KISAH RAYA 2018, RAYA SAKAN LA KALI NI

in , by Nadia Johari, 12:56:00
hai assalammualaikum


Kisah Raya 2018 - Ya ampun, lama betul nak kongsi cerita raya 2018 ni..hahaa..Sakan sangat beraya, update gamabr je dulu..ahhaha. Budak cuti dua minggu, kita pun nak cuti dua minggu. Melampau kau nad..hahaa. Raya 2018 kali ni, memang raya sakan. Kalau sebelum ni, macam tak tau je nak ke mana raya di Kuala Lumpur, tapi raya pertama je dah raya dari siang sampai ke malam. Tu sebab beraya jauh..hahaa. Okla, tu baru namanya raya.


Raya pertama nad tahun ni, nad raya di Kuala Lumpur, belah suami. Pagi tu, nad siapkan dua ketul budak ni, termasuk nad, suami pergi sembahyang raya. Siapkan dua orang ni memang berperang la. Yela,kena kejut awal..haha. Mommy excited sebab nak pakai baju cantik katakan..Baju kami sekeluarga tahun ni dari Jakel..huhu..Tak beli banyak pun baju raya diaorang, cuma baju kurung dengan tshirt. Yang lain, kita recyle baju lama ok.Jangn membazir..huhu..Baju dahla mahal, korang pakai kang tak lama. Makin lama makin membesar.

Lepas mr mafia balik dari sembahyang raya,kita makan juadah raya. Dekat sini memang rendang la benda wajib ada. Tapi sayang, tak ambil gambar rendang..haha..ayoyo..Tema raya kali ni, warna maroon.


Throwback Shopping Raya

Sebenarnya, nak warna Emerald Green, tapinya, mr mafia dapat baju melayu Jakel warna Maroon. Baju Melayu siap baju seluar dan samping.



Anak sulung kita, Fariza pulak, masa shopping baju kurung dekat Jakel Shah Alam, dia suka warna Maroon. Ye, nak masuk usia 3 tahun ni, dah pandai pilih baju sendiri. Jadi, mommy tak boleh kata apa, sebab baju dia pilih, dia suka. Baju mommy pilih, dia tak berapa suka..


Ni la baju mommy pilih, tapi dia tak berkenan..


Yang ni dia yang pilih. Nampak dekat patung. Dia suka, asyik tengok je..Pastu kita suruh pilih, hijau ke maroon,dia tetap pilih maroon. Mommy surrender,ikut cakap anak. Kang masa raya, naya kang dia taknak pakai baju yang mommy pilih. Tu kita buat tema tahun depan jela..huhu.

Di Pagi Raya

Ni la kami pagi raya. Ambil gambar sekeluarga tu wajib..hehee.. Tahun lepas, bertiga, adik baby dalam perut lagi, kali ni berempat. Baby dah keluar..hehee.


Ni la dia baju #ootdraya nad..hahaa. Baju Hanis Zalikha punya by Jakel. Design melintang macam tu. Saiz XS, sebab tu nad pilih ni..hahah. Kalau saiz S, besar untuk nad..


Anak-anak nad punya pun hanis zalikha, ingatkan lara..hahahha.

Kakak dah ada kawan nak baju sama-sama..hahaha.Mommy yang nak kan. Baik-baik ye kamu berdua sampai ke besar..

Lepas tu kitaorang beraya rumah rumah jiran dan rumah saudara belah suami dekat Puchong.


Malam pulak pergi Seremban, beraya rumah ayah suami.

Raya pertama memang tak banyak pergi rumah, sebab belah suami pun tak ramai saudaranya. Disebabkan jauh rumah saudaranya, tu yang beraya sampai ke malam.

Raya Kedua Dan Ketiga 

Esoknya, kitaorang duduk rumah, tunggu tetamu datang. Memang tak keluar beraya. Raya Ketiga pulak, adik ipar iaitu adik suami dari Pahang datang beraya ke Kuala lumpur. Lepas diaorang beraya, makan rendang, kitaorang pergi ke Kubur arwah mak mertua nad.



Petang tu, kitaorang balik kampung, sambung beraya di Meru Klang pula. Tu kita sambung next entry..hehhee. Ini la raya di Kuala Lumpur.
SHARE 24 comments

Add your comment

  1. Sha pun baru dapat update entry raya. .

    ReplyDelete
  2. meriah.. :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. raya sakan kan? IQ pun tak cerita lagi utk raya 2018 ni. huhu

    ReplyDelete
  4. uih..cantik baju raya si comel ni...

    ReplyDelete
  5. apa la mommy ni..fariza nak warna maroon dia bg warna hijau lak..hihi.. selamat hari raya nad. Cantik, fariza pun dah pandai possing sekarng..:)

    ReplyDelete
  6. Masih dalam mood raya.
    Kat JDT tengah musim baraan

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya sis :) Hee.
    Cantik baju warna maroon nya hee

    ReplyDelete
  8. sama mcm ina lah,,merah juga tahun ni..cantik nya dia sedondon sekeluarga..selamat hari raya nad

    ReplyDelete
  9. Merahnyeee...satu keluarga. My sis punya family semua maroon. I tak de baju raya. Lupa nak beli. hahaha...Selamat Hari Raya awak! Nanti August raya lagi. hehehe

    ReplyDelete
  10. salam syawal dan selamat hari raya, mod merah sampai bola pun merah

    ReplyDelete
  11. Cantik baju yang Fariza pilih tu. Cantik sebab design serong serong dia tu. Nasib baik nak pakai kan. Kalau tak siap hahahaha

    ReplyDelete
  12. tgok muncung Fariza pakai baju hijau tu pun ph tau dia x suka baju tu..apa la mommy ni..apapun caya la fariza...good girl pilih baju ikut citarasa sendiri

    ReplyDelete
  13. Tema maroon thun ni ya..cr baju utk anak2 mmg menduga. Yg taknak fitting satu hal, yang berlari sana sini satu hal.. tp pandai lak baby girl pilih baju ye

    ReplyDelete
  14. Bestnya meriah beraya sempat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kat nadia dan keluarga makin besar keluarga ni hehehehe meriah..

    ReplyDelete
  15. Kenapa dengan muka Fariza tu masam je, tak berkenan colour yang mak pilih ye? Hihi..comel..

    ReplyDelete
  16. Budak budak la paling syok beraya kan..eh ke mak budak pun lagi syok ni..

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Nad. Meriah sungguh raya tahun ni..happy je tgok Nad melayan anak. Masa anak sis kecik2 dulu cam tu lah.. pening bila depa dah pandai pilih baju sendiri. La ni dah besar tak nak pulak pakai baju raya..lagi pening..hahaha

    ReplyDelete
  18. Salam Eid Mubarak buat Nad and family. Kita #TeamRayaKeyEll kan. Bahagia bila bertandang sekitar KL sebab trafik sangat la mesra hahaha. Cantik baju Nad tu.

    ReplyDelete
  19. So matching the Raya clothes. You daughter look so cute in red. It seems everyone has fun during Raya.

    ReplyDelete
  20. Alla Fariza. Padahal ibu AS tengok comel je peplum warna hijau tu. Tak minat pula dia. Cute je akalannya. Dah pandai memilih

    ReplyDelete
  21. Wah meriah bila sedondon merah. Cantek sangat bila bergambar ramaintu. Rasanya skrg ni raya kat kl pun meriah jugakkan

    ReplyDelete
  22. Wow best nyer bila dapat baju raya yang sedondon. Your red baju kurung is very mengancam, nice and very elegant.

    ReplyDelete
  23. So, mom can't say that because the clothes he chose he likes, the mom's dress chooses, she doesn't like it.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2