Puasa Kali Ni Lebih Mencabar - Alhamdulillah, selesai puasa untuk hari pertama. Ada 29 hari lagi kita akan berpuasa. Kalau sebelum ni puasa dengan mengandung dan menyusu anak, kali ni puasa menyusu dua orang anak. Mau tak mencabar. Dua orang menyusu kita, fikir lapar ke tak nanti. lemah longlai tak nad ni nanti..hahahaa. Tapi sebelum puasa, dah beli barang untuk nad untuk puasa supaya sentiasa cergas dan bertenaga. Pada masa sama, susu sentiasa ada untuk dua budak ni.
Semalam nad pergi beli susu dengan kurma. Nad buat air susu kurma. Nad buat setiap kali sahur. Masa sahur pun nad makan nasi. Tak boleh tak makan nasi. Pagi sahur tadi, nad buat ikan bilis goreng, sambal sardin dan sayur tumis. Masa sahur, macam biasa kakak Fariza memang akan bangun sekali la. Lepas habis makan, adik pula bangun, tu pun sebab kakak bising.
Alhamdulillah, dari lepas sahur sampai dah nak buka, badan tak lemau dan cergas je, walaupun dua orang yang susu, badan tetap ok teruskan puasa sampailah berbuka. Alhamdulillah. Malam pulak sebelum tidur, nad minum air Jamu Asam Kunyit. Mommy memang kuat oo..boleh lagi bagi susu dekat dua orang masa puasa..alhamdulillah.
Semuanya dipermudahkan. Dan harap lagi 29 hari ni dipermudahkan juga..ehhee. Kalau dapat puasa penuh lagi best. Tak perlu ganti dah..hehee.
Tips Menyusu ketika bulan Ramadhan
1. Cukup rehatBerasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.
2. Pengambilan air
Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.
3. Makan makanan seimbang
Ibu yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu, penting bagi ibu menyusu yang sedang berpuasa untuk tetap dengan pola makan 3x sehari dengan menu gizi seimbang (dengan komposisi 50% karbohidrat, 30% protein dan 10-20% lemak).
4. Mengepam pada waktu malam
Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.
5. Nikmati bulan Ramadhan
Susu berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.
6. Teruskan sesi mengepam
Susu ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
8. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
9. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
10. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
11. Jangan Abai Sahur
Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
12. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum sedikit tapi kerap.
semoga dipermudahkan penyusuan nad, wahh hebat dua2 masih menyusu badan
ReplyDeletesemoga dipermudahkan puasa nad ya
ReplyDeleteyeay kan dah kata.. pandai ciksu teka.. ekekeke..
ReplyDeletenice sharing tips tu..
good luck buat semua ibu yg menyusu.. semoga baik baik aja hebdakNya aamiin
doakan ummi rania sihat dan dipermudahkan utk hamil adik baby ye nad.. 💞
Wahhh hebat Nad, akak sorang pun struggle!
ReplyDeletexlupa juga amalkan minum susu lazz supaya lebih bertambah susu..hehe
ReplyDeleteKakaknya pun masih menyusu badan?
ReplyDelete