hai assalammualaikum

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Medan Selera Food Court Di Sky Avenue

Pelbagai Variasi Menu Dengan Harga Yang Murah di Medan Selera Sky Avenue - Dah lama rasanya tak datang Genting ni oii. Seiingat nad, datang genting masa bujang, pergi dengan kawan kerja. Sekarang datang, pergh, macam-macam perubahan dah dibuat. Salah satu tempat yang baru ni ialah Sky Avenue. Rasanya dulu takda macam ni..eh entahla dah lupa..hahaa. Sky Avenue ni rupanya tempat shopping mall yang besar giler. Lepas tu banyak pulak tempat makanan yang korang boleh pilih. Tapi,biasalah, mesti korang nak pilih food court, makanan situ agak murah dan pelbagai variasi menu dia ada kan. Jadi, bila korang lapar, pergi je ke Medan Selera dekat Sky Avenue ni di Level G Sky Avenue.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Nad ingat lagi, dulu pergi Genting, makan Mcdonalds je..hahaa. Nah sekarang, ada dah medan selera yang bertepatan dengan selera korang selepas penat beriadah di sana. Lagi tempat tu sejuk, memang cepat laparla kan. Jom, nad share menu apa yang ada dekat Medan Selera Sky Avenue ni ikut tekak korang, dari makanan berat ke makanan ringan.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Medan Selera Sky Avenue ni baru je dibuka bulan 2 atau 3 macam tu. Waktu operasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Tempat luas, bersih dan selesa. Medan Selera menghimpunkan lima jenis masakan paling digemari di satu tempat yang mudah  dalam persekitaran santai. Yela, banyak pelancong yang datang ke Genting, jadi bukan sahaja orang Malaysia boleh makan, malah pelancong dari luar negara pun boleh makan.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Para tetamu boleh memilih sama ada ingin merasai pilihan masakan Nasi dan Rempah-Ratus, aneka Mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng ranggup. Makanan di sini dikawal selia oleh cef professional yang akan memastikan kualiti serta kebersihan kawasan.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Macam nad, mestila lapar nak makan nasi kan..hehee. Nasi dan Rempah-Ratus menyediakan pilihan masakan Malaysia yang lazat terdiri daripada nasi lemak, nasi lemak rendang tuk, nasi beriani, nasi kandar dan pelbagai hidangan sampingan. Nad rasa nasi lemak dia, memang rasa sambal dia tu sedap betul, pastu rendang tok dia memang mengancam. Orang cakap cukup rasa, cukup pedas untuk sambal dia. Tak cukup tu, makan kari kambing, aduhh, lembut je kambingnya..karinya memang terbaikla.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Kalau rasa nak makan mee, pun ada dekat sini. Aneka Mi pula menyediakan pilihan termasuk char kuetiau, mi bandung, bakso, serta mihun Singapura.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Dekat sini pun ada Laksa tau..jangan main-main. Hidangan Laksa pula membawa pilihan dari seluruh negara termasuk laksa nyonya, laksa Johor, laksa Kelantan dan asam laksa.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Hidangan masakan Timur Tengah dimulakan dengan pilihan daging panggang dan roti Arab.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Kalau rasa taknak makan makanan tempatan, boleh makan western. Ada sahaja dekat Medan Selera ni.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Kan dah cakap macam-macam ada dekat sini seperti ayam goreng rangup, ayam popcorn, ikan dan kentang goreng, sotong goreng tepung dan kentang goreng. Macam Fariza suka la kentang goreng ni semua..hehee. Laju je dia makan.

Buat mereka yang nak cepat, pilihan Pencuci Mulut dan Salad termasuk aneka salad segar, buah-buahan potong dan puding serta tetamu juga boleh merasai keenakan pencuci mulut tempatan seperti som som gula Melaka, sago gula Melaka, Snack & Go dan Grab & Go.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Hah!!, macam-macam menu pilihan kan ada dekat Medan Selera Sky Avenue ni. Ada makanan tempatan dan barat, pilih je ikut mana korang suka. Portion setiap pinggan pun nampak banyak, dan ada macam-macam lauk dalam pinggan. Mesti korang kenyang punya makan dekat sini. Harga pun nad tengok dari RM15 sehingga RM25..okla kan. Medan Selerta ni lokasinya di Level G di pusat membeli-belah Sky Avenue dibawah Panggung Wayang Bona yang baru dibuka. Boleh memuatkan sekitar 270 orang.
SHARE 20 comments

Add your comment

  1. bestnyerrr..lama x gi Genting nihh..heheh

    ReplyDelete
  2. I will say the food at Medan Selera is the best especially the Nasi briayani Kambing. I fall in love with it the moment try on first time. Price can compare with outside as you pay for a good food n environment in Genting

    ReplyDelete
  3. Tu dia, besarnya sis. Cantik giler. Ternyata sudah lama x ke sana. Duk plan ja tapi klu jadi ni memang wajib pi semua spot terbaru kat Genting nanti.

    ReplyDelete
  4. Baca postingan ini selain menggugah selera makan, Abby juga teringat saat malancong ke Genting itu pernah kesasar hahahaaa.... gak tahu jalannya. Tapi Abby gak kapok deh... pokonya mau kesana lagi

    ReplyDelete
  5. Tak sempat explore masa naik GH hari tu..nanti nak explore lagi la..besar temptnya..ramai blogger update bg tau makanan sedap..kena pergi lagi nanti ni

    ReplyDelete
  6. Design food court ni nampak moden. Tak macam food court yang selalunya tak berapa nak bersih. Banyak pilihan yang disediakan. Kena terjah juga nanti kalau ramai yang rekomen. Kalau terpergi sini tahulah mana tempat nak dituju untuk menjamu selera.

    ReplyDelete
  7. Bukan kata Nad je lama tak datang Genting akak pun sama lama tak datang. Last datang anak akak yang sulung setahun lebih. Sekarang dah lapan tahun anak. Lama tak lama lah. Tak sangka dah banyak tempat menarik dan food court yang ada. Macam macam menu ada dijual. Salah satu cara nak attract pelancaong datang juga ni dengan menyediakan pelbagai menu memarik. Kena datang juga kat sini cuba menu yang ada

    ReplyDelete
  8. Bagus Resorts World Genting ni sebab walaupun theme park dia tak buka lagi, pandai je cari jalan untuk bagi orang datang. Lagi best ada medan selera makanan Halal macam ni.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya hari tu kita dapat lalu jer tak sempat nak singgah nanti kita pergi sana lagi akan pergi makan kat sini lah hehehe tengok banyak pilihan makanan lak tu semua sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  10. Kak ana suka sangat bila dapat tau dah ada medan selera dekat genting ni. Macam-macam menu tempatan dan antarabangsa kita boleh pilih pada harga yang berpatutan. Memang puas hati lah dengan portion nya yang besar. Memang wajib lah singgah sini bila ke genting lagi nanti

    ReplyDelete
  11. Sama la dgn liez.. klau naik genting, tmpt makan klau tak mcd atau kopitiam je.. sbb xbyk choice tapi sekarng sejak genting nak berwajah baru ni mmg byk betul pilihan nya

    ReplyDelete
  12. seronok dapat manak macam2 di genting..di tanah tinggi sejuk dapat makan best ni mmg macam satu nikmat sangat. hopefully bulan posa ni boleh berbuka di sini sekali hehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya. Dah lama tak pi Genting. Dengan keadaan sejuk-sejuk tu, dapat makan makanan panas best tu. 😋

    ReplyDelete
  14. Makkk aiiiiii, Sky Avenue lani dah ada food court! Finally! Benda wajib yang kena ada di shopping mall. Mudah orang nak cari tempat makanan dengan konsep one stop centre... Harga dan rasa pun macam not bad je awak.... Must try soon! Thank you for sharing..

    ReplyDelete
  15. Nampak tempat ini menarik dan selesa.. pasti menjadi tempat terbaik buat pengunjung untuk makan sekiranya ke Genting Highlands...

    ReplyDelete
  16. Wahh... Bestnya... Kita pernah dtg skli juga dulu masa menengah...jalan2 dgn famili bercuti ke genting.. Tp mmg sky Avenue ni baru la kan.. Tgk ruangan food court dia besar juga...macam2 menu ada mcm food court kt tmpt mall lain.. Mana2 mall mmg patut ada foodcourt senang org nak makan... Lagi2 tmpt pelancongan mcmni kan..

    ReplyDelete
  17. Kalau ke SkyAvenue. Ruby suka makan di food court daripada makan di Restoran. Sebab food court dia lagi selesa dan banyak pilihan. Harga juga berpatutan. Bila dah bekeluarga, selera anak dan suami berlainan. Elok makan di food court aje. Apa mereka nak, silalah pilih. Mak takmo stress fikir apa anak nak makan. Hahaha

    ReplyDelete
  18. Wow luasnya kawasan nak ke Medan Selera di Sky Avenue Genting ni. Dah lama tak ke Genting jadi tak berapa ingat yang lama dulu macam mana. Nampak makanan2 yang ada di medan selera ni pun ada beraneka jenis. Harap2 harga pun berpatutan. Senang kan bila ada medan selera begini? Lagi2 kalau pergi dengan keluarga - sebab tekak masing2 lain pilihannya kan..

    ReplyDelete
  19. Lama tak pergi Genting ni. Dah mula rasa nak pergi sana & rasai sendiri makanan di food court SKy Avenue ni. Besarnya dan nampak bersih. Pilihan makanan pun menarik dan pelbagai.

    ReplyDelete
  20. Lama dah tak naik Genting. Macam² dah ada rupanya. Best laaaa dah ada pelbagai cafe dan menu. Harga pun ok!
    Thanks sharing Nad

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2