hai assalammualaikum


Tips Sahur Mommy Kekal Kenyang Dan Bertenaga - Bila tibanya Ramadhan, fikiran seorang isteri ialah menyediakan juadah ketika bersahur dan berbuka. Paling penting, makanan ketika bersahur dapat membantu nad dan suami memperoleh tenaga dan mengurangkan rasa lapar yang melampau ketika mengharungi beberapa jam tanpa makan dan minum di siang hari. Makan ketika bersahur membantu mengekalkan kestabilan tubuh. Macam nad, penyediaan makanan untuk waktu sahur, tidak perlu terlalu rumit seperti membuat juadah waktu berbuka. Ia perlulah ringkas, cepat dan mengenyangkan. Walaupun kita brpuasa, aktiviti juga perlu dilakukan.

Tips Sahur Mommy Kekal Kenyang, Aktif Dan Bertenaga Ketika Berpuasa

Macam nad, anak-anak masih kecil dan belum lagi berpuasa, jadi nad hanya menyediakan makanan sahur untuk nad dan suami. Kitaorang jenis, makan apa pun boleh semasa bersahur asalkan makanan tu buat kitaorang aktif dan bertenaga. Puasa kali ni pulak memang mencabar bagi nad, sebab nad menyusukan kedua-dua anak nad. Alhamdulillah sehingga puasa harini, nad masih mampu berpuasa dan sentiasa aktif dan bertenaga, malah kenyang sepanjang hari walaupun anak-anak susu badan. Korang mesti tertanya-tanya, apalah yang nad amalkan puasa ni supaya nad dan suami sentiasa kekal kenyang, aktif dan bertenaga .Antara tips bersahur:

1. Minum segelas air putih atau air susu campur dengan kurma. Selama puasa tubuh akan banyak kehilangan cairan. Jadi perlu mengambil minuman yang berkhasiat. Kurma dan susu memberi kita tenaga walaupun anda tidak makan di siang hari.

2. Ambil karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti kerana akan membuat gula darah stabil sepanjang hari.Memperbanyakan pengambilan makanan berunsur protein seperti tempe, tahu, kacang-kacangan dan daging atau ikan. Macam nad, nasi dan lauk pula mesti seimbang, ada sayuran, ikan atau ayam.

3. Elakkan makanan pedas. Siapa tak suka makanan pedas kan, tapi bulan puasa ni nad kurangkan, sebab takut nanti ada masalah buang air besar. Bila buang air besar, nanti habis semua tenaga hilang..ehhe.

4. Kurangkan pengambilan makanan yang manis. Makanan yang manis akan membuat anda cepat lapar. Makanan yang mengandung banyak gula akan membuat tubuh merembeskan insulin dengan cepat di awal pagi dan menyebabkan anda cepat berasa lapar.


5. Makan makanan yang lambat dihadam yang mengandungi bijiran seperti oat, semasa bersahur. Menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam. Kalau makan oat, memang perut takda rasa lapar ke apa. Yela, kadang terlewat bangun atau nak sahur makan-makanan yang ringkas tapi mampu memberikan tenaga ketika berpuasa, oatla yang dicari. Lagipun, Quaker ada mengeluarkan pelbagai jenis oat, ada oat jenis minuman dan jenis instant oatmeal.


Paling mudah, kalau tak sempat blend susu dan kurma, nad akan buat air oat iaitu Quaker Oat 3 dalam 1. Menariknya, Quaker oat ni bersama Matcha green tea. Rasanya, ni produk baru dari Quaker. Jadi ada rasa teh sedikit, dan nad akan makan bersama dengan kurma. Jadi, minum air oat ni dapat mengekalkan perut sentiasa kenyang dan serat larut.

Quaker Oats mengandungi bijirin oat yang tinggi serat dan protein, dapat membantu mengurangkan rasa lapar.Oat  adalah  sajian  yang  mengenyangkan  kerana  mengandungi  9.4g serat dalam  setiap  100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum2. Kandungan khasiatnya  yang  tinggi  menjadikan  ia  lambat  dicerna  serta  dapat  membekalkan  tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.

Oat  dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan.  Quaker  Oats  mengekalkan  khasiat  asli  oat  dengan  menggunakan  bijirin  penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat  yang  tinggi  dengan  karbohidrat  dan  protein,  serta  lapisan  germa  oat  yang  juga  tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.


Nampak tak kelebihan oat ni. Sebab tu nad pilih untuk sediakan oat untuk hidangan sahur saya dan suami jika ingin makan makanan yang ringkas dan mengenyangkan. Oat ni boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut kekreatifan kita sendiri. Ada yang boleh buat overnight oat, biskut atau dimasukkan dalam makanan yang kita masak. Macam nad, nad lebih suka buat resepi oat ni sangat mudah dan ringkas dengan menggunakan Quaker Instant Oatmeal ni. Memang sangat sedap, berkhasiat dan semua seimbang dengan hanya meletakkan beberapa bahan sahaja.

Kebanyakan orang memang tak dapat makan oat begitu sahaja, sebab rasanya yang tawar, jadi kita boleh tambah beberapa bahan untuk mmenjadikan dia makanan yang paling sedap dan enak untuk dimakan. Macam nad, nad buat Instant oatmeal bersama dengan susu, buah anggur, kurma dan madu.



Untuk Quaker Instant Oatmeal ni, perlu dituang dengan air panas dalam mangkuk dan gaul sehingga ia mengembang. Lepas tu boleh masukkan bahan-bahan sampingan iaitu buah anggur, kurma diblend dengan susu dan madu. Nak masukkan bahan lain pun boleh, seperti strawberry, badam atau kekacangan. Bahan-bahan sampingan ni akan memberi kemanisan kepada oat tersebut. Manis bukan sebab gula, tapi manis yang berkhasiat. Jadi bolehla kita telan..hehee.. Puasa tak jadi masalah bila makan oat ni.


Banyak je resepi yanga ada dengan menggunakan oat ni. Korang boleh google sahaja atau nak lagi mudah, korang boleh tengok di http://www.quaker.com.my/recipe-book.html

Peraduan Resipi Oatsome Bersama Quaker

Hah!!, Quaker ada buat peraduan, hadiahnya korang boleh  memenangi  pas  untuk  sesi  istimewa bersama chef  selebriti Anis  Nabilah dengan menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’!. Beli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘LIKE’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen  mengapa  Quaker  Multigrain  Cereal  adalah  bahan  paling  serasi  dalam  resipi  biskut?

Seramai 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis  Jamuan  Teh  bersama chef  selebritiAnis  Nabilah.  150  pemenang  sagu  hati  pula  akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50!

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Rayaterkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.






SHARE 11 comments

Add your comment

  1. okay sat lagi i pergi Aeon and i nak beli quaker oat later sebab i nak minum susu kurma daripada farm fresh tu nampak macma sedap lak kan, kadang kadang macam malas nak makan pagi kan malas nak masak pagi so kita grab apa yang tersediakann...

    ReplyDelete
  2. Nak try makan oat time bersahur la. Boring gak makan nasi je. Pantas je buatnya tu. Campur sume bahan. Memang menyenangkan la kalau ada quaker oat ni.

    ReplyDelete
  3. Bella kalau sahur mesti nak makan nasi. Tak lalu kalau makan Quaker dan sewaktu dengannya. Tapi tgk resepi ni macam sedap sahaja nak dicuba. Ynag penting menunya sihat dan berkhasiat kan. Ok nanti kita try buat.

    ReplyDelete
  4. ramai yang cadangkan kalau bersahur dengan oat ni kita akan kekal bertenaga smpai petang. saya cuma ada oat instant je. haha

    ReplyDelete
  5. bestnyaa!!! nanti nak cubalah. so far tak pernah cuba oat makan gn benda lain.dorg ckp sedap ye? tak sabarlah nak sihat dan fit

    ReplyDelete
  6. Resipi Oat dengan kurma dan susu ni bagus nampak sangat sihat dan menyegarkan seharian berpuasa. Kita tak suka sangat makan oat tapi bila tengok kat sini macam nak cuba lak...

    ReplyDelete
  7. Emi sahur tahun ni cukup 3 benda je tetiap malam. Cereal, susu full cream dengan kurma. Alhamdulillah boleh bekalkan tenaga.

    ReplyDelete
  8. kita sahur mesti makan nasik. hahahaha. sebab nak sahur dengan oat ni tak pandai. memang dr dulu xleh la makan bijirin mcm ni huhu

    ReplyDelete
  9. Oats ni bagus sebab dia tinggi serat. Kiranya dengan oengambilannya setiap harinmembuatkan kita still bertenaga. Akk suka buat overnight oatbrasanya lagi sedap hehehe

    ReplyDelete
  10. Seriously, puasa kali ni kenapa la takde selera nak makan nasi. Kita ambik benda lain..huhu.. tapi untuk menu ni kita belum try lagi. InshaAllah kena try one day. Tq wak for sharing.

    ReplyDelete
  11. Thanks for the tips but since I didn't puasa I'll share.it with my friends who does.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2