hai assalammulaikum

Resepi Sayur Buncis Dan Udang Beserta Telur - Haritu, mr mafia berbuka di luar sebab kerja, jadi nad dekat rumah berbuka dengan anak jela. Jadi bila suami makan dekat luar kita pun masak ringkas-ringkas  jela. Yela, yang makan kita sorang, anak pun ikut je apa mommy dia makan. Jadinya masak ikut tekak nad jela. Haritu nad masak sayur dengan ayam je. Haritu pulak ada sayur buncis, pastu fikir, takkan buncis kosong je, ada pulak udang, hah!!, fikir balik bubuh telur juga la..hahaa..hamik kau..hehe..


Hasilnya selepas masak beberapa minit sahaja..sayur buncis dan udang beserta telur ditumis dengan kasih sayang..ahhaa..Bahannya mudah, hanya beberapa bahan sahaja..

Bahan:
- Sayur Buncis
- Udang 4 ekor
- Telur sebiji
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili
- Garam

Bahan ni untuk dua orang makan. Kalau ramai tu, masakla banyak ye. Ni nad main campak je..

Cara membuatnya
- Hiris bawang putih, bawang merah dan cili merah. Udang dibuang kepalanya, kulit jangan buang. sayur dipotong kecik-kecik.
- Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah, sehingga naik bau. Selepas itu masukkan udang bagi masak sebentar.
- Kemudian masukkan sayur, gaul sama rata dan masukkan garam dan perasa sedikit.
- Akhir sekali masukkan telur, dan gaul sebati sampai telur pecah dan sama rata dengan udang dan sayur.
- Gaul-gaul sekejap..dah siap boleh angkat..hehe..

Selamat mencuba..
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Main campak2 je pun tapi nampak sedap la akak. Yummeyhhh, nanti emi nak try buat jugak la. menu simple untuk sahur gituuuu.

    ReplyDelete
  2. kadang2 menu mudah simple ni pun bertambah2 nasi kan..

    ReplyDelete
  3. adoi.. bab sayur2 ni TB memang gerammm.. sukaaa sgt

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2