hai assalammualaikum

Susukan Dua Anak, Bukan Mudah, Tapi Selalu Positif - Allahuakbar, masa mengandung si kakak Fariza, terfikir, ada susu ke nanti?, macam mana kalau takde susu? Nak sangat bagi anak bagi susu badan. Sampai Fariza lahir, memang sikit susu, tapi aku sentaisa positif, yang susu badan nad ada. Alhamdulillah, dan tak sangka, kakak Fariza sampai sekarang masih menyusu badan. Macam tak sangka, boleh susukan anak sampai usia dia nak masuk 3 tahun bulan 10 ni nanti.


Ye, Fariza masih nak susu badan. Susah betul nak berhentikan dia dari minum susu cap gantung ni. Dah bagi susu botol, dah beli susu tepung, tu pun kalau memang dah tak bagi sangat susu gantung ni, dia akan mintak sendiri susu botol. Tapi, bukan setiap kali dia akan mintak susu botol, dia taknak pun sebenarnya, dia nak juga susu badan ni. Pening kepala nad. Dah letak macam-macam, garam, asam jawa, tetap dia nak. Sekarang adik dia susu badan, lagi la dia nak susu badan. Tak boleh tengok, mesti dia nak datang rapat juga.


Kadang, nak taknak, nad bagi jela dia susu ni, hah, susula sama-sama dengan si adik. Sebelah adik susu, sebelah lagi kakak susu. Dah macam susu kembar pulak. Adoii. Nasib baik susu nad masih cukup lagi untuk bagi dua orang budak ni. Masih kenyang lagi si adik walaupun kakak susu juga. Kadang nad pam juga susu, yela nak bagi tambah susu lagi. Orang cakap kalau pam lagi banyak susu. Hah!!, memang untuk kali ni, nad pam la..huhu..Itu untuk si adik la minum.

Selama ni, nad positif jela. Stress memang ada bila kakak asyik nak susu je. Kadang bukan susu sangat, dia duk hisap, duk merap. Sabar jela. Yela, kadang nad rimas, dia lama-lama melekat..hahaa. Nad ada masa boleh bagi, ada masa tak boleh bagi. Memang nak pisahkan dia susu badan ni, yela, dah besar kan. Takut nanti taknak pisah-pisah sampai besar, kang pergi sekolah, payah kang..aduh jauh nad fikir..ahaha..seramm..kang kat sekolah teringat susu mak dia weii..aduii..Stressnya bila dia tak dapat, nangis macam kena dera. Nangis sekuat hati. Lagila kalau baru bangun tidur, mesti, wajib tau dia nangis..fuh..telinga nad ni dah naik rimas dengar..haha. Pening kepala.


Tu sebab selalu positif, selalu makan, selalu minum nak bagi susu selalu ada. Nad minum air milo, kadang beli air susu kurma, ada juga stok susu kambing Lazz. Ingat nak beli buah longan, kurma yang ada siap orang jual, yang kena rebus tu, tapi takpela, nad ambik semua susu ni pun dah banyak susu ada. Tengok si adik pun kenyang je selalu, sendawa je. Tidur pun nyenyak je. Takdela, takut kakak dah sedut, adik tak kenyang kan. Tapi alhamdulillah, dua-dua sedut susu badan ni ok je. Nad memnag kena kerap minum air. Kadang sampai kembung perut..huhu.

Nasib adik jenis yang tak kerap menangis, yang bukan jenis nak merap je. Sabar la dik Farhanah ye, tahan jela dengan perangai kakak Fariza tu. Mommy berusaha nak putuskan susu badan dengan kakak ni. Sebab kakak sedut, mommy pam, susu selalu ada untuk adik Farhanah..huhu. Mommy pun nak cari supplement gak untuk banyakkan susu. Ada yang nak sponsor..hehee..
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. betul nad.. if nak keep bf kena always positif..

    ReplyDelete
  2. haha ingat kan ana ja masih susukan si abg dengan si adik..adehh terseksa juga mcm2 mulut2 si bawang berkata xelok la..apa kan daya si abgnya tak mahu botol..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2