hai assalammualaikum
Patahnya Sebelah Sayap Musim Baru - Korang ingat lagi tak cerita Patahnya Sebelah Sayap dulu di TV3 pukul 10 malam. Cerita ni naik ratingnya, heheee, memang best cerita ni sampai nad update status selalu dekat Facebook dan Twitter. Lakonan Aeril Zafril, Ummi Nazeera dan Izzue Islam.
Ala kisahnya yang Izzue Islam ( Amzar ) bercinta dengan Ummi Nazeera ( Alisha ), lepas tu si Amzar terlanggar isteri Aeril Zafril ( Kuzairi ) iaitu Wawa Zainal. Masa tu Wawa berlakon sekejap je. Tapi Alisha yang dituduh melanggar isteri Aeril sebab kereta yang dipakai tu nama Alisha. Alisha terpaksa dipenjarakan kerana langgar lari. Walaupun semasa kejadian itu, Amzar yang juga seorang peguam, memandu kenderaan tersebut, dia taknak mengaku yang dia yang melanggar tak bantu Alisha untuk dikeluarkan daripada penjara.
Alisha, yang dipenjarakan selama 2 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya itu, terpaksa menanggung derita apabila ibunya meninggal dunia semasa dia berada di dalam penjara. Lepas keluar penjara, Alisha cuba mencari kerja, dan akhirnya dia dapat kerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi. Tidak berapa lama kemudian, Kuzairi menaruh perasaan terhadap Alisha.
Namun, apabila Kuzairi mengetahui sejarah hitam Alisha yang pernah dipenjarakan kerana melanggar seorang wanita yang juga merupakan isterinya, perasaan cintanya telah bertukar benci, tanpa mengetahui bahawa Alisha tidak bersalah. Lepas tu Kuzairi baru tau kisah sebenar yang Alisha bukan yang melanggar isterinya tapi Amzar. Kuzairi kembali mencari Alisha bagi memohon maaf atas kesalahan itu dan Amzar menerima balasan diatas perbuatannya.
Haaaa… macam mana, dah ingat dah cerita ni?
Musim baru Patahnya Sebelah Sayap ni watak Izzue Islam macam takda dah. Tapi watak mak Amzar pulak muncul..hehee.. Makcik Salbiah yang dulu mulut macam longkang, perangai nauzubillah,..haha..Musim baru mungkin dah baik sikit. Kuzairi dan Alisha dan berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Alisha masih lembut macam dulu..hehe. Kuzairi pulak makin penyanyang gitu.
Musim kedua ni, watak Alisha dan Kuzairi akan berdepan dengan konflik yang lebih mencabar. Hmm..agak-agak macam mana dorang nak tangani masalah ni semua ? Nak tau kan? Hah!, kenalah tengok Patahnya Sebelah Sayap setiap hari Selasa dari jam 9.50 hingga 10.00 malam, hanya di TV3. Yang tak bestnya cerita ni 10 minit je. Jadi setiap hari selasa memang kene duduk depan tv, kalau tak terlepas..huhu..sedih, pasaipa dia buat 10 minit ja pun tak tau..geram je nor..
Add your comment