran yang berada di tingkat dua ini mencerminkan budaya Malaysia. Siling kayu jati yang tinggi melengkapkan artifak-artifak Malaysia dan senibina tulen era Melayu lama. Sesuai untuk kedua-dua bersantap secara kasual dan semi-formal. Restoran ni bukan sahaja ada bahagian dalam, malah ada di bahagian luar iaitu balkoni. Masa makan boleh lihat pemandangan.






Kitaorang makan waktu malam, jadi makan dekat dalam jela, makan kat luar kang banyak nyamuk..ehhee

Restaurant Crow's Nest ni dibuka setiap hari. Dekat sini makanan yang disediakan jenis hidangan tempatan dan antarabangsa a-la-carte. Pelbagai salad, sandwic, kegemaran Barat dan Asia dipaparkan sesuai dengan perisa kita. Makanan untuk kanak-kanak pun ada.


Ni la menu yang nad dengan mr mafia order..heehe..


Ni air Pineapple campur dengan strawberry. Staff cakap, air ni memang popular. Nad rasa pelik je dengan air ni..hahaa.

 
 Spagetti memang menjadi kegemaran kalau makan western..hehee.


Yang ni mr mafia punya Breast Lamb Shank kalau tak silap..lupa pula..Tapi sedap oo..lembut dan berjuice daging dia..besar pulak tu.


Yang ni nad punya, Jumbo Mixed Grill, ada udang, salmon,lamb chop dan sayuran..perghh terbaikla..


kentang untuk Fariza dan banan split sebagai pencuci mulut.


Staff yang sangat bagus dan peramah. Layan je ape kehendak kita. Memang terbaik.


Restoran ini boleh memuatkan sehingga 146 orang dan beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.



Dekat bahagian bawah ada restaurant lagi, namanya Village Court. restoran ni berdekatan dengan swimming pool. Satu-satunya restaurant yang buka 24 jam. Hidangan sarapan bufet, makanan pembuka selera dan makanan ringan kepada hidangan pembuka, pasta, pizza dan hidangan tempatan.  Disebabkan restoran ini dibuka 24 jam, malam tu lepas makan, kitaorang jalan-jalan, penat dan minum kopi dekat restoran ni..hehee. Nad tak makan dekat sini ataupun sarapan dekat sini,, sebab nad sarapan dekat bilik. Sebab tu tiada gambar makanan dekat restaurant ni. Tapi syok je, sambil makan, tengok gelagat orang berenang..ehhee.

Entry berkaitan :
- Percutian Manis Kami Sekeluarga di Avillion Port Dickson
- Kemudahan dan Aktiviti di Avillion Port Dickson


SHARE 30 comments

Add your comment

  1. Luas lapang dan santai tempatnyaa...seronok kalau dapat makan di situ kannn

    ReplyDelete
  2. Cantik betul dekorasi restoran ni, macam cerita fantasi pulak

    jemput singgah, ade entri baru :D
    https://www.asyiqin.com/2018/05/come-on-traveloka-kan-ada_65.html

    ReplyDelete
  3. sedap yer lamb shank tu. lama x makan.. mixed grilled tu nampak sedap. best yer nad, bertuah sangat dapat peluang makan2 kat Avilion ni

    ReplyDelete
  4. cantik restoran nih..mengingatkan saya pada hotel butik di kemboja..lawa betul
    makanan pun nampak sedap-sedap

    ReplyDelete
  5. Amboi.... Tergoda nengok menu mr mafia punya Breast Lamb Shank tuh!
    Pemandangan waktu malam romantis nya.. .

    ReplyDelete
  6. Tak boleh tengok lama-lama entri ni..dugaan...hehehe... nampak menu semuanya sedap

    ReplyDelete
  7. Alahai terpikat sudah dengan Avillion ni, kena jugak pergi bercuti kat sini nanti.

    ReplyDelete
  8. Nampak nad share pic kat avilion PD ni rasa nak pergi jugak.. Lawa tempatnya.. Nampak mewah.. Ada restoran lagi..menarik jgk restoran crow tu sbb ada seni2 zaman melayu yang dipamerkan..

    ReplyDelete
  9. Menarik susun atur restoran ni Nad. Kalau ke PD, bolehlah cuba pergi . Suasananya tenang jer..

    ReplyDelete
  10. Macam menarik je dekorasi dan susun atur perabot dalam restoran ni. Nampak klasik sket gitu. Ke perasaan emi je? Hehe

    ReplyDelete
  11. Avillion PD ni buat TB terasa nak pi sana je nad.. alahai.. suka sangat suasana kat situ.. kemudahan semua cukup dan banyak pemandangan cantik

    ReplyDelete
  12. Cantiklah decorasi dia..xterlalu crowded tp sedap memandang.. Oh dia ada bhgian setiap menu masakan ke..tgkt 2 mmg utk western ye nad? Tgk mr mafia punya tu pehh kecur air liur ni.. Hihi.. Ok save la.. Leh rujuk balik entri ni klo nk kesini..

    ReplyDelete
  13. Cantiknya dekorasi.makanan pun nampak sedap. Nama je orang PD tapi tak pernah jejak kaki kat Avillion noh pun.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. Cantiknya tempat dia, harga berapa 1 malam? Tengok macam mahal sebab Decorations cantik sngt

    ReplyDelete
  15. Cantik ya Avillion PD.

    ReplyDelete
  16. the place is nice and makanannya also appetizing . love your baby shot as well :)

    ReplyDelete
  17. Bestnya! This came on time, boleh plan masa cuti sekolah ke PD nanti

    ReplyDelete
  18. Been to Port Dickson a few times but not dined at Crow's Nest before. This is so thematic. The tiles are mesmerising. The food, I hope it was good!

    ReplyDelete
  19. sudah lama i tak pergi port dickson.. looks super nice... this restaurant.. can dine there next time we go..

    ReplyDelete
  20. Berapa harga semalam kat situ nad? Tak pernah pergi bercuti tempat macam ni. Nampak best sangat la.

    ReplyDelete
  21. Bestnya dapat bercuti ngan kelurga hehehe kita dah lama tak pergi macam ni teringin nak bawa semula family jalan-jalan kat tempat menarik....

    ReplyDelete
  22. Boleh tahan sedap jugakkan makanan kat sini. View memalam pun cantik kan kan..

    ReplyDelete
  23. The decor of this restaurant is just too pretty! They have really nice view of night pool, enjoying dinner and pool view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like the interior and the ambiance of this restaurant. It makes customers feel comfortable, also instagrammable, and eat more.

      Delete
  24. I like the interior and the ambiance of this restaurant. It makes customers feel comfortable, also instagrammable, and eat more.

    ReplyDelete
  25. Cantik tempat dia..kak selalu jgk pg port dickson tp xpernah sggh kat sini

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2