HUTANG TETAP HUTANG, WAJIB BAYAR

in , , by Nadia Johari, 06:15:00
hai assalammualaikum


Hutang Tetap Hutang, Wajib Bayar - Bila kerajaan baru, Pakatan Harapan menang, salah satu manifesto yang mereka janjikan ialah berkenaan PTPTN. Kebanyakan rakyat minta untuk dimansuhkan, yela, syokla bila tak perlu dibayar. Tapi bagi nad, hutang tetap hutang dan wajib dibayar. Kita dah pinjam, dah sedap-sedap guna duit yang diberi, alih-alih taknak pulangkan, lemak la weii..Fikir la generasi masa depan. Hutang negara dah menimbun, kita lagi nak tambah masalah ke.

Bila kerajaan umumkan bahawa PTPTN tidak perlu dibayar apabila gaji bawah RM4000, dan semua yang blacklist ditarikbalik, itu adalah berita yang menyeronokkan. Tapi, fikirlah, takkan nak tunggu gaji RM4000 baru nak bayar. Dah kalau gaji memang tak sampai RM4000, kau taknak bayar pulak. Cukup bagus dah ditarik balik blacklist, hutang tu bayar jela. Tak kisahla sikit-sikit pun, asalkan bayar. Sedangkan korang boleh berseronok, pergi sana sini dengan duit tu, takkan hutang dengan PTPTN tak boleh bayar.

Nad ada terbaca dekat twitter, seorang ni pergi ke kaunter PTPTN, dia tulis, akak staff PTPTN tu cakap ramai yang telefon nak berhenti bayar melalui potongan gaji disebabkan kenyataan bahawa gaji bawah RM4000 tak perlu bayar PTPTN lagi. PTPTN sendiri hutang dengan bank negara, siapa nak bayarkan. Yela, dah elok-elok buat potongan gaji, boleh pulak nak stop. Benda sama je pun, tetap kena bayar.

Bagi nad, salahnya dalam PTPTN ialah interest dia, "bunga" dia yang terlalu tinggi. Tu yang menyebabkan kita tak habis-habis bayar..Duit yang kita pinjam, tak sama dengan duit yang kita nak kena bayar balik. Tapi nak buat macam mana, tetap kena bayar. Walaupun dunia cakap macam tu, tapi dalam agama, hutang tetap hutang. Kena bayar ooo..takut nanti nak jawab di akhirat.

Nad tak kerja, tapi adalah duit sikit, nad tetap bayar PTPTN. Mindset nad, hutang tetap hutang dan wajib dibayar. Selagi ada duit, selagi tu bayar. Jeles tengok orang lain yang dah habis bayar hutang PTPTN ni..kita pun nak juga.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. interest tu kalau tukar kepada UJRAh tu akan jadi paling rendah antra semua, IQ tak pernah lagi skip byr since IQ buat restructure dua tahun lepas, byr sikit2 pun lama2 habis jugak. kan? Gaji tetap bawah 4k, tapi kalau dah nmenye pakai sendiri, bayar la balik kan?

    ReplyDelete
  2. Good job Nad... itulah mereka yang bising tak mahu bayar hutang, tapi seronok nak pergi travel mana-mana...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2